Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Perancangan Buku

Pengenalan

Bahagian Perancangan Buku bertanggungjawab dalam merancang penerbitan buku sama ada berbentuk kreatif dan bukan kreatif. Bahagian Perancangan Buku adalah antara bahagian dalam Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka yang mendukung bidang teras jabatan, iaitu penerbitan buku. Bahagian ini bertanggungjawab dalam menerima manuskrip daripada penulis dalam mahupun luar negara. 

STRUKTUR B5.jpg

Fungsi dan Peranan

Dalam menerbitkan buku, manuskrip yang diterima akan disemak dan dinilai untuk diluluskan. Antara kriteria utama dalam penilaian manuskrip ialah karya hendaklah asli (bukan saduran), tidak menyentuh isu-isu sensitif, dan tidak menimbulkan polemik dan provokasi. Kategori buku yang diterbitkan ialah ilmiah, sastera, umum dan kanak-kanak. Proses pra penerbitan sesebuah buku akan melalui beberapa peringkat, iaitu proses penerimaan, penilaian, penyuntingan, penyemakan dan pengesahan penulis, penyemakan pruf dan juga penandatanganan perjanjian penerbit-penulis.  

Bahagian ini turut berperanan dalam menjalin kerjasama secara berterusan dengan agensi-agensi kerajaan dan institusi-institusi pengajian tinggi bagi mendapatkan khidmat tenaga pakar dalam menilai kesahihan sesebuah manuskrip dan juga untuk mendapatkan bahan atau sumber untuk dibukukan.

Selain merancang penerbitan buku yang berkebolehpasaran dan relevan dengan isu-isu semasa, bahagian ini juga berusaha dalam melaksanakan penyelidikan termasuklah dalam mengumpul cerita-cerita tradisi lisan seperti cerita rakyat (folklor), dan seterusnya diterbitkan dalam bentuk buku supaya dapat menyumbang kepada peningkatan ilmu pengetahuan. Usaha ini sejajar dengan Titah KDYMM sempena Majlis Konvokesyen Ke-29 UBD pada 16 Zulhijjah 1438/07 September 2016, iaitu:

Beta juga ingin melihat lebih banyak lagi hasil penyelidikan dapat dimanfaatkan untuk aktiviti komersial sekali gus mempromosi peluang pekerjaan.Beta berharap agar penyelidikan dan inovasi terus ditingkatkan, terutama sekali yang melibatkan kolaborasi rapat di antara universiti dengan agensi-agensi yang relevan seperti industri-industri.


Unit-unit

Bahagian Perancangan Buku mempunyai dua unit, iaitu:

Unit Buku Ilmiah dan Sastera
  • Cawangan Buku Ilmiah
    • Merancang penerbitan buku ilmiah dalam pelbagai bidang keilmuan seperti kebahasaan, kesusasteraan, kebudayaan dan pengurusan yng melibatkan penyelidikan dan mempunyai objektif kajian yang tersendiri. 
  • Cawangan Buku Sastera
    • Merancang penerbitan buku sastera kreatif seperti novel,cerpen, puisi dan drama. 

Unit Buku Umum dan Kanak-kanak

  • Cawangan Buku Umum
    • Merancang penerbitan buku umum dalam pelbagai bidang seperti bahasa, sastera, budaya, seni,ekonomi, sejarah, undang-undang, sains sosial, sains perubatan dan geografi. 
  • Cawangan Buku Kanak-kanak
    • Merancang penerbitan buku-buku untuk tatapan kanak-kanak seperti buku cerita bergambar, puisi kanak-kanak, komik dan buku bacaan tambahan kanak-kanak.
Syarat dan Peraturan Penerbitan


Keterangan Penulis