Share |

Dasar Sukan Negara

Penutup

Yang terpenting dalam Dasar Sukan Negara yang dicadangkan ini ialah tujuan dan matlamat dan rancangan tindakan strategi untuk mempastikan pencapaian dan keberkesanan segala dasar itu. Ia dilaksanakan atas sebab bahawa segala kegiatan sukan, baik di sektor "Sukan Untuk Masyarakat" mahupun di sektor "Sukan Prestasi Tinggi" adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan negara dalam konteks membina masyarakat yang bersukan, berdisiplin dan BERDIKARI yang menjadi teras kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Dasar ini ialah untuk semua - melibatkan institusi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat belia dan sukan di berbagai peringkat. Segala pengungkayahan pula merupakan satu persyarikatan atau "partnership" dikalangan ketiga-tiga institusi yang besar ini dan semua pihak di bawah institusi masing-masing. Walau bagaimanapun pada pokok pangkalnya, oleh sebab matlamat mutlak ialah membina masyarakat yang BERSATU DAN BERDIKARI maka kejayaan dasar sukan negara ini bergantung kepada rakyat dan penduduk yang mana secara langsung atau tidak langsung terlibat dengan dasar ini. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan terus memimpin, menggalak dan membantu sebagai ahli persyarikatan yang bertanggungjawab.

blog comments powered by Disqus
 

 

 

 

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat, sila hubungi kami di alamat berikut:

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan
Bandar Seri Begawan BA1210
Negara Brunei Darussalam

Telefon : +673 238 2911 / 238 905 / 238 0693
Fax: +673 238 0652 / 238 0653 / 238 0673 / 238 4170
2010 © Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Hak Cipta Terpelihara