Skip Ribbon Commands
Skip to main content

/Slider_images/cb6a4551-c040-44d4-8a9c-af7bab5dcba6.jpeg/Slider_images/slide website PERINGKAT AKHIR (1).tiff/Slider_images/laman sesawang DBP.JPG/Slider_images/WhatsApp Image 2025-07-19 at 13.38.46.jpeg/Slider_images/HM79.png

PEMEDULIAN PERKHIDMATAN AWAM

DBP.jpg

SILA IMBAS KOD QR BAGI MAKLUM BALAS PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

PENGIKTIRAFAN

Pengiktirafan DBP

 

KOLEKSI

Manuskrip lama dan diangdangan...

 

GALERI FOTO

Gambar aktiviti-aktiviti

 


MAJLIS PERASMIAN SIMPOSIUM KESUSASTERAAN KEBANGSAAN KE-2, 2025

IMG_0146.JPG

​Selasa, 27 Jamadilawal 1447 | 18 November 2025

Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI) Brunei Darussalam dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kumpulan PUTRA Seni menganjurkan Simposium Kesusasteraan Kebangsaan Ke-2 pada 18 – 19 November 2025 di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi merasmikan simposium tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis diselajurkan dengan pelancaran buku terbaharu terbitan ASTERAWANI berjudul Antologi Puisi Esei Wacana Fikir yang memuatkan 11 buah puisi dalam bentuk puisi esei.

Majlis juga diserikan dengan pembentangan kertas ucap utama bertajuk “Nilai-nilai Cinta dan Nilai-nilai Kemanusiaan dalam Puisi Shukri Zain sebagai Medium Diplomasi Sastera: Perspektif Kuasa Insani” yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Jasni Matlani, Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA).

Simposium pada tahun ini bertemakan “Menelusuri Warisan Sastera Shukri Zain: Inspirasi untuk Nasionalisme dan Nilai-nilai Kebruneian” dengan pembentangan dua kertas ucap utama dan 12 buah kertas kerja yang berpusat pada kegiatan sastera Allahyarham Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr Ustaz Awang Haji Mohd Zain bin Haji Serudin yang juga dikenali dengan nama pena Shukri Zain.

There are no items to show in this view.

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN SERTA JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1447/2026

PRKKBS_-32.jpeg

​Isnin, 19 Ramadan 1447 | 9 Mac 2026 

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi tahun 1447/2026 berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tengah hari tadi.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

Foto: Md Azinuddin - KKBS

PAMERAN DAN JUALAN BUKU DBP

75907f06-a104-4d2d-98fc-13ad6a73417f.jpeg

​Jumaat (malam Sabtu), 17 Ramadan 1447 | 6 Mac 2026

Pameran dan Jualan Buku Terbitan DBP sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

MAJLIS PENYAMPAIAN KURMA KURNIA PERIBADI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

IMG_3898.jpeg

​Khamis, 26 Syaaban 1447 | 14 Februari 2026

Majlis Penyampaian Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan 1447 Hijrah/2026 Masihi kepada para pegawai dan kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka serta Majlis Tahlil dan Doa Arwah telah berlangsung di Balai Sarmayuda, DBP, Berakas pagi tadi.

Penyampaian kurma kepada pegawai dan kakitangan lelaki disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah DBP. Manakala penyampaian kepada pegawai dan kakitangan perempuan disempurnakan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit, Pemangku Timbalan Pengarah DBP.

Majlis tersebut diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa arwah khusus bagi warga DBP serta ahli keluarga yang telah kembali ke rahmatullah.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI SEKOLAH TINGGI ARAB HASSANAL BOLKIAH

IMG_3896.jpeg

​Khamis, 24 Syaaban 1447 | 12 Februari 2026

Dewan Bahasa dan Pustaka menerima lawatan sambil belajar daripada para pelajar Pra U2 Umum Sekolah Tinggi Arab Hassanal Bolkiah (STAHB) di Balai Sarmayuda, DBP, Berakas pagi tadi. Rombongan diketuai oleh Yang Mulia Ustazah Dayangku Norfatimahwati Shah binti Pengiran Haji Timbang, Pegawai Pendidikan Ugama, STAHB.

Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Mulia Awang Mohamad Norulyazmi bin Haji Yakob, Pemangku Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. 

Lawatan diisikan dengan sesi taklimat mengenai peranan Bahagian Seni Lukis dan Reka Bentuk yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Muhammad Sofiyuddin bin Haji Sani, Ketua Bahagian Seni Lukis dan Reka Bentuk. Manakala taklimat mengenai pelestarian tulisan Jawi di Negara Brunei Darussalam disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Mohamad Fajri bin Haji Idris, Jurutulis Jawi Kanan, Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa.

Sesi lawatan berakhir dengan penyampaian cenderamata yang disempurnakan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Annisa binti Haji Moksin, Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. Seterusnya, para pelajar mengikuti aktiviti dan menyaksikan demonstrasi tulisan Jawi daripada bahagian berkenaan serta dibawa melawat ke Kedai Buku DBP.​


Buku Baru PBB2025.jpeg

Dapatkan di KEDAI BUKU DBP, Jalan Pembangunan, Lapangan Terbang Lama, Berakas semasa waktu pejabat. Pelanggan juga boleh menempah buku ​melalui WhatsApp di talian 7293570.