Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPengenalan - Dasar Penubuhan

Dasar Penubuhan

  • Meningkatkan dan menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara [Perlembagaan Negeri Brunei 1959 dalam Bab 82 (1)]
  • Meningkatkan, menyebarluaskan dan memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, komunikasi dan budaya sesuai dengan hasrat negara.
  • Memperkasa  kesusasteraan  Melayu sebagai  alat Perkembangan pemikiran dan kebudayaan.
  • Meningkatkan penggunaan prasarana IT dan jaringan di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.
  • Meningkatkan penglibatan masyarakat dalam menjayakan budaya ilmu dan membaca.

Peranan DBP

  • Bertanggungjawab membina dan mengembangmajukan bahasa dan  sastera Melayu;

  • Menyelidik dan mendokumentasi bahan-bahan kebudayaan;

  • Menerbitkan buku, majalah, dan jurnal; dan

  • Menyediakan perkhidmatan perpustakaan di seluruh negara.

 

Tiang Seri DBP

 

  • Mendaulatkan dan memperkasa bahasa Melayu;

  • Memelihara dan mengembangmajukan warisan bangsa - budaya Melayu (bahasa, sastera, dan persuratan Melayu) untuk mengangkat martabat serta maruah bangsa;

  • Mengembangkan budaya ilmu dan membaca melalui ICT dalam kalangan masyarakat;

  • Memupuk dan mengembangkan bakat dan kreativiti bangsa yang berkaitan dengan bahasa, sastera, dan budaya Melayu terutama dalam kalangan belia dan generasi muda; dan

  • Agenda-agenda bahasa, sastera. Budaya, estetika dan perpustakaan berasaskan falsafah Melayu Islam Beraja