Share |

Dasar Sukan Negara

Mukadimah

Dasar Sukan Negara ini merupakan kenyataan ringkas akan tujuan, matlamat serta strategi dan cita-cita Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berhubung dengan sukan yang merangkumi kedua-dua sektor program dan aktiviti yang biasa dirujukkan sebagai (a) “Sukan Untuk Masyarakat” (SUM) dan (b) “Sukan Prestasi Tinggi” (SPT).

Dasar ini digubal atas beberapa sebab-sebab antaranya:

  1. Sukan dan sebagainya merupakan sebahagian aktiviti hidup rakyat dan penduduk yang memberi manfaat kepada individu, masyarakat dan perhubungan antarabangsa;
  2. Sukan perlu mendapat pengiktirafan yang sewajarnya sepertimana keperluan asasi yang lain, umpamanya, pendidikan sebagai kegiatan pembangunan negara - antara lain, membina sebuah masyarakat yang berdisiplin, cergas, sihat dan BERDIKARI;
  3. Pembangunan sukan dan kemajuan sukan adalah tanggungjawab bersama antara Kerajaan dengan sektor bukan Kerajaan yang terdiri daripada pertubuhan / persatuan belia dan sukan, bergerak secara sukarela dengan peranan dan tanggungjawab yang perlu diselaraskan; dan
  4. Hasrat untuk memajukan lagi sukan tanahair melalui penyertaan yang seluas-luasnya dan mempertingkat kecemerlangan di peringkat antarabangsa.
blog comments powered by Disqus
 

 

 

 

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat, sila hubungi kami di alamat berikut:

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan
Bandar Seri Begawan BA1210
Negara Brunei Darussalam

Telefon : +673 238 2911 / 238 905 / 238 0693
Fax: +673 238 0652 / 238 0653 / 238 0673 / 238 4170
2010 © Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Hak Cipta Terpelihara