Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKamus

TERBITAN KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

KAMUS KATA DAN UNGKAPAN AM.png
KAMUS KATA DAN UNGKAPAN AM

 

Dewan Bahasa dan Pustaka

Harga   :           BND12.00

ISBN    :           99917-0-318-7

Tahun  :           2007


​Kamus ini menyenaraikan kata dan ungkapan umum yang digunakan di Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Entri disusun secara kontrastif kerana kata dan ungkapan yang disenaraikan mempunyai makna yang berlainan di ketiga-tiga buah negara walaupun bentuknya sama. Kamus ini diterbitkan agar pengguna ketiga-tiga bahasa daripada tiga buah negara dapat memilih kata dan ungkapan yang tepat bagi maksud yang dihasratkan dan mengelakkan pemakaian kata atau ungkapan yang membawa konotasi yang berlainan. Sesuai untuk rujukan pengkaji dan pengguna untuk memahami makna kata yang bentuknya sama, namun berlainan makna. 
KAMUS BAHASA MELAYU NUSANTARA.png
KAMUS BAHASA MELAYU NUSANTARA

 

Dewan Bahasa dan Pustaka

Harga   :           BND80.00

ISBN    :           99917-0-248-2

Tahun  :           2011


​Sebuah mahakarya bahasa yang memuatkan kosa kata Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia dalam sebuah kamus besar. Himpunan kosa kata ketiga-tiga negara serumpun ini diberi makna dan konteks penggunaannya. Penerbitan kamus ini diharap dapat memahamkan pengguna dan masyarakat untuk menggunakan bahasa dalam konteks komunikasi dan latar yang betul bagi menghindarkan makna yang berkonotasi dan mengelakkan keraguan pemahaman. Kamus ini merupakan satu sumbangsih besar jabatan ini dalam upaya mensosialisasi dan memperkasakan bahasa Melayu.
KAMUS KEDAYAN-MELAYU MELAYU-KEDAYAN.png
KAMUS KEDAYAN-MELAYU

MELAYU-KEDAYAN

 

Dewan Bahasa dan Pustaka

Harga   :           BND5.00

ISBN    :           99917-0-434-5

Tahun  :           2006


Penyusunan kamus ini merupakan usaha bagi mendapatkan kosa kata dialek puak Kedayan yang berbaur dengan pengaruh yang kuat daripada bahasa Melayu standard. Kamus ini memuatkan penyusunan kosa kata melalui pendidikan dan pewawancaraan dengan berpandukan daftar kata bahasa Melayu yang lazim digunakan.
KAMUS TUTONG-MELAYU MELAYU-TUTONG.png
KAMUS TUTONG-MELAYU

MELAYU-TUTONG
(EDISI KEDUA CETAKAN PERTAMA)

Dewan Bahasa dan Pustaka

Harga   :           BND7.00

ISBN    :           99917-0-074-9

Tahun  :           2010

 


Kamus Tutong-Melayu Melayu-Tutong dapat dijadikan asas kepada penerbitan tatabahasa bahasa Tutong.
KAMUS BAHASA MELAYU BRUNEI.png
KAMUS BAHASA MELAYU BRUNEI 

(EDISI KEDUA CETAKAN KEDUA)

 

Dewan Bahasa dan Pustaka

Harga   :           BND15.00

ISBN    :           99917-0-543-0

Tahun  :           2010


Kamus Bahasa Melayu Brunei Edisi Kedua memuatkan 15,000 lebih entri yang diperoleh daripada sumber bahan bacaan, pertuturan dan perbualan, dan sumbangan orang ramai. Buku ini menampilkan beberapa pembaharuan dari segi format penyusunan, seperti dalam pemerian entri dan contoh penggunaan kata. Bahasa Melayu Brunei yang menjadi lingua franca di Brunei Darussalam sering digunakan dalam penulisan dan ucapan rasmi. Kosa kata yang terakam dalam Kamus Bahasa Melayu Brunei menjadi salah satu sumber pembentukan istilah kerana dapat mendukung konsep teknikal dalam bidang ilmu tertentu.
DAFTAR LEKSIKAL 7 DIALEK BRUNEI DARUSSALAM.png
DAFTAR LEKSIKAL 7 DIALEK BRUNEI DARUSSALAM

 

Dewan Bahasa dan Pustaka

Harga   :           BND10.00

ISBN    :           99917-0-814-6

Tahun  :           2011


Daftar Leksikal 7 Dialek Brunei Darussalam menyenaraikan leksikal umum dialek penutur tujuh puak jati Negara Brunei Darussalam, iaitu Brunei, Tutong, Belait, Murut, Kedayan, Dusun dan Bisaya. Kata masukan daftar ini merupakan data empirical bersumberkan korpus lisan hasil daripada kajian lapangan.