Share |

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

Bahagian ini bertanggungjawab dalam hal ehwal yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan umum Kementerian termasuk pentadbiran kakitangan, kursus, kewangan, pengawalan stor, pemeliharaan kenderaan dan bangunan dan penilaian prestasi. Bahagian ini juga bertindak selaku Urusetia kepada Jawatankuasa Pengurusan, Lembaga Tawaran Kecil Kementerian, Jawatankuasa Perkembangan Sumber Manusia, Jawatankuasa Teknologi Maklumat, Lembaga Perjawatan dan tatatertib dan Jawatankuasa Sebutharga.

Matlamat

Memberikan perkhidmatan dan bantuan yang efisyen dan seterusnya meningkatkan keberkesanan pentadbiran, pengurusan dan perancangan sumber tenaga manusia, kewangan, peralatan teknologi maklumat di Kementerian ini dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Fungsi

  • Berusaha meningkatkan sistem pentadbiran dan pengurusan bagi mencapai kecekapan dan keberkesannya.
  • Menyelaras dan menyusun tugas dan tanggungjawab pegawai dan kakitangan dalam Kementerian.
  • Mempertingkatkan dan memperbaiki sistem, kaedah, peraturan serta procedur kerja bagi mencapai kecemerlangan.
  • Sentiasa berusaha bagi mempertingkatkan sistem maklumat, sistem failing, sistem rekod perkhidmatan dan sebagainya.

Statistik Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan Di bawahnya Bagi Tahun 2006/2007

Jabatan
Jumlah
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
185
Jabatan Pusat Sejarah
107
Jabatan Muzium-Muzium Brunei
407
Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka
306
Jabatan Pembangunan Masyarakat
372
Jabatan Belia dan Sukan
217
Jumlah
1,594
blog comments powered by Disqus
 

 

 

 

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat, sila hubungi kami di alamat berikut:

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan
Bandar Seri Begawan BA1210
Negara Brunei Darussalam

Telefon : +673 238 2911 / 238 905 / 238 0693
Fax: +673 238 0652 / 238 0653 / 238 0673 / 238 4170
2010 © Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Hak Cipta Terpelihara