Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBuku Terbitan 2023

​​​​



Asas Menternak Itik.jpeg​​
Asas Menternak Itik

Harga: $10.00
ISBN: 978-99917-88-67-8
Buku Asas Menternbak Itik merupakan panduan bagi orang ramai khususnya para belia yang berminat untuk menceburi perusahaan menternak itik. Dalam konteks di Negara Brunei Darussalam, penternakan itik penelur lebih digemari berbanding itik pedaging terutama dalam pemprosesan telur itik masin. Justeru, Asas Menternak Itik sedikit sebanyak dapat membantu merealisasikan impian bakal penternak dalam mencapai kepuasan peribadi khususnya bagi menjana ekonomi dan sekali gus dapat memantapkan keselamatan makanan serta mengurangkan kebergantungan negara terhadap pengimportan produk itik dari luar negara.


Kamus Istilah Sains Marin.jpeg

Kamus Istilah Sains Marin

Harga: $5.00

ISBN: 978-99917-88-73-9


Kamus Istilah Sains Marin yang mengandungi 250 entri takrifan diharap akan dapat membantu orang awam amnya, memahami konsep-konsep yang dihuraikan dengan lebih terperinci dan mendalam sebagai sumber rujukan utama. Dengan adanya penerbitan kamus ini juga diharapkan akan dapat menambah bidang ilmu dan meningkatkan kefahaman pengguna, terutama dalam menelaah dan mencari suatu takrifan yang menepati konsep spesifik dan rinci dalam Subbidang Geologi Laut, Meteorologi Laut, Kejuruteraan/ Rekayasa Kelautan dan Dasar/ Kebijakan Laut.

Dinamika Bahasa Melayu Jilid 2.jpeg​​
​Dinamika Bahasa Melayu Jilid 2

Harga: $16.00

ISBN: 978-99917-88-69-2
​Dinamika Bahasa Melayu Jilid 2 ini merupakan lanjutan daripada jilid satu yang juga memuatkan pengisian bersifat ilmiah mengenai kebahasaan, dari aspek penyelidikan bahasa dan linguistik, sosialinguistik, perkembangan bahasa dan isu-isu kebahasaan yang berlaku dalam serta luar negara.

Buku ini sarat dengan pemikiran dan perspektif para ilmuwan yang terkemuka dalam dunia kebahasaan , iaitu turut menyajikan perbandingan dan teori bahasa dari pelbagai sudut pandang sehingga boleh diguna pakai sebagai bahan bacaan dan rujukan berguna kepada pembaca atau pengkaji bahasa, lebih-lebih lagi bagi pembaca yang ingin mengetahui prospek kebahasaan dari tahun 1995.
Penggunaan Bahasa Pada Nama Perniagaan.jpeg

Penggunaan Bahasa Pada Nama Perniagaan

Harga: $9.00

ISBN: 978-99917-88-55-5

Buku ini memberikan maklumat mengenai penggunaan bahasa pada nama-nama perniagaan di Negara Brunei Darussalam sekali gus membantu menjana lebih banyak khazanah ilmu dengan bahasa dan linguistik. Khazanah berkenaan boleh digunakan untuk merencana beberapa cadangan dan saranan yang bermanfaat khususnya kepada penggubal dasar bagi mendapatkan khidmat nasihat pakar bahasa dalam pelaksanaan dan penerokaan nama perniagaan yang santun dan  fungsional mengikut norma bahasa dan budaya di negara ini.

Dapatan kajian juga boleh diaplikasikan untuk merangka dan merancang satu sistem pelulusan permohonan yang sistematik dan konsisten dari aspek penterjemahan dan pentransliterasian Jawi yang dengan demikian pula dapat dijadikan garis panduan bagi manfaat pelaksana bahasa, pemohon, para penuturnya dan pencinta bahasa. ​

HaWa.jpeg

Antologi Cerpen nukilan Ha.Wa

Harga: $15.00

ISBN: 978-99917-88-47-0

Wanita mempunyai kekuatan dalam pengkaryaan. Karya mereka berjaya menambat hati pembaca dengan nada dan emosi yang bernuansa. Kemanusiaan, ketuhanan, ketaatsetiaan dan kegusaran merupakan antara tema yang tersorot dalam Antologi Cerpen nukilan Ha.Wa. Dengan teknik dan gaya penulisan yang kreatif, cerpen-cerpen yang dihasilkan cenderung kepada unsur realisme yang diolah dengan bait-bait bahasa yang syahdu berestetika dan menghiburkan. Ikuti 35 nukilan cerpen daripada 22 penulis wanita tanah air yang terdiri daripada penulis mapan, prolifik dan baharu.
​​Diangdangan Kmaruddin II.jpeg

Diangdangan Kamaruddin II

Harga: $6.00

ISBN: 978-99917-88-56-2

Kamaruddin di Gadong Batu dan Kamaruddin di Bandar Timur (Bungsu Adun), dua saudara yang telah lama terpisah akhirnya bertemu kembali. Namun dalam pertemuan ini, mereka saling tidak mengenali. Akibat perebutan lembing sakti, mereka bertelingkah dengan masing-masing beradu kekuatan dan kesaktian.

Apakah pertelingkahan antara Kamaruddin di Gadong Batu dan Kamaruddin di Bandar Timur ini akan berakhir dengan perdamaian? Ikuti alur kisah dua bersaudara ini hingga penghujung cerita dalam sebuah naskhah sastera klasik.

Istirahat Hati.jpeg
Kumpulan Sajak Istirahat Hati

Harga: $8.00

ISBN: 978-99917-88-63-0

Sekujur tubuh bekerja
Dari fajar hingga ke senja
Tulang belulang empat berkelana
Pabila ia merasakannya untuk berehat sebentar
Minda berpusing dan jiwa gusar
Lalu ia direhatkan
Dengan melenakan
Menutup kedua-dua kelopak mata

Yang dari siang bekerja
Melihat dan berfikir
Tentang kehidupan
Dan warna-warni kanvas alam
Hati juga perlu berehat
Dengan mengingat Yang Maha Berzat
Nota Kecil.jpeg

Kumpulan Sajak NOTA KECIL

Harga: $8.00

ISBN: 978-99917-88-72-2

...Di hamparan kertas ini
kekosongan ruang dihiasi abjad
mensirnakan nestapa lara
melalui media kalbu
ke media aksara
biar hati ini berbicara...

Serpihan nota kecil sempat mencatat risalah makna kerana waktu hanya akan berlalu pergi. Hari-hari diwarnai dengan alam dan dikelilingi dengan ingatan melalui tangkapan foto untuk menyampaikan maksud dan makna tertentu dalam setiap sajak. Kumpulan Sajak Nota Kecil #darifotokesajak berupaya mententeramkan imaginasi.


Titik.jpeg
Kumpulan Sajak TiTiK

 

Harga: $7.00

ISBN: 978-99917-88-46-3


Aku tahu
kerana tiada jalan pintas ke syurga
tapi berikanlah padaku laluan itu
supaya aku sentiasa dekat pada-Mu
mengingati-Mu hingga ke akhir hayatku
andai hari-hari itu bukan milikku
ketika bila aku sudah tiada
siapalah lagi akan merinduiku.

-Biarkan Aku Berlari Bersamamu-

Titik itu bukan sebuah penentuan
akhir pencarian atau perjalanan
semakin luas pengalaman itu
semakin perlu difikirkan
mengapa ada titik-titik
dalam kehidupan
seorang insan....

​​Pulau Chermin dalam Sejarah.jpeg

Skrip Drama Pentas Pulau Chermin dalam Sejarah

 

Harga: $6.00

ISBN: 978-99917-88-75-3


Skrip Drama Pentas ini diadaptasi daripada novel Mahkota yang Berdarah.

Mengalih wahana teks novel ke dalam bentuk skrip drama bukanlah mudah, apatah lagi penulis memastikan skrip tersebut mempunyai nilai seni yang harus dikekalkan dan diseimbangkan dengan kehendak audiens untuk dipentaskan. Dalam konteks mengalih wahan novel karya Yura Halkim, ia lebih mencabar kerana naskhah ini mempunyai nilai sejarah dan penulis membawa pemikiran yang lebih besar dalam karya sastera.

Setiap pensejarahan pasti ada sebab musababnya. Cerita daripada 'Dua Panji-Panji Berkibar' merupakan titiktolak sejarah Pulau Chermin yang dijadikan kota.

Pembaca pasti ingin mengetahui lebih lanjut cerita daripada bab-bab:

Bersabung Ayam
Mahkota yang Berdarah
Hasil Berburu
Dangsanak
Dua Panji-Panji Berkibar
Istana di Pulau
Bandar Brunei Berkubu
Perang Saudara
Kemenangan

Syair Sejarah Pulau Chermin.jpeg

Syair Sejarah Pulau Chermin

 

Harga: $6.00

ISBN: 978-99917-88-54-8


Dengan tali leher dicerut,
Baginda digantung dengan dikujut,
Tidak ada tempat berpaut,
Baginda lindung tumbang di rumput.

Aruk mengaruk satu angkara,
Atas rancangan Pengiran Bendahara,
Rumahnya diaruk tidak ketara,
Membuat negeri huru-hara.

Pehin Digadong berlumur darah,
Pegang bendera untuk menyerah,
Pehin tertembak maut ziarah,
Perang saudara pahat sejarah.

Sultan Muhyiddin pakai mahkota,
Mahkota bertatah intan permata,
Sebagai lambang Sultan bertakhta,
Pimpin adil rakyat jelata.

Asal Usul Kampung Batu Marang.jpeg
Asal Usul Kampung Batu Marang

 

Harga: $4.00

ISBN: 978-99917-88-44-9


"Wang Timbang, ani pemarangku jua ni." kata Awang Bagol meyakinkan Awang Timbang.

"Nah, bisai sudah tu!" jawab Awang Timbang.

"Kalau miatu, baiktah kitani barumah di sini ani sabantar manunggu taduh ... dapat jua kitani baranti kalau kitani ka laut kandila," kata Awang Timbang.

Mereka pun mencari kayu-kayuan dan daun-daunan untuk dijadikan rumah.

Hari demi hari, mereka tidak juga dapat balik ke kampung kerana ribut belum reda. Saudara-mara mereka risau kerana sudah lama mereka tidak pulang.

Apakah tempat baharu yang mereka temui itu dapat diterima oleh penduduk kampung? Apakah keistimewaan tempat baharu itu sehingga mereka berasa sesuai dan mahu menetap di sana? Bilakah penduduk kampung mula berpindah ke kawasan tersebut?

Asal Usul Tamarok.jpeg

Asal Usul Tamarok

 

Harga: $4.50

ISBN: 978-99917-88-71-5


Asal Usul Tamarok yang diceritakan dalam buku ini merupakan salah satu adat dalam masyarakat puak Dusun yang dipelihara hingga sekarang. Cerita yang diwarisi secara lisan dari zaman nenek moyang ini bertujuan untuk memelihara warisan dan sebagai perjanjian awal antara lelaki kayangan dengan masyarakat bumi (salah seorang anak puak Dusun). Dari persahabatan inilah, budak lelaki kayangan ini mengajarkan cara orang di bumi untuk memakan ketupat yang dihasilkan dari beras. Inilah asal mulanya Upacara Tamarok yang diamalkan sehingga ke hari ini.

Kisah Si Ambok dan Si Pisang Amas.jpeg

Kisah Si Ambok dan Si Pisang Amas

 

Harga: $4.00

ISBN: 978-99917-88-42-5


"Pisang Amas! Pisang Amas! Di mana kau? Tolonglah aku!" jerit Si Ambok.
Namun jeritannya sia-sia. Si Ambok tidak menemui Si Pisang Amas dan kayu hanyut,

Si Ambok berasa sangat lapar dan kesejukan. Si Ambok tidak berdaya lagi untuk meneruskan renangannya. Anggota tangan dan kakinya berasa sangat lemah sekali.

Apakah yang terjadi kepada Si Ambok? Dapatkah Si Ambok menyelamatkan dirinya?

Mari Mengenali Kuih Tradisi Brunei.jpeg

Mari Mengenali Kuih Tradisi Brunei

 

Harga: $4.50

ISBN: 978-99917-88-50-0


Buku ini sesuai untuk bacaan semua peringkat umur umumnya dan kanak-kanak khasnya untuk mengenal lagi jenis-jenis kuih tradisi yang ada di Negara Brunei Darussalam.

Ikutilah cerita mengenai kuih-muih tradisi Brunei yang terkandung dalam buku ini sambil mengenali kuih-muih tradisi kitani.

​​Parademik Ayra.jpeg
Paramedik Ayra

Harga: $4.50

ISBN: 978-99917-88-26-5


Buku bergambar kanak-kanak ini memberi panduan dan tindakan yang perlu diambil dan dilakukan oleh kanak-kanak jika berhadapan dengan situasi kecemasan seperti berlakunya kemalangan kecil ketika bermain bersama kawan-kawan atau bersendirian.

Buku ini diharap dapat memberi peringatan kepada kanak-kanak supaya lebih berhati-hati ketika bermain untuk menjaga keselamatan mereka.

Buku ini juga menunjukkan kaedah mudah tentang cara membersihkan luka ringan jika mengalami kecederaan ringan.



Si Belalong dengan Naga.jpeg
​Si Belalong dengan Naga

Harga: $5.00

ISBN: 978-99917-88-80-7
Cerita ini mengisahkan tentang asal mulanya Kuala Belalong. Ia berasal daripada peritiwa yang menimpa seorang ketua rumah panjang daripada puak Murut bernama Belalong. Disebabkan keterujaannya terhadap sekuntum bunga berwarna merah yang cantik, Si Belalong ingin memiliki bunga tersebut.

Bagaimanakah Si Belalong mendapatkan bunga yang cantik itu? Apakah yang terjadi kepada Si Belalong ketika dia memegang bunga itu?
Tuah Budiman.jpeg
​Tuah Budiman

Harga: $4.50

ISBN: 978-99917-88-06-9
Tuah Budiman mengisahkan tentang seorang lelaki miskin yang baik hati bernama Budin. Oleh sebab rumah Budin terbakar, dia pun merantau untuk mencari kehidupan baharu. Dalam perjalanan, Budin ternampak seorang nenek sedang duduk termenung.

Apakah yang dimenungkan oleh nenek tersebut?
Ustaz Kecil Akhlak Mulia.jpeg
​Uztaz Kecil Akhlak Mulia

Harga: $4.50

ISBN: 978-99917-88-22-7
Buku Ustaz Kecil Akhlak Mulia merupakan Siri Ke empat bagi siri buku ustaz ustazah kecil. Buku bacaan tambahan kanak-kanak ini mengajak dan memberikan panduan kepada kanak-kanak mengenai akhlak-akhlak mulia, seperti budi pekerti, kelakuan, tabiat, kedudukan, terhormat, tertinggi dan sebagainya. Akhlak mulia merupakan kunci kepada segala kebaikan. Insya-Allah, semoga buku ini akan memberikan manfaat kepada semua.
Seribu liku ke enara gading.png

Seribu Liku Ke Menara Gading

Harga: $10.00

ISBN: 978-99917-88-92-0​
​Seribu Liku Ke Menara Gadingmerupakan sebuah autobiografi Mahmudamit yang sarat dengan perkongsian dan kata-kata motivasi untuk santapan pembaca. Menariknya, buku ini menyingkap menhenai kehidupan beliau dalam melayari perjalanan dan liku-liku yang dilalaui. Mahmudamit menjadikan suatu kritikan itu sebagai pemangkin untuk maju ke hadapan.Kecintaan dalam bidang kesusasteraan yang terpahat dalam diri melayakan beliau menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara(S.E.A Write Award) pada tahun 2012.

Tinta remaja.jpg

Tinta Remaja
Siti Norhazirah Haji Ahmad
Hajah Armah Haji Bair

Harga: $7.00

ISBN:978-99917-88-51-7​
​Buku Tinta Remaja memuatkan 74 buah karya penulisan kreatif dan bukan kreatif yang terbit dalam ruangan Karyawan Muda antara tahun 1995 sehingga tahun 2020. Buku ini mengemukakan pelbagai idea, pendapat, moral, kririk sosial dan kemasyarakatan sesuai untuk bahan bacaan semua peringkat umur.

Mengenali gaya bahasa.png

Mengenali Gaya Bahasa Dalam Penulisan Kreatif
Abu Zar Abdullah

Harga: $7.00

ISBN: 978-99917-88-57-9​
​Buku Mengenali Gaya Bahasa dalam Penulisan Kreatif memuatkan 34 buah tajuk yang terbit dalam ruangan Bimbingan Sastera antara tahun 1995 sehingga tahun 2020. Buku ini memberikan gambaran asas mengenai bidang penulisan kreatif yang merangkumi sajak, cerpen atau nocel. Penggunaan bahasa yang sederhana dan mudah difahami sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan khususnya pelajar yang mengambil mata pelajaran kesusasteraan Melayu dan yang ingin menceburi dalam bidang penulisan kreatif.

Inspirasi bijak.png
Inspirasi Bijak
Siti Norhazirah Haji Ahmad
Srinarawie Bidzah

Harga: $7.00

ISBN: 978-99917-88-60-9​
​Buku Inspirasi Bijak memuatkan 58 buah rencana yang terbit dalam ruangan motivasi/ kaunseling antara tahun 1995 hingga tahun 2020. Pelbagai topik diketengahkan mencakupi pelbagai kehidupan sebagai remaja dalam menjana pemikiran yang positif serta berdaya saing untuk menjadi seorang remaja dan pelajar cemerlang.

Introspeksi.png

Introspeksi: Bina Keyakinan Diri
Nuha

Harga: $7.00

ISBN: 978-99917-88-88-3​
​Introspeksi: Bina Keyakinan Diri merupakan catatan dan pengalaman seorang remaja yang menyukai seseorang secara diam-diam. Dia memendam perasaan dan hanya berdoa agar lelaki yang disifatkannya sebagai lelaki baik tu sentiasa dalam kebahagiaan dan kesejahteraan.