Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa

BAHAGIAN PEMBINAAN DAN PENGEMBANGAN BAHASA


PENGENALAN

Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa ialah bahagian yang menjalankan tugas-tugas yang berkenaan dengan upaya membina peristilahan, memperkasa, menyebarkan, dan memantau penggunaan bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam, di samping menyebarkan tulisan ejaan Jawi.


FUNGSI DAN PERANAN

  • Membina prasarana fizikal bahasa Melayu melalui proses pengekodan bahasa melalui daftar, kamus, ejaan, dan pedoman bahasa Melayu;

  • Urus setia kerjasama kebahasaan serantau Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan membina, mengembang, serta melestari bahasa Melayu kepada masyarakat sasar;

  • Memberdayakan leksikal bahasa Melayu melalui penciptaan istilah pelbagai disiplin ilmu, penyelidikan bahasa, kebudayaan peribumi, dan kosa kata;

  • Menyelaras penerbitan Jurnal Bahasa, Riak Bahasa, Rampak Serantau, Penyelidikan bahasa Melayu, Penyelidikan Keberterimaan Istilah, dan Buletin Mabbim;

  • Menyelaras penerbitan Jurnal Bahasa, Riak Bahasa, Rampak Serantau, Penyelidikan bahasa Melayu, Penyelidikan Keberterimaan Istilah, dan Buletin Mabbim;

  • Mengadakan Bengkel Tatabahasa kepada pihak-pihak atau jabatan yang signifikan dan memerlukan;

  • Menerima dan memproses permohonan Jawi termasuk menterjemah, membetulkan ejaan, dan tatabahasa;

  • Meningkatkan dan menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu dan tulisan Jawi;

  • Memantau pelaksanaan, penggunaan, dan pemakaian tulisan Jawi; dan

  • Memberi khidmat penterjemahan daripada bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu.


UNIT-UNIT

1.    Unit Peristilahan

2.    Unit Perkamusan

3.    Unit Penterjemahan

4.    Unit Pelaksanaan Bahasa

5.    Unit Jawi

 

UNIT PERISTILAHAN

Unit Peristilahan merupakan unit yang mengupayakan pengumpulan dan pengkodifikasian  peristilahan, di samping membina bank istilah yang menjadi pusat perujukan istilah dengan cepat dan mudah.  Unit ini juga bertanggungjawab menggubal istilah daripada pelbagai disiplin ilmu dalam bidang sains asas, sains gunaan, sains kemanusiaan, sains politik, teknologi maklumat, kesenian, kesususasteraan, komunikasi massa, pelancongan, perfileman, pertanian, sains, undang-undang, veterinar dan lain-lain mengikut peredaran semasa yang diterbitkan dalam bentuk daftar, kamus, dan glosari. Pengubalan dan penciptaan istilah dilaksanakan dengan kerjasama para pakar bidang ilmu dan ahli-ahli linguistik dari anggota Mabbim. Sejauh ini Brunei Darussalam telah menerbitkan sebanyak 147 buah buku daftar istilah dengan jumlah sebanyak 220 ribu daftar istilah.

 

FUNGSI DAN PERANAN

Urus setia Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) yang dilaksanakan pada setiap tahun, seperti yang berikut:

  • Sidang Eksekutif Mabbim  
  • Sidang Pakar Mabbim
  • Seminar Kebahasaan Mabbim
  • Mesyuarat Sekretariat Mabbim
  • Syarahan Mabbim 
  • Menangani Perancangan Lima Tahun Mabbim
  • Urus setia Jawatankuasa  Tetap Bahasa Melayu Brunei Darussalam (JKTBMBD);
  • Mengkodifikasikan, membentuk, memperbanyak istilah pelbagai bidang ilmu dan berusaha menerbitkannya;
  • Mengkodifikasikan, membentuk, memperbanyak dan melaksanakan penggubalan kamus istilah pelbagai bidang ilmu dan berusaha menerbitkannya;
  • Menyelidik dan mengumpul istilah serta glosari yang relevan untuk mengangkat identiti dan kebudayaan Brunei Darussalam seperti istilah tempatan/lokal dan peribumi;
  • Mengadakan kerjasama dengan Malaysia dan Indonesia melalui Mabbim dalam bidang penggubalan istilah, kamus istilah, penyelidikan kebahasaan, seminar, bengkel, syarahan, dan penerbitan; dan
  • Menjayakan penerbitan berkala sejajar dengan keperluan Mabbim.

 

UNIT PERKAMUSAN

Unit Perkamusan bertanggungjawab memasyarakatkan dan membudayakan bahasa Melayu. Unit ini berperanan sebagai penyusun kamus bahasa dan dialek di Negara Brunei Darussalam. Selain itu, program unit ini juga menjurus ke arah pengekodan bahasa Melayu melalui penyelidikan bahasa dan budaya. Hingga ke hari ini, sebanyak enam buah kamus dan sebuah daftar dialek telah dibukukan iaitu:

 

  • Kamus Kanak-Kanak

  • Kamus Kata dan Ungkapan Am

  • Kamus Bahasa Melayu Nusantara

  • Kamus Tutong-Melayu

  • Kamus Kedayan-Melayu

  • Kamus Bahasa Melayu Brunei

  • Daftar Leksikal 7 Dialek Brunei Darussalam

 

FUNGSI DAN PERANAN

  • Menangani projek penyusunan pelbagai kamus yang menjurus kepada pengayaan dan pengkodifikasian bahasa Melayu;

  • Melakukan penyelidikan lapangan bagi tujuan penjanaan korpus perkamusan; 

  • Menganalisis data bahasa yang dirakam; 

  • Mentakrif kosa kata yang dirakam; dan 

  • Mentranskripsi kata berdasarkan lambang fonetik (IPA); dan menyediakan Manual Projek. 


UNIT PENTERJEMAHAN

Unit ini bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan penterjemahan dan penyemakan teks dalam pelbagai bidang dan disiplin ilmu kepada kementerian, jabatan kerajaan, dan pihak swasta. Unit ini juga berfungsi sebagai sumber rujukan kebahasaan kepada orang ramai sama ada dari jabatan-jabatan kerajaan, kementerian-kementerian, syarikat-syarikat swasta dan orang-orang perseorangan. Selain itu, unit ini juga banyak membantu mengendalikan permohonan yang berkaitan dengan peristilahan dan menerima banyak pertanyaan melalui telefon mengenai hal ehwal kebahasaan.

 

FUNGSI DAN PERANAN

  • Memberikan khidmat penterjemahan kepada organisasi awam dan swasta bagi pelbagai bidang ilmu daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu;

  • Memberikan khidmat kebahasaan dan pengistilahan yang berkaitan dengan penterjemahan; 

  • Memberikan khidmat penyemakan, pembetulan, dan pengistilahan teks atau manuskrip terjemahan; dan 

  • Mengusahakan penterjemahan buku khususnya dalam bidang am/kreatif sebagai bahan bacaan tambahan bagi terbitan jabatan.

UNIT PELAKSANAAN BAHASA

Unit ini bertanggungjawab terhadap penggunaan bahasa Melayu dan tulisan Jawi. Selain itu, unit ini juga memberi nasihat bantuan dan perkhidmatan kepada orang ramai dalam bidang kebahasaan. Di samping, bertanggungjawab memastikan bahasa Melayu digunakan dengan sempurna dan betul pada papan-papan tanda dan nama serta di bangunan-bangunan seluruh negara. Selain itu, unit ini juga bertanggungjawab ke atas penyusunan daftar perkataan Jawi-Rumi.

 

FUNGSI DAN PERANAN

  • Memberi khidmat tulisan Jawi;

  • Memberi khidmat pengesahan ejaan/tulisan Jawi dan bahasa Melayu; dan

  • Memberi khidmat pengesahan ejaan/tulisan Jawi dan bahasa Melayu melalui talian (Onebiz).

 

UNIT JAWI

Unit ini bertanggungjawab sepenuhnya dalam memberikan khidmat tulisan Jawi sejajar dengan kehendak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia seperti maksud Surat Keliling JPM Bil.:21/1988 bertarikh 19 Julai 1988. Selain itu, unit ini juga memberi tunjuk ajar mengenai jenis-jenis khat Jawi. Unit ini berperanan dalam memberikan perkhidmatan kepada orang ramai dari aspek mengurus permohonan terjemahan dari bahasa Melayu ke dalam tulisan Jawi bagi papan-papan tanda, nama bangunan, kenderaan bagi perniagaan, kain rentang, iklan, dan sebagainya.

 

FUNGSI DAN PERANAN

  • Memberi perkhidmatan tulisan Jawi secara tulisan tangan; dan

  • Memberi perkhidmatan tulisan Jawi secara berkomputer.