Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Bahasa dan Pustaka
Penggerak usaha bersepadu
Membina dan mengembangkan
Bahasa dan sastera Melayu
Tegak teguh di bumi Darussalam
Bahasa dan sastera Melayu
Teras identiti bangsa merdeka
Mendukung negara maju bersatu
Bahasa jiwa bangsa
Slogan membina semangat
Menyatupadukan rakyat
Memupuk taat setia
Dewan Bahasa dan Pustaka
Memelihara warisan tradisi
Pemangkin daya kreativiti
Penggalak budaya membaca
Dewan Bahasa dan Pustaka
Gigih prihatin dan mendaulatkan
Bahasa dan sastera Melayu
Bersama Mabbim dan Mastera
Lirik : Dato Paduka Haji Aliddin bin Haji Othman
Muzik: Hamdi bin Haji Shafie
Bahasa Melayu
Termaktub dalam perlembagaan kita
Bahasa Melayu bahasa rasmi negara
Menjadi salah satu unsur utama
Mendukung Melayu Islam Beraja
Semua lapisan masyarakat berperanan
Mendaulatkan bahasa Melayu
Mengangkat martabatnya
Menggunakannya dalam semua urusan
Bahasa Melayu asa jati diri bangsa
Negara Brunei Darussalm yang merdeka
Sebagai alat komunikasi berkesan
Mengukuh perpaduan dan semangat kebangsaan
Kita bina dan majukan bahasa Melayu
Tinggikan mutunya ke tahap gemilang
Jadikan jambatan penghubung
Ke arah mencapai kemajuan bangsa
Bahasa menunjukkan bangsa
Maju bahasa dan maju bangsa
Kasihilah bangsa
Kasihilah bahasa
Lirik: Dato Paduka Haji Alidin bin Haji Othman
Muzik: Hamdi bin Haji Shafie