PENGENALAN
Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan (BPDP) diwujudkan pada 14 Rabiulakhir 1439 bersamaan 1 Januari 2018. Sebelum ini, dinamakan Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, dibubarkan pada tahun 2009. Diwujudkan semula dengan menyerapkan Unit Pengiktirafan, bahagian ini berperanan penting dalam sama-sama mendukung, mengangkat dan memperkasa bahasa, sastera dan budaya di negara ini.
Berfungsi dan bertanggungjawab mengendalikan pelbagai penyelidikan, projek dan kegiatan bahasa, sastera dan budaya selain mengangkat penulis tanah air melalui pengiktirafan dan penganugerahan.
Tiga unit di bahagian ini, iaitu:
- Unit Penyelidikan
- Unit Dokumentasi
- Unit Pengiktirafan
BPDP diketuai oleh Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit, Pegawai Bahasa Kanan dan mempunyai 16 orang pegawai dan kakitangan, iaitu lapan orang lelaki dan lapan orang perempuan.
FUNGSI
Unit Penyelidikan
- Melaksanakan penyelidikan dan penelitian secara komprehensif dalam bidang bahasa, sastera dan budaya.
- Mengusahakan penerbitan Manuskrip Melayu Lama dan Diangdangan koleksi jabatan.
- Bertanggungjawab mengidentifikasi dan memulihara manuskrip lama.
Unit Dokumentasi
Unit Dokumentasi dibahagikan kepada tiga cawangan, iaitu:
- Cawangan Jurnal Beriga
- Cawangan Dokumentasi dan Arkib
- Cawangan Jurugambar
i. Cawangan Jurnal Beriga
Mengusahakan penyelarasan penerbitan Jurnal Beriga dua kali setahun, iaitu keluaran Januari – Jun dan Julai – Disember.
ii. Cawangan Dokumentasi dan Arkib
- Melaksanakan kerja-kerja pendokumentasian (perolehan, kumpul, simpan dan pelihara) bahan-bahan arkib sebagai sumber rujukan dan penyebaran maklumat.
- Menyediakan dan menyelenggara Bilik Bacaan dan Rujukan bagi perkhidmatan rujukan dan peminjaman bahan.
- Mengusahakan dan menyelenggara proses penukaran format koleksi bahan arkib daripada bentuk asal kepada bentuk lain.
iii. Cawangan Jurugambar
- Membuat liputan penggambaran dalam bentuk foto pegun (still) dan video kegiatan-kegiatan kendalian oleh jabatan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta jabatan-jabatan di bawahnya.
- Menyediakan gambar-gambar untuk dijadikan rujukan dan penerbitan dalam bentuk thumbnail.
Unit Pengiktirafan
- Bertindak selaku Urus Setia bagi anugerah-anugerah berikut:
- Anugerah Penulis Asia Tenggara (The S.E.A Write Award)
- Anugerah Kesusasteraan Islam (AKI)
- Anugerah Penulisan Islam (API)
- Anugerah Sunthorn Phu
- Anugerah Bahasawan dan Sasterawan
- Duta Bahasa
- Anugerah Sasterawan Brunei (ASB)
- Anugerah Penulis Muda ASEAN
- Anugerah Wira Bahasa
- Mengusahakan penerbitan biografi dan hasil karya tokoh-tokoh khususnya penerima anugerah.
- Mengungkayahkan Multaqa Sasterawan Brunei, iaitu projek tahunan bahagian sebagai bentuk penghormatan dan penghargaan kepada penulis-penulis tanah air.