Share |

Terbitan

Buku Laporan Tahunan

Buku yang merakamkan perkembangan jabatan-jabatan dan unit-unit di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta perlaksanaan program-program kegiatan dari tahun ke tahun dalam merealisasikan dasar-dasar Kementerian di bidang-bidang kebudyaaan, belia, sukan dan kemasyarakatan. Setakat ini dua buah laporan telah diterbitkan :-

  • Laporan Tahunan 1986 - 1990
  • Laporan Tahunan 1991 - 1995
  • Laporan Tahunan 1996 - 1999
  • Laporan Tahunan 2000
  • Laporan Tahunan 2001
  • Laporan Tahunan 2002

Perspektif

Kumpulan Ucapan Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam bidang-bidang Kebudayaan, Belia, Sukan dan Kemasyarakatan. Koleksi ini diterbitkan bagi tahun 1989, 1990, 1991, 1992, 1993, 1994, 1995, 1996, 1997, 1998, 1999, 2000, 2001 dan 2002.

Warisan Budaya Brunei

Kumpulan enam rencana hasil pena enam penulis Brunei Darussalam dari pelbagai latarbelakang akademik, pengalaman dan kerjaya tetapi mempunyai harapan yang sama supaya warisan budaya yang mempunyai nilai murni dan positif bagi pembangunan negara perlu dikekal, dipelihara dan dikembangluaskan. Rencana-rencananya adalah mengenai Rumah Tradisi Orang Melayu, Permainan Tradisi, Peralatan Muzik Tradisi, Makan Tahun Puak Kedayan dan Upacara Tamarok.

Canang

Risalah bulanan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan kendalian Bahagian Penyelidikan, Perkembangan dan Perhubungan Awam dan diterbitkan sejak September 2000. Fungsinya adalah untuk memberigakan berita dan maklumat untuk menjadi bahan tatapan dan rujukan yang berkesan.

Isu-Isu Utama Dalam Pemikiran Kebudayaan

Merupakan satu koleksi satu siri ceramah mengenai beberapa aspek di sekitar kebudayaan bangsa Brunei Darussalam. Antara tajuk ceramah yang terkandung dalam buku ini ialah Strategi Kebudayaan, Ke Mana Arah Matalamat Kebudayaan Negara Brunei Darussalam, Pendekatan Budaya Dalam Pembangunan Negara, Perancangan Strategi Projek-Projek Sosio-Budaya, Strategi Kebudayaan dari Segi Sastera dan Penyemarakan Visual Seni Lukis.

blog comments powered by Disqus
 

 

 

 

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat, sila hubungi kami di alamat berikut:

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan
Bandar Seri Begawan BA1210
Negara Brunei Darussalam

Telefon : +673 238 2911 / 238 905 / 238 0693
Fax: +673 238 0652 / 238 0653 / 238 0673 / 238 4170
2010 © Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Hak Cipta Terpelihara