Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBuku Terbitan 2021

Ala Barunai.png
Ala Barunai
[Cetak Ulang]

Harga: BND15.00

Berat: 0.670kg

ISBN: 978-99917-69-91-2

Buku Ala Barunai ini mengandungi resipi dan maklumat ringkas mengenai makanan tradisi yang diilhamkan daripada kreativiti masyarakat dahulu dalam mengolah pelbagai sumber makanan sehingga terhasil menu makanan yang dikenali sebagai budu, cacah, jeruk, sambal, ampap, lalap, liking, lumai, pais dan umai.

Pendokumentasian pelbagai resipi yang disajikan dalam buku ini akan menjadi rujukan masyarakat, sekali gus sebagai elemen penyebaran kepada generasi baharu nanti.


Ustaz Ustazah Kecil Mari Sembahyang.png
Ustaz dan Ustazah Kecil
Mari Mengenal Rukun Sembahyang


Harga: BND4.00

Berat: 0.095kg

ISBN: 978-99917-69-86-8

Sembahyang ialah rukun Islam kedua daripada rukun Islam yang lima. Setiap Muslim wajib mengetahui rukun-rukun dalam sembahyang.

Buku Ustaz dan Ustazah Kecil Mari Mengenal Rukun Sembahyang tampil dalam bentuk buku bacaan mudah, sesuai dengan tahap pemahaman golongan kanak-kanak.

Buku ini mengajar dan memberikan panduan asas kepada kanak-kanak untuk mengenal dan belajar rukun sembahyang dan sembahyang fardu.

Uztazah Kecil Mari Berpuasa.png
​Ustazah Kecil Mari Berpuasa

Harga: BND3.00

Berat: 0.055kg

ISBN: 978-99917-69-90-5

Buku Ustazah Kecil Mari Berpuasa ini disusun dalam bentuk yang mudah untuk dijadikan rujukan asas ibu bapa dalam membimbing anak-anak mengenai rukun Islam ketiga, iaitu puasa dalam bulan Ramadan.

Buku ini mengajar dan memberikan panduan asas kepada kanak-kanak untuk mengenal dan belajar berpuasa.

Dengan pengolahan bahasa yang mudah dan ilustrasi yang menarik pastinya dapat menarik minat anak-anak untuk mempelajarinya.

Koleksi Irama dan Lagu O Kanak-Kanak.png
Koleksi Irama dan Lagu
O Kanak-Kanak


Harga: BND20.00

Berat: 0.550kg

ISBN: 978-99917-69-97-4
Koleksi Irama dan Lagu O Kanak-Kanak ini memuatkan sebanyak 56 buah lagu. Penerbitan buku ini turut mengandungi glosari bahasa Melayu Brunei dan disertakan dengan pemacu pena (pendrive) yang bertujuan untuk mengetengahkan lagu kanak-kanak yang merupakan salah satu seni kebudayaan bangsa, sekali gus sebagai elemen pemeliharaan, pengenalan dan penyebaran kepada generasi baharu dan para belia agar tidak pupus ditelan zaman.
Abjad ABC.png
Abjad ABC Binatang

Harga: BND5.00

Berat: 0.080kg

ISBN: 978-99917-69-62-2
Abjad ABC Binatang merupakan buku tambahan literasi awal kanak-kanak dan sebagai salah satu inisiatif jabatan untuk menggalakkan budaya membaca di peringkat awal lagi. Dilengkapi dengan penggunaan abjad A hingga Z yang menumpukan kepada nama-nama binatang dengan ilustrasi yang menarik.
Bahtera Zahir.png
Jelajah Tongkat Si Maun
Bahtera Zahir


Harga: BND5.00

Berat: 0.095kg

ISBN: 978-99917-69-92-9
Bahtera dan Zahir beradu silat bersama murid-murid lain di sekolah seni mempertahankan diri di hadapan mahaguru mereka. Bahtera menyerlah sebagai salah seorang penuntut terbaik di sekolah tersebut.

Berita ini menarik perhatian Sultan Sulaiman dan Baginda pun membuat lawatan ke Kampung Tanah Sukam, tempat Bahtera menetap. Semasa Sultan Sulaiman berada di kampung itu terjadi suatu peristiwa. Apakah yang terjadi? Ikutilah cerita penuh aksi yang mendebarkan ini.

Sang Cengkerik dan Sang Belalang edited pixel.png
Sang Cengkerik dan Sang Belalang

Harga: BND4.00


Berat: 0.085kg

ISBN: 978-99917-69-59-2
Binatang yang dicipta oleh Allah subhanahu wa taala mempunyai kelebihan masing-masing. Kehidup-an mereka di dalam hutan sangat berbeza. Ada yang kuat dan ada pula yang lemah. Watak penting dalam buku ini ialah Sang Cengkerik dan Sang Belalang.

Kedua-duanya memiliki sifat yang berbeza, iaitu sombong dan baik hati. Siapakah pemegang watak yang sombong? Siapa pula yang mempunyai sifat baik hati? Moral dalam cerita ini mengajar kanak-kanak untuk tidak bersifat sombong. Sesiapa yang sombong tidak disukai oleh orang atau kawan-kawan malah merugikan diri sendiri.

Nya Urang.png
​Kumpulan Skrip Drama Pentas
Nya Urang

Harga: BND7.00

Berat: 0.265kg

ISBN: 978-99917-69-81-3

NINI BINI: (KEHAIRANAN) Siapa danganmu bacarita atu?

MAMAT: Nini laki bah. Ni ... tu nah sanyum-sanyum di balakang kita ah. Inda kan kita inda taliat.

NINI BINI: Astaghfirullahalazim, Mamat. Nini lakimu ... taun lapas sudah maninggal sama kawannya, Pak karim atu. Inda kau ingatkah?

MAMAT: (BERFIKIR) Inda mungkin ... jadi, yang bacakap sama kadiaku tadi siapa? (BINGUNG) Banar, nini ... aku sama nini laki tadi carita-carita di sini.

Panggilan Kekerabatan.png
​Panggilan Kekerabatan
Dialek Melayu Kedayan

Harga: BND7.00

Berat: 0.165kg

ISBN: 978-99917-69-99-8

Satu kajian sosiolinguistik yang berkaitan dengan sistem kekerabatan dalam kalangan puak Melayu Kedayan di Negara Brunei Darussalam.

Perbincangan mengenai fenomena perubahan bahasa dalam sesebuah institusi keluarga amat menarik untuk dikupas terutama yang berhubung kait dengan istilah-istilah kekerabatan. Istilah-istilah seperti 
tuatangahamit dan bungsu masih dipraktikkan oleh puak Melayu Kedayan sehingga kini.

Persoalannya bagaimana dua generasi penutur ini saling membahasakan diri mereka ketika merujuk atau menyapa ahli keluarga masing-masing.
Lakak-Lakak 2.jpg
Lakak-Lakak #2

Harga: BND7.00

Berat: 0.125kg

ISBN: 2710-3641
​Edisi Kedua kompilasi komik daripada pelukis-pelukis tempatan. 
Cintaku di Ufuk Timur.png
Kumpulan Sajak
Cintaku di Ufuk Timur

Harga: BND7.00

Berat: 0.195kg

ISBN: 978-99917-69-75-2
Semua takdir ditentukan oleh Allah subhanahu wa taala. Segala usaha wajib dilakukan bahkan rahsia alam hanya Allah yang Tahu. Inilah tema yang ingin disampaikan dalam Kumpulan Sajak Cintaku di Ufuk Timur.
Sungai, Laut dan Kita.png
Kumpulan Sajak
Sungai, Laut dan Kita


Harga: BND6.00

Berat: 0.110kg

ISBN: 978-99917-69-64-4
Kumpulan Sajak ini mengungkapkan denyut nadi sebuah perjalanan dan melewati banyak permukaan. Banyak pengajaran yang dijadikan teras dalam perjalanan sehingga dapat memaknai hidup dan mengintrospeksi diri.
Inilah Hala Tujuku.png
Kumpulan Sajak
Inilah Hala Tujuku


Harga: BND6.00

Berat: 0.115kg

ISBN: 978-99917-69-73-8
Puisi-puisi dalam buku ini menggarap pengalaman dan pengamatan OmeyaD terhadap fenomena dunia. Namun begitu, tujuan penulis adalah untuk menggalakkan para pembaca berfikir, merenung dan memberikan tafsiran sendiri secara bebas terhadap setiap puisinya.

Jejak Jejak Merdeka.png
Kumpulan Sajak
Jejak-Jejak Kehidupan


Harga: BND8.00

Berat: 0.115kg

ISBN: 978-99917-69-71-4​
​Kumpulan Sajak Jejak-Jejak Kehidupan karya K. Manis menggarap pengalaman, cabaran dan dugaan yang dilalui dalam kehidupan. Cetusan idea dan nukilan rasa dijadikan inspirasi kemudian diadun dalam bait-bait sajak. Peristiwa dunia juga turut disisipkan dalam sajak ini.
Rahsia Huruf.png
Kumpulan Sajak
Rahsia Huruf


Harga: BND6.00

Berat: 0.115kg

ISBN: 978-99917-69-74-5​
​Kehidupan ini ialah satu pengembaraan yang penuh rahsia. Pengembaraan bermula daripada diri sendiri dengan memilih labirin kata dan huruf agar ia dapat dirasai serta dinikmati bersama.

Pengembaraan hidup menelusuri rahsia-rahsia percintaan, perjuangan, kegembiraan, kedamaian dan ketuhanan. 

Kesemua rahsia itu dihimpunkan menjadi satu menerusi Kumpulan Sajak Rahsia Huruf dalam mencari makna sebuah kehidupan sebenar.
Ma'al Hayat.png
Kumpulan Skrip Drama Pentas 
Ma'al Hayat


Harga: BND7.00

Berat: 0.165kg

ISBN: 978-99917-69-72-1​
​Sebuah karya yang mengajak pembaca berbicara, melihat dan mendengar citra dan simfoni kehidupan, memikirkan bersama tentang hidup dan kehidupan sebelum dan selepasnya.

Kehidupan itu pula dituangkan ke dalam Ma'al Hayat yang diisi dengan enam buah drama pendek. Raja Paduka, Bakat, Rezeki, Kalam Hikayat, Pe(mimpi)n, dan Ma'al Hayat merupakan antara wakil kecil kepada pengisian kehidupan itu sendiri.
A.kulit luar Zoy Siri9.png
Kumpulan Sajak
Aku dan Sandiwara


Harga: BND6.00

Berat: 0.170kg

ISBN: 978-99917-69-79-0​
​Kumpulan sajak ini ialah sebuah karya yang terangsang daripada daya fikir Kamar D51 dalam mengamati ragam kehidupan dan pentas sandiwara dunia. Keseluruhan judul sajak daripada pembuka tirai sehingga penutup tirai tersusun rapi dan sarat dengan mesej di sebalik bait-bait sajak yang tersurat.
JABIT PE latest.png
Kumpulan Cerpen
pe.

Harga: BND6.00

Berat: 0.180kg

ISBN: 978-99917-69-85-1​
Kumpulan cerpen ini diberi tajuk pe. kerana memperkenalkan stail penulisannya dengan membongkar langkah maju penulis untuk beralih dari satu keadaan yang biasa dan mutakhir ini menjadi karya bersifat serantau dan universal. 
Cover•Cintaku Tumpah di Felda (latest).png
Cintaku Tumpah di Felda

Harga: BND8.00

Berat: 0.315kg

ISBN: 978-99917-69-83-7​
​Sebuah cinta dan harapan yang diperjuangkan dalam doa dan usaha seorang peneroka ladang kelapa sawit. Saat kehidupannya di posisi paling bawah, dia tidak pernah berasa putus asa. Sifat optimis Haji Hambali dalam mengusahakan ladangnya membuahkan hasil. Namun, hambatan demi hambatan dihadapinya dalam mengembangluaskan ladang kelapa sawitnya. 
Cover taman mimpi penerbitan.png
Kumpulan  Drama
Taman Mimpi


Harga: BND6.00

Berat: 0.115kg

ISBN: 978-9917-69-84-4​
​Kumpulan Drama Taman Mimpi merupakan satu realiti kehidupan yang terperangkap di dalam sebuah taman. Taman yang dipenuhi mimpi dan igauan yang panjang dan meletihkan. Sebuah taman yang sunyi dan terasing. Sebuah taman yang hanya ada malam. Malam yang memberi ruang kepada manusia untuk ketawa dan menangis. Sebuah taman yang menyimpan rahsia mimpi dan harapan manusia untuk melihat terbitnya matahari.
Cover paahu tambang.png
Kumpulan Sajak Kanak-Kanak Perahu Tambang

Harga: BND4.50

Berat; 0.120kg

ISBN: 978-99917-69-61-5​
Perahu Tambang nukilan Hidop Zin sarat dengan bahasa yang santun dan pengajaran. Di samping ilustrasi yang menarik, isi puisi menggambarkan ciri kebruneian dan puisinya dapat menanamkan budaya positif kepada pembaca.
Baru Cover Selam Skuba Ke Lautan Hatiku.png
Selam Skuba ke Lautan Hatiku

Harga: BND6.00

Berat: 0.225kg

ISBN: 978-9917-69-87-5​
​Novel ini merupakan sebuah novel yang mengangkat watak-watak wanita yang mempunyai kekuatan dan kecekalan dalam melayari kehidupan yang bergelut dengan permasalahan.
Cover• Ditipu Jin Penunggu Pokok Pisang.png
Ditipu Jin Penunggu Pokok Pisang

Harga: BND4.00

Berat: 0.085kg

ISBN: 978-99917-69-57-8
Buku ini mengandungi cerita mistik atau alam ghaib, namun mesej yang disampaikan bertujuan untuk membentuk sahsiah budaya membaca melalui elemen pengajaran dan keagamaan.
Pokok Meranti dan Lalang.jpg
Sebatang Pokok Meranti Tembaga dan Lalang

The Meranti Tembaga Tree
and The Weeds


Harga: BND4.50

Berat: 0.065kg

ISBN: 978-99917-69-60-8​
​Buku cerita ini menceritakan mengenai sebatang Pokok Meranti Tembaga dan Lalang yang boleh berkata-kata, bergurau senda, dan mempunyai perasaan seperti manusia. Cerita ini mengandungi mesej yang positif dan menyarankan supaya berbuat baik dengan orang sekeliling dan menghargai sesama sendiri dengan tidak sikap sombong kepada orang.

This storybook tells about the Meranti Tembaga Tree and the Weeds that are able to talk, joke, and have feelings identical to human beings. This story contains a value of being kinf to those around us and appreciate each other.
cover itik serati.png
Itik Serati Terbang Mengembara

Harga: BND4.00

Berat: 0.080kg

ISBN: 978-99917-69-55-4
​Buku ini menceritakan mengenai seekor itik serati yang meninggalkan tuannya semata-mata ingin hidup bebas. Bagaimanapun, setelah penat terbang, ia ingin kembali semula kepada tuannya. Pelbagai rintangan dilaluinya sehingga ia berasa takut dan menyesal kerana lari daripada tuannya.
cover Monyet Nakal.png
Monyet Nakal dengan Semut

Harga: BND4.00

Berat: 0.065kg

ISBN: 978-99917-69-53-0​
​Buku ini memuatkan tentang kisah tiga ekor monyet nakal yang menceroboh busut semut, namun semut tidak berdiam diri dan mereka bertindak untuk menyerang. Akhirnya, ketiga-tiga monyet terpaksa menyelamatkan diri.
Cover Akibat Tamak.png
Akibat Tamak

Harga: BND4.00

Berat: 0.085kg

ISBN: 978-99917-69-58-5​
Buku ini menceritakan mengenai kehidupan Liau Salleh dan dua orang anaknya bernama Lakim dan Shukor. Meskipun hidup mereka serba kekurangan, Liau Salleh tidak pernah meminta sedekah, malah dia sangat rajin mencari rezeki.
front A.kulit luar Zoy Siri9.png
Zoy Topeng Sakti Siri 9

Harga: BND4.00

Berat: 0.060kg

ISBN: 978-99917-69-82-0​
​Komik bersiri yang mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki bernama Zoy yang memiliki topeng sakti. Kesaktian topeng ini menjadikan dirinya seorang yang gagah dan berani. 
KAMUS ISTILAH PENGURUSAN.png
Kamus Istilah Pengurusan 

Harga: BND5.00

Berat: 0.085kg

ISBN: 978-99917-69-63-9​
Kamus Istilah Pengurusan yang mengandungi 260 entri takrifan ini dapat membantu mahasiswa, penjawat awam, pakar yang berkepentingan khususnya dan orang awam amnya memahami konsep-konsep yang dihuraikan dengan lebih terperinci dan mendalam sebagai sumber rujukan utama.
kulit buku hassan yg malas.png
Hassan Yang Malas

Harga: BND4.00

Berat: 0.080kg

ISBN: 978-99917-69-56-1​
​Buku ini merupakan cerita yang mengandungi pengajaran untuk mendidik dan menanamkan sikap yang mulia dalam diri kanak-kanak.
Pantun Kontemporari dlm Mukun Brunei.jpg
Pantun Kontemporari
dalam Mukun Brunei


Harga: BND7.00

Berat: 0.225kg

ISBN: 978-99917-69-67-7​
Buku ini merungkai "keberadaan" pantun dalam konteks moden khususnya pantun dalam bermukun. Beberapa pendapat sarjana seperti Harun Mat Piah, Muhammad Haji Salleh, R.O. Winstedt dan R.J. Wilkinson dijadikan sandaran bagi melihat "penyimpangan" dan pengekalan tradisi pantun.

Keindahan pantun sebagai pantun Brunei turut diperlihatkan dengan berpandukan model "Sukut" yang diperkenalkan oleh Haji Hashim Haji Abdul Hamid. Dengan melihat keterikatan pantun tradisional dan merungkai elemen-elemen "baharu" dalam pantun bermukun menjadikannya sebagai Pantun Kontemporari yang wujud pada masa terdekat.
Puncak Pertama.jpg
Puncak Pertama
[Cetak Ulang]


Harga: BND6.00

Berat:

ISBN: 978-99917-69-64-6​
Buku ini membincangkan mengenai persoalan bangsa Brunei yang dilihat dari sudut sosiopolitik yang memfokuskan unsur ekstrinsik dalam karya sastera kreatif. Tumpuan khusus diberikan dalam melihat identiti atau jati diri bangsa Brunei itu melalui novel Puncak Pertama karya Muslim Burmat. Identiti atau jati diri bangsa Brunei sewajarnya dilihat dari segi kebudayaannya yang merangkumi gagasan pemikiran atau idea, material budaya dan pengucapan.

Hal tersebut termasuklah dari segi adat istiadat bangsa Brunei yang 
dijadikan hukum, undang-undang, peraturan, keyakinan, pegangan dan disiplin. Salah satu unsur yang terkandung di dalamnya ialah unsur ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara.Oleh yang demikian, penulisan ini melihat sejauh mana jati diri bangsa Brunei itu hidup di Negara Brunei Darussalam ini yang terpancar melalui novel Puncak Pertama, baik yang tersurat mahupun yang tersirat.
Dang Urai dan Sumbui-Sumbui.jpg
Dang Urai dan Sumbui-Sumbui
[Edisi Kedua Cetakan Pertama]​

Harga: BND4.00

Berat: 0.070kg

ISBN: 978-99917-69-51-6​
Buku ini mengetengahkan cerita teladan yang mengandungi unsur didaktik, pendidikan moral dan memberi pengajaran serta teladan.


Ceritanya mengenai Dang Seri yang iri dengan kecantikan kakaknya, Dang Urai. Pelbagai cara dilakukan untuk menjadikan kakaknya berasa rendah diri dan hilang keyakinan terhadap dirinya sendiri. 


Apakah terjadi kepada adiknya yang bersifat sebegitu? Ikutilah cerita selanjutnya mengenai Dang Urai dan Sumbui-Sumbui dan pastinya adik-adik akan mendapat pengajaran agar menjauhi daripada bersifat iri dengan orang lain apatah lagi dengan adik-beradik sendiri.