Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPengiktirafan - Anugerah Sastera MASTERA

ANUGERAH SASTERA MASTERA

Negara Brunei Darussalam melalui Dewan Bahasa dan Pustaka telah menjadi Ahli Tetap dalam Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) sejak tahun 1995. Dalam rangka kerja Mastera, Negara Brunei Darussalam diamanahkan untuk menangani pemasyarakatan sastera, Mastera Malaysia melaksanakan Penelitian Sastera dan Mastera Indonesia mengendalikan Penyusunan Sastera di ketiga-tiga Pendiri Mastera.

Dalam tempoh 25 tahun, Mastera telah melaksanakan pelbagai projek dan kegiatan mengikut rangka kerja 5 tahun Mastera yang dipersetujui dalam Sidang Eksekutif Mastera setiap tahun, antaranya pemberian pengiktirafan Anugerah Sastera Mastera (Mastera Brunei Darussalam – khusus diberikan kepada tokoh sastera), Hadiah Sastera Mastera (Mastera Malaysia – khusus bagi penilaian karya sastera) dan Penghargaan Hadiah Sastera (Mastera Indonesia – khusus diberikan kepada penulis-penulis muda yang berpotensi) dan Hadiah Terjemahan Mastera (khusus kepada penterjemah karya-karya sastera).

Anugerah ini telah berjaya dijalankan sebanyak lima kali pada tahun 2003, 2006, 2008, 2011, 2014 dan 2018. Anugerah Sastera Mastera buat julung kalinya direalisasikan penyampaiannya pada tahun 2003 dalam Sidang Ke-8 Mastera. Hasil tajaan berupa wang tunai daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn. Bhd., Bank Islam Brunei Berhad, DST Group, dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, penglibatan syarikat-syarikat swasta ini dihasratkan sebagai:

 

1.     Membuka langkah kepada sikap pemedulian serta keprihatinan bagi sama-sama memajukan bidang kesusasteraan tanah air bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga di peringkat serantau dan antarabangsa.

2.     Dapat mengangkat imej dan mengharumkan nama Negara Brunei Darussalam dalam bidang kesusasteraan di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.

3.     Mewujudkan perpaduan serta semangat kerjasama antara kerajaan dan syarikat-syarikat swasta di negara ini untuk menangani kegiatan sastera.

Tujuan:

Anugerah berprestij dan berpotensi ini diberikan kepada tokoh sastera atau penulis genre sastera dari negara-negara Anggota Mastera dengan tujuan:

  i.     Sebagai penghargaan, penghormatan dan pengiktirafan kepada tokoh-tokoh sastera atau penulis atau tokoh pejuang sastera yang menulis dalam bahasa Melayu dan bergiat aktif menurut Panel telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan Asia Tenggara melalui karya yang bermutu tinggi atau tokoh pejuang sastera yang bergiat memperkembangkan kemajuan sastera.

 ii.     Mengangkat martabat sastera Melayu di Asia Tenggara.

iii.     Mengangkat nama penulis sesebuah negara yang menerima anugerah.

iv.     Menjadi pendorong kepada penulis memajukan hasil kesusasteraan.

v.     Mewujudkan persefahaman serantau.

vi.     Melalui Anugerah Sastera Mastera akan memperolehi kajian ilmiah tentang hasil karya dan/atau sumbangan kegiatan sastera penerima anugerah untuk digunakan sebagai kajian dan rujukan sepanjang zaman.

 

Dasar Pelaksanaan

  I.         Anugerah ini diberikan sewaktu Sidang Mastera diadakan di Negara Brunei Darussalam,

 II.         Anugerah diberikan kepada Tokoh Sastera atau penulis dari Negara Anggota Mastera sama ada melalui karya yang bermutu tinggi atau pejuang sastera yang bergiat memperkembangkan kemajuan sastera.

III.         Calon penerima dinilai di negara masing-masing setelah menerima surat undangan dari Mastera Brunei Darussalam.

 

Pemilihan Tokoh Anugerah Sastera Mastera

  i.     Menghasilkan tulisan karya kreatif seperti novel, cerpen, drama, dan puisi (sajak, pantun dan syair).

 ii.     Aktif dalam membina dan mengembangkan kegiatan sastera melalui kritikan, penyelidikan, persatuan dan sebagainya.

iii.     Memberi perhatian yang serius terhadap pembinaan dan pengembangan sastera secara peribadi, berkumpulan, atau sebagai tugas/perkhidmatan.

iv.     Kecintaan kepada kesusasteraan, kegiatan dan perkembangan kesusasteraan tanah air, yang digambarkan melalui kesanggupan mengorbankan wang, tenaga dan masa demi kemajuan pembinaan dan pengembangan sastera.

v.     Aktif menulis makalah sastera dan membentangkan kertas kerja mengenai sastera di forum, seminar, persidangan, dan sebagainya.

vi.     Kriteria lain yang difikirkan perlu oleh Panel Pusat dan Panel Negara Ahli.

 

Hadiah dan Pengiktirafan

Anugerah Sastera Mastera dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada Tokoh Sasterawan negara-negara Mastera, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura yang bergiat aktif dan telah memberi sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan Asia Tenggara melalui ciptaan yang bermutu tinggi. Penerima-penerima anugerah menerima hadiah dan pengiktirafan berikut:

1.     Wang tunai $10,000.00.

2.     Sijil pengiktirafan bagi setiap penerima.

3.     Buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

4.     Kemudahan untuk menerbitkan karya yang bersesuaian di Negara Brunei Darussalam. (Penerima dari Negara Brunei Darussalam sahaja).

5.     Penterjemahan dan penerbitan karya yang difikirkan sesuai ke dalam bahasa asing di negara masing-masing.



Penerima Anugerah Sastera Mastera tahun 2000 – 2018

TahunNegaraPenerima
2003Brunei DarussalamYahya M.S. 
IndonesiaAjip Rosidi
MalaysiaArena Wati
2006Brunei DarussalamMuslim Burmat
IndonesiaSutardji Calzoum Bachri
MalaysiaIsmail Hussein
2008Brunei DarussalamA.Hashim Hamid 
IndonesiaRendra
MalaysiaSiti Hawa
2011Brunei DarussalamShukri Zain 
IndonesiaBudi Darma
MalaysiaShahnon Ahmad
2014Brunei DarussalamYura Halim
IndonesiaSapardi Djoko Damono
MalaysiaMuhammad Haji Salleh
SingapuraEncik Suratman Markasan 
2018Brunei Darussalam

(Adi Rumi)

Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned

 Indonesia

(Goenawan Mohamad)

Yang Mulia Bapak Goenawan Susatiyo Mohammad

 Malaysia

(Kemala)

Yang Mulia Sasterawan Negara Dato'Dr. Haji Ahmad Khamal bin Abdullah

 Singapura

(Isa Kamari)

Yang Mulia Enchik Isa Kamari 


HADIAH SASTERA MASTERA

Hadiah Sastera Mastera adalah salah satu bentuk inisiatif yang dipersetujui oleh ketiga-tiga negara anggota pendiri Mastera, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia, dan Malaysia, bagi memenuhi pernyataan: "Mengusahakan peluang-peluang bersama untuk para sasterawan memajukan bakat, penterjemahan, penerbitan, dan pengiktirafan terhadap pencapaian mutu ciptaan sastera".

Tujuan:

  1. Mengenal pasti karya-karya sastera bermutu dalam pelbagai genre yang asli ditulis dalam bahasa Melayu/Indonesia atau diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu/Indonesia di negara-negara serantau Asia Tenggara.
  2. Memberikan pengiktirafan bertaraf rantau kepada karya bermutu dan kepada penulis yang menghasilkannya dalam sesuatu tahun penilaian.

Dasar Pelaksanaan Hadiah Sastera Mastera

  1. Hadiah diberikan kepada karya sastera yang diterbitkan dalam bentuk buku, dalam tempoh dua tahun sebelum tahun penilaian oleh negara-negara anggota Mastera, atau karya-karya sastera oleh para penulis negara-negara anggota Mastera yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu/Indonesia.
  2. Hadiah diberikan kepada sebuah karya terbaik daripada mana-mana genre bagi setiap negara dalam sesuatu tahun penilaian.
  3. Hadiah diberikan setiap dua tahun sekali.


Skop Penilaian Karya

Karya yang dinilai adalah dalam bidang sastera, berbentuk kreatif dan bukan kreatif, yang meliputi jenis karya atau genre seperti yang berikut:

Karya Sastera Kreatif

  1. Novel
  2. Kumpulan Puisi
  3. Kumpulan Cerpen
  4. Drama Pentas/Kumpulan Drama Pentas

Karya Sastera Bukan Kreatif

  1. Kumpulan Esei/Kritikan Sastera
  2. Kajian Sastera (Ilmiah)

 

Kriteria Penilaian

Kriteria penilaian adalah berdasarkan perkara-perkara yang berikut:

 

Karya Sastera Kreatif

       i.     Kekuatan kesatuan organik karya.

      ii.     Kekuatan dan keaslian persoalan yang ditampilkan secara matang.

     iii.     Keseimbangan estetika bahasa dengan persoalan kemanusiaan.

    iv.     Keindahan moral.

     v.     Kesesuaian nilai.

    vi.     Inovasi dalam kreativiti.

 

Karya Sastera Bukan Kreatif

       i.     Keaslian.

      ii.     Keluasan dan kedalaman.

     iii.     Kekuatan intelek dan ketajaman analisis.

    iv.     Enak dibaca dan jelas maksudnya; dan

     v.     Sumbangannya terhadap perkembangan dan penjanaan ilmu.

 

Hadiah

 i.     Karya Sastera Kreatif - hadiah wang tunai bernilai RM 10,000.00 diberikan kepada setiap karya yang terbaik dari setiap negara anggota, di samping hadiah iringan yang berupa plak dan sijil.

ii.     Karya Sastera Bukan Kreatif - hadiah wang tunai bernilai RM 10,000.00 diberikan kepada satu karya yang terbaik dari tiga negara anggota, di samping hadiah iringan yang berupa plak dan sijil.

   iii.     Bagi tujuan promosi, setiap karya yang menang akan dilekatkan dengan perekat khas Hadiah Sastera Mastera.

 

Penerima Hadiah Sastera Mastera tahun 2000 – 2018 

TahunNegaraPenerimaBuku
1999Brunei DarussalamBadaruddin H.O.

Episod-Episod Si Awang, 1998 (Kumpulan Puisi) 

Karya Kreatif

IndonesiaTitis Basino

Trilogi Dari Lembah ke Coolibah,1997; Welas Asih Merengkuh Tajali, 1997, dan Menyucikan Perselingkuhan, 1998 (Novel Trilogi)  

Karya Kreatif

MalaysiaSohaimi Abd. Aziz

Rasa-Fenomenologi: Penerapan Karya A. Samad Said, 1998 (Esei  dan Kritikan)                    

Karya Bukan Kreatif

 2001Brunei DarussalamMuslim Burmat

 Urih Pesisir, 1999 (Novel) 

Karya Kreatif

IndonesiaKuntowijoyo

Mantra Penjinak Ular, 2000 (Novel)              

Karya Kreatif

MalaysiaMuhammad Haji Salleh

Puitika Sastera Melayu, 2000 (Kajian Sastera) 

Karya Bukan Kreatif

2003Brunei DarussalamZefri Ariff Brunei

Rapat , 2002 (Kumpulan Drama Pentas)

Karya Kreatif

 IndonesiaAbrar Yusra

Tanah Ombak, 2002 (Novel)

Karya Kreatif

 MalaysiaAnwar Ridhwan

Naratif Ogonshoto (Kumpulan Cerpen)

Karya Kreatif

 IndonesiaAbdul HAdi W.M

Tasawuf Yang Tertindas

(Kumpulan Drama Pentas)

Kajian Hermeneutik Atas

Karya-karyanya, 2001

Karya Bukan Kreatif

2005Brunei DarussalamYahya M.S.

Nyanyian Perjalanan Mencari Diri dari Muara ke Arafat (Kumpulan Puisi)

Karya Kreatif

 IndonesiaA.Mustofa Bisri

Lukisan Kaligrafi (Kumpulan Cerpen)

Karya Kreatif

 MalaysiaT. Alias Talib

Pasar Pengalaman (Kumpulan Puisi)

Karya Kreatif

 Malaysia Jelani Harun

Pemikiran  Adab Ketatanegaraaan Kesultan Melayu (Kajian Sastera)

Karya Bukan Kreatif

2007Brunei DarussalamMuslim Burmat

Ntaidu (Novel)

Karya Kreatif

 Indonesia
Raudal Tanjung Banua

Gugusan Mata Ibu (Kumpulan Puisi)

Karya Kreatif

 MalaysiaAzizi Haji Abdullah

Sangeetha (Novel)

Karya Kreatif

 Indonesia Maman S.Mahayana

9 Jawaban Sastra Indonesia Sebuah Orientasi Kritikan (Kajian Sastera)

Karya Bukan Kreatif

2010Brunei DarussalamHaji Mohd. Salleh Abdul Latif

Tawadul Musim Sujud (Novel)

Karya Kreatif

 IndonesiaS.Zawawi Imron

Kelenjar Laut (Kumpulan Puisi)

Karya Kreatif

 MalaysiaShahnon Ahmad

Mahabbah (Novel)

Karya Kreatif

2012Brunei DarussalamD.P. Matussin

Biarkan Kami Bernafas (Novel)

Karya Kreatif

 IndonesiaAgus R.Sarjono

Lumpung Perjumpaan (Kumpulan Puisi)

Karya Kreatif

 MalaysiaS.M. Zakir

Serigala dan Sekuntum Tulip (Kumpulan Cerpen)

Karya Kreatif

 Malaysia Noriah Taslim

Lisan dan Tulisan Teks dan Budaya (Kajian Sastera)

Karya Bukan Kreatif

2016Brunei DarussalamDayang Hajah Norsiah Haji Gapar

Gerun (Novel)

Karya Kreatif

 IndonesiaJamal D.Rahman

Rubaiyat Matahari (Kumpulan Puisi)

Karya Kreatif

 MalaysiaMalim Ghozali

Langit Tidak Berbintang di Ulu Slim (Kumpulan Cerpen)

Karya Kreatif

 Singapura Johar Buang

Pasar Diri (Kumpulan Puisi)

Karya Kreatif

 Brunei DarussalamDr. Hajah Rayah Ali

Syair Kenangan Karya Muda Omar 'Ali Saifuddein: Satu Analisis            (Kajian Sastera)

Karya Bukan Kreatif

 IndonesiaJamal T.Suryanata

            Sastra di Tapal Batas (Kajian Sastera)

Karya Bukan Kreatif

 MalaysiaDr. Mohamad Saleeh Rahamad

Oksidentalisme dalam Sastera Melayu Sebelum Merdeka Hingga Era Mahathir Mohamad        (Kajian Sastera)

Karya Bukan Kreatif

 Singapura Dr. Azhar Ibrahim Alwee

Cendekiawan Melayu Penyuluh Emansipasi (Kajian Sastera)

Karya Bukan Kreatif

2021Brunei DarussalamYahya M.S.

Surat-Surat Kemerdekaan (Kumpulan Puisi)

Karya Kreatif

 IndonesiaJunaedi Setiyono

Dasamuka (Novel)

Karya Kreatif

 MalaysiaMuzaf Ahmad

Sepasang Sayap di Bahu (Kumpulan Puisi)

Karya Kreatif

 Singapura Maarof Salleh

Bara (Kumpulan Cerpen)

Karya Kreatif

 Brunei DarussalamYahya M.S.

Gagasan Ketatanegaraan dalam Syair Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien (Kajian Sastera)

Karya Bukan Kreatif

 IndonesiaAbdul Wachid B.S.

Sastra Pencerahan (Kajian Sastera)

Karya Bukan Kreatif

 MalaysiaRahimah A. Hamid

            Proses Kreatif: Sensitiviti dan Kreativiti Pengarang (Kajian Sastera)

Karya Bukan Kreatif

 Singapura Kartini Anwar

Pemikiran dan Gaya Mengarang Raja Ali Haji (Kajian Sastera)

Karya Bukan Kreatif


PENGHARGAAN SASTERAWAN MUDA MASTERA

Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda Mastera adalah adalah satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan yang dilaksanakan oleh Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) untuk tokoh penulis muda dari negara anggota Mastera. Hadiah ini dipertanggungjawabkan kepada Mastera Indonesia dan dilaksanakan apabila Mastera Indonesia menjadi tuan rumah Sidang Mastera. Hadiah ini bertujuan memberikan penghargaan dan pengiktirafan bertaraf rantau kepada tokoh penulis muda yang telah memberikan sumbangan yang berterusan dan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan yang bermutu tinggi.

Penerima Penghargaan Sasterawan Muda Mastera 2005 - 2016

TahunNama PenerimaNama Pena
2005Haji Saidi Bin Haji AhmadDisa
2008Awang Suip Bin Haji Abdul Wahab
Nurfik Brunei
2010Puasa bin KamisPuasha
2013Haji Romzi bin Haji Hidup A.R.Romzi
2016Dayang Hajah Norhamizah bin Haji Samihon Nurhamizah Samihon
​2023

​Awangku Mohd. Noor Sham @ Awangku Hidie bin Pengiran Hidup
​Panji Lara




HADIAH TERJEMAHAN MASTERA

Hadiah Terjemahan Mastera 2019 merupakan projek pengiktirafan dalam usaha mengetengahkan dan mengiktirafan karya-karya terjemahan serta menggalakkan kegiatan penterjemahan sastera Melayu/Indonesia ke Bahasa Inggeris. Projek ini adalah anjuran Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) Singapura dengan Kerjasama Mastera Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Thailand. 

Penerima Hadiah Terjemahan Mastera bagi tahun 2019

TahunNegaraPenerima
2019
Brunei DarussalamAwang Abdul Baaqi bin Haji Abdul Hisab
Indonesia
Kahar Dwi Prihartanto 

Malaysia
Awang Ahmad Nazri bin Abdullah

Singapura
Nur El-Huda Jaffar



SAYEMBARA PENULISAN KREATIF MASTERA