Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksTentang DBP - Pengertian Logo

dbp_logo_white.jpg

Logo Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memuatkan tujuh unsur yang simbolik
 
  • Menjunjung panji-panji membawa pengertian yang Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan salah sebuah jabatan kerajaan yang turut sama mendukung dasar dan matlamat negara.
  • Buku adalah lambang sumber ilmu pengetahuan.
  • Pena dan dakwat adalah dua alat untuk merakamkan ilmu pengetahuan yang disalurkan melalui bahasa.
  • Suluh dan pancaran cahaya dilambangkan sebagai ilmu pengetahuan untuk menerangi negara dan seluruh alam.
  • Padi yang terdapat dalam reka bentuk ini melambangkan bahan makanan utama yang menghidupkan jasad dan jiwa rakyat negeri Brunei Darussalam. Padi ini disimbolkan sebagai bahasa yang menjadi alat perhubungan.
  • Slogan "Bahasa Jiwa Bangsa".

 mural DBP.jpg

Mural ini melambangkan berbagai-bagai bentuk kebudayaan dan kegiatan hidup orang Brunei zaman dahulu
 
  • Mural ini menggambarkan adat budaya, kesenian dan kegiatan kehidupan orang-orang Brunei.
  • Dua tangan menjunjung buku mendukung slogan "Berbahasa Satu, Berbangsa Satu Bernegara Satu" membawa maksud penyatuan dan perpaduan rakyat Brunei dalam berbahasa, berbangsa dan bernegara.
 
Mural ini hasil daya kreatif yang diilhamkan oleh Pengiran Dato Paduka Haji Asmalee bin Pengiran Ahmad, yang dicipta pada tahun 1965. Mural ini kekal hingga sekarang, di bangunan lama DBP digunakan sepenuhnya bagi perkhidmatan perpustakaan.