Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKhidmat Jawi

UNIT PELAKSANAAN BAHASA DAN UNIT JAWI

PERMOHONAN TULISAN JAWI

Unit ini menangani semua jenis permohonan tulisan Jawi daripada jabatan kerajaan, swasta dan orang persendirian. Jenis permohonan adalah seperti yang berikut:

  1. Papan Tanda dan kepala Surat bagi nama perniagaan
  2. Kenderaan bagi nama perniagaan
  3. Nama Bangunan
  4. Nama Pertubuhan, Koperasi, dan seumpamanya
  5. Jenama, Francais, dan seumpamanya
  6. Teks Panjang
  7. Label/Papan Tanda umum
  8. Kain Rentang
  9. Papan Iklan (billboard)
  10. Poster, kulit buku/program, cop
  11. Tirai Belakang (backdrop)

Khidmat ini adalah sejajar dengan kehendak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sepertimana maksud surat keliling JPM Bil. 21/1988 bertarikh 19 Julai 1988.

...semua Kementerian dan Jabatan supaya mengawasi dan memastikan penggunaan tulisan jawi disamping tulisan rumi pada papan-papan tanda di bangunan-bangunan Kerajaan dan badan-badan perniagaan, termasuk papan-papan nama, kepala surat, papan kenyataan, poster, iklan, kain rentang, nama-nama dan tanda-tanda jalan serta seumpamanya. Tulisan jawi itu hendaklah ditulis dua kali ganda besarnya daripada tulisan rumi dan diletakkan disebalah atas…

Kadar bayaran bagi perkhidmatan tulisan dan pengesahan Jawi adalah seperti yang berikut:

PERMOHONAN TULISAN JAWIPENGESAHAN EJAAN/TULISAN JAWI DAN BAHASA MELAYUSALINAN TULISAN JAWI
KategoriJenis TulisanHargaKategoriHargaJumlahHarga

·  Papan Tanda

·  Kepala Surat

·  Kenderaan

·  Nama Bangunan

·  Pertubuhan, Koperasi dan seumpamanya

·  Jenama, Francais dan seumpamanya

·  Label/Papan Tanda Umum

·  Papan Iklan (Billboard)

·  Tirai Belakang/Kain Rentang

·  Poster, Kulit Buku/Program, Cop

Nasakh$20.00

·  Kenderaan

·  Logo

$5.00·  Setiap satu salinan$5.00
Selain Nasakh$30.00

 *Permohonan Teks Panjang dihadkan kepada 10 klausa sahaja. Jika melebihi 10 permohonan akan dikira sebagai permohonan baharu.

 Tatacara memohon adalah seperti yang berikut:

  1. Pemohon dikehendaki mengisi borang terlebih dahulu.
  2. Sebelum permohonan diproses, pemohon hendaklah membuat pembayaran terlebih dahulu di Unit Kewangan, Dewan Bahasa dan Pustaka.
  3. Bagi permohonan dari jabatan-jabatan kerajaan, pembayaran akan dibuat dengan mengeluarkan surat tuntutan ke jabatan berkenaan.
  4. Untuk mengambil tulisan atau pengesahan Jawi pemohon boleh menghubungi Unit pelaksanaan Bahasa dan Unit Jawi untuk memastikan sama ada sudah selesai atau belum, atau boleh juga mengambilnya dengan mengikut TPOR.

* Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan bersama-sama borang permohonan:

  1. Pendaftaran Sendirian Berhad
  2. Pendaftaran nama perniagaan 16/17
  3. Pendaftaran Koperasi (BINA)
  4. Permit kenderaan (Pengangkutan Darat)
  5. Pendaftaran persatuan
  6. Dokumen yang relevan bagi jenama, francais, tanda niaga dan lain-laian.


TPOR BAGI PERMOHONAN TULISAN JAWI



BIL

JENIS PERKHIDMATAN

TPOR

 

 

 

 

1

Memproses permohonan ke dalam bahasa Melayu dan tulisan Jawi bagi

 

 

 

 

 

 

1.1 Papan Tanda dan Kepala Surat bagi nama perniagaan

(borang kalas)

5 hari

 

1.2 Kenderaan bagi nama perniagaan

(borang kalas)

5 hari

 

1.3 Nama Bangunan

(borang putih)

3 hari

 

1.4 Nama Pertubuhan, Koperasi, dan seumpamanya

(borang putih)

3 hari

 

1.5 Jenama, Francais, dan seumpamanya

(borang putih)

3 hari

 

1.6 Teks panjang (bagi setiap 1 muka surat A4)

(borang putih)

5 hari

 

1.7 Label/Papan Tanda umum

(borang putih)

 

 

i. 1 hingga 20 nama

 

7 hari

 

ii. 21 hingga 40 nama

 

10 hari

 

iii. Lebih 41 nama

 

15 hari

 

1.8 Kain Rentang

(borang putih)

3 hari

 

1.9 Papan Iklan (billboard)

(borang putih)

3 hari

 

1.10 Poster, kulit buku/program, cop

(borang putih)

3 hari

 

1.11 Tirai Belakang (backdrop)

(borang putih)

3 hari

 

 

 

 

2

Memproses permohonan cadangan nama perniagaan

(borang kuning)

3 hari

 

 

 

 

3

Memproses permohonan pengesahan tulisan Jawi dalam logo

(borang Biru)

3 hari





4

Memproses permohonan pengesahan penggunaan tulisan Jawi/ bahasa Melayu bagi kenderaan

(borang Biru)

2 hari

 

Memproses permohonan pengesahan penggunaan tulisan Jawi/ Bahasa Melayu bagi papan tanda/ kain rentang/ papan iklan

Online

3 hari