Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPengiktirafan - Anugerah Kesusasteraan Islam (AKI)

Anugerah Kesusasteraan Islam (AKI) bertujuan untuk melaksanakan satu antara tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, iaitu "Menanam dan memupuk semangat kecemerlangan dalam bidang sosiobudaya dan sosioekonomi dalam kalangan rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan mengadakan peraduan dan hadiah dalam bidang sastera dan kebudayaan".

Anugerah Kesusasteraan Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah diadakan dengan limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kali pertama dikurniakan pada tahun 2008. Anugerah ini adalah sebagai penghormatan dan pengiktirafan kepada penulis-penulis tanah air yang menghasilkan karya sastera berunsur Islam di negara ini.

​BILPENERIMA​​NAMANAMA PENA​​TAHUN MENERIMA
​1Yang Berhormat,
Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim​
Yahya M.S.2008
​2Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.png
Yang Berhormat,
Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned​
Adi Rumi ​2013