BILIK BACAAN DAN RUJUKAN Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan melalui Cawangan Dokumentasi dan Arkib menyediakan perkhidmatan Bilik Bacaan dan Rujukan bagi pegawai dan kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka, penjawat awam/penyelidik dari kementerian dan jabatan kerajaan, mahasiswa dari Institusi Pengajian Tinggi yang ingin membuat penyelidikan. Waktu Dibuka Hari | Masa | Isnin-Khamis & Sabtu
|
8.00 - 11.30 pagi
| 1.45 – 3.30 petang |
Koleksi (Bahan-Bahan Arkib) - Manuskrip lama
- Buku
- Majalah
- Jurnal
- Surat khabar (Pelita Brunei, Media Permata, Borneo Bulletin, Berita Harian, Utusan Malaysia dari tahun 2017)
- Risalah
- Kertas kerja
- Himpunan artikel
- Mikrofilem
- Pita rakaman
Peraturan Penggunaan dan Peminjaman - Bilik Bacaan dan Rujukan hanya boleh digunakan oleh:
- Pegawai dan kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka
- Penjawat awam atau penyelidik dari kementerian dan jabatan
- Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi
- Pengguna yang terdiri daripada penjawat awam/penyelidik dan mahasiswa hendaklah memohon kebenaran secara bersurat kepada Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka terlebih dahulu untuk membuat rujukan penyelidikan di Bilik Bacaan dan Rujukan.
- Peminjaman bahan di Bilik Bacaan dan Rujukan hanya dibenarkan kepada pegawai dan kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja dengan mengisi Borang Peminjaman dengan lengkap.
- Penjawat awam/penyelidik dan mahasiswa tidak dibenarkan membuat peminjaman. Bahan-bahan arkib hanya boleh dirujuk di Bilik Bacaan dan Rujukan sahaja.
- Segala bahan-bahan arkib yang ingin dirujuk hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Penolong Penyelia Arkib atau Pembantu Arkib.
- Penolong Penyelia Arkib atau Pembantu Arkib sahaja yang akan mengambil bahan-bahan arkib yang hendak dipinjam atau digunakan.
- Dilarang menulis atau menanda pada bahan-bahan arkib yang digunakan.
- Bahan-bahan arkib hendaklah digunakan dengan cermat dan teliti. Keselamatan bahan-bahan arkib hendaklah dijaga dengan baik. Sebarang kerosakan atau kehilangan semasa menggunakan adalah menjadi tanggungjawab awda. Jika terjadi kehilangan dan kerosakan, akan dikenakan tindakan undang-undang dan boleh dituntut ganti rugi.
- Membuat sebarang salinan dalam apa jua bentuk adalah tidak dibenarkan dan jika memerlukan, mestilah mendapatkan kebenaran dan pengawasan daripada Penolong Penyelia Arkib atau Pembantu Arkib.
- Bagi penyelidikan manuskrip lama, hendaklah menyediakan sendiri kelengkapan seperti sarung tangan, penutup mulut dan hidung, serta kanta pembesar.
- Hendaklah menyerahkan kembali bahan-bahan arkib yang digunakan kepada Penolong Penyelia Arkib atau Pembantu Arkib di kaunter.
- Sebarang masalah yang timbul hendaklah dikemukakan kepada Penolong Penyelia Arkib atau Pembantu Arkib.
- Hendaklah memakai pakaian sopan.
- Tidak dibenarkan makan, minum, merokok dan membuat bising.
- Untuk keterangan lanjut:
Bilik Bacaan dan Rujukan Cawangan Dokumentasi dan Arkib Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan Tingkat 2, Dewan Bahasa dan Pustaka Jalan Pembangunan, Lapangan Terbang Lama Berakas BB3510 Negara Brunei Darussalam Tel: +673 2382511 Sambungan 149
| |