| Tik-Tik Lor Titian Patah
A. Mohammad Timbang
Harga: $7.00
ISBN: 978-99917-88-29-6
| Himpunan pantun yang sarat dengan nasihat, pengetahuan am, teka-teki dan jenaka yang sesuai dibaca oleh golongan kanak-kanak dan remaja.
Di samping titipan nasihat untuk generasi muda, menariknya buku ini kerana pelbagai elemen budaya seperti kuih-muih, lagu kanak-kanak, permainan, tarian, alat menangkap ikan, buah-buahan tempatan, anyaman dan makanan diperkenalkan dalam pantun. |
| Menelusuri Arus Seni Silat Cakak Asli Brunei Pengiran Haji Mohamad Pengiran Haji Ludin
Harga: $10.00 ISBN: 978-99917-88-93-7 | Silat Cakak Asli Brunei mempunyai Bunga Pecah Silat (Tiga dan Empat). Rangkaian tersebut merupakan ciri khas seni Silat Cakak Asli Brunei sejkali gus membezakan dengan seni silat lain.
Buku Menelusuri Arus Seni Silat Cakak Asli Brunei mendedahkan sejarah dan teknik pergerakan silat untuk panduan dan pengetahuan pembaca yang berminat dalam dunia persilatan.
|
| Kepimpinan: Budi Pekerti, Tuturan Hati Tengku Sri Indra
Harga: $7.00 ISBN: 978-99984-0-009-2 | Memiliki nilai-nilai budi pekerti yang luhur itu sudah pastinya akan melahirkan akhlak yang baik dan mulia. Kepimpinan yang berkesan amat berkait rapat dengan nilai, tingkah laku dan adab kerana akhlak dan sikap seorang pemimpin amat mempengaruhi tingkah laku ahli dalam sebuah organisasi yang dipimpin.
Buku Kepimpinan: Budi Pekerti, Tuturan Hati ini sangat memberikan kefahaman dan panduan mengenai peri pentingnya nilai budi pekerti dalam kepimpinan.
|
| Kumpulan Cerpen "S.A.b.a.r." pe.ma.jal. JaBiT Abdul Aziz
Harga: $8.00 ISBN: 978-99917-88-74-6 | Kumpulan cerita pendek "S.A.b.a.r." pe.ma.jal. berusaha menghidangkan cerita individu, sekumpulan manusia berbajukan, bertarung, berkepalakan dan bertegang leher menghadapi "peraturan".
|
| Antologi Cerpen Langkah Ristaan
Harga: $7.00 ISBN: 978-99917-88-13-5 | Antologi Cerpen Langkah Ristaan merupakan 10 himpunan cerpen terbaik dan menarik hasil daripada Peraduan Menulis Cerpen 2016.
Karya-karya yang termuat dalam buku ini mengemukakan penaksiran dan daya intelek dalam menyampaikan mesej, tema dan gaya penceritaan yang menarik.
|
| Semut dan Gula Haji Md. Hussain Abdul Rahman
Harga: $11.00 ISBN: 978-99917-88-81-4
| Buku ini berbentuk bacaan ringan berkonsepkan motivasi sesui dengan tajuk SEMUT dan GULA. Kedua-dua element ini saling memerlukan dan diperlukan bagi memenuhi kehendak hidup. Begitu juga dalam kehidupan manusia walaupun dalam lingkungan pengalaman pahit dan manis.
Buku ini ditulis secara santai dalam sebuah nota kecil dalam menjelajah pelbagai sudut belahan dunia berbekalkan pengalaman dan pengamatan kemudian dijadikan sebuah anekdot. Begitulah seorang penulis yang sentiasa ‘berkarih’ seperti semut untuk mendapatkan bahan yang diperlukan.Dan penulis umpama gula untuk dihadam dalam kehidupan.
|
| Kumpulan Sajak Kalbu Ingin Menulis Maya Brunei
Harga: $9.00 ISBN: 978-99917-88-76-0
| Aku cuma menulis apa yang terlintas kujadikan ia sebuah tulisan entah apa bentuknya kalau ia mirip puisi ia akan jadi puisi kalau wajahnya cerpen ia akan menjadi sebuah cerpen demikian juga monolog maka monologlah ia nyatanya aku bukan penulis cuma ingin menulis.
|
| Kumpulan Cerpen Hijrahku Untuk Siapa? Sarrah 'Aina
Harga: $7.00 ISBN: 978-99917-88-84-5
| “Minta maaf, dang, biskita ani orang Melayukah? “Kenapa kita batanya? Sabab aku inda batudung? Orang Melayu misti batudung labuh macam kita anikah?” “Astaghfirullah, dang, maafkan kaka. Bukan niat kaka menyinggung perasaanmu.” Tiba-tiba Siti muncul. “Hijrahku untuk Siapa?” sebuah judul yang diangkat daripada 17 buah judul cerpen dalam buku ini.
Cerpen ini mengisahkan seorang remaja mualaf yang terumbang-ambing menentukan kehidupannya. Perkara ini lumrah terjadi. Sebagai saudara baharu, kita selaku masyarakat memainkan peranan penting dalam membantunya menjadi Muslimin yang diredai Allah subhanahu wa taala. Sila amati sedikit cuplikan yang diambil daripada cerpen berkenaan.
|
| Perjalanan Seekor Beruk yang Gemuk The Journey of the Fat Macaque Faiz Morshidi
Harga: $4.50 ISBN: 978-99917-88-99-9
| Buku ini menceritakan mengenai seekor Beruk Gemuk yang sering dihina kerana bentuk fizikalnya. Akibatnya, ia berusaha untuk mencari solusi, berjaya menguruskan badannya dan menghentikan tohmahan monyet-monyet lain. Monyet-monyet yang mengejinya pula berubah menjadi gemuk. Inilah pesan moral yang cuba disampaikan di sebalik cerita. Sebaiknya kita jangan menghina orang lain kerana perkara ini boleh terjadi kepada kita sendiri. Meskipun disampaikan dalam bentuk cerita binatang tetapi hakikatnya mencerminkan kehidupan sebenar.
This book is about a Fat Macaque who was often mocked for his physical appearance. As a result, he sought a solution, lost weight and put an end to being mocked. In fact, the other monkeys who had insulted him had grown fat. The moral of the story is that we should not insult others because what goes around, come around. Even though it is presented in the form of an animal story, it reflects real life.
|
| Jangan Jadi Pemugut A.R. Romzi
Harga: $5.00 ISBN: 978-99917-88-64-7
| Jangan Jadi Pemugut mengisahkan kelakuan dua orang kanak-kanak lelaki nakal yang suka memugut harta benda awam. Suatu hari perbuatan mereka diketahui oleh dua orang sahabat baik, iaitu Sikin dan Akma. Apa yang terjadi seterusnya? Adik-adik perlu dapatkan buku ini bagi mengetahui kesudahan cerita ini. Jom dapatkan buku ini.
|
| Mengenal Warna Let's Learn Colours
Harga: $5.00 ISBN: 978-99917-88-78-4 | Buku Mengenal Warna merupakan pengenalan terhadap warna-warna secara bacaan mengikut suku kata, sekali gus mengenalkan bentuk-bentuk asas yang ada di sekeliling kita. Buku seperti ini dapat membantu kanak-kanak dalam ejaan melalui penyediaan gambar dan warna menarik yang setentunya dapat membantu kanak-kanak dalam bacaan.
Let’s Learn Colours is an introduction to colours by reading them according to syllables and also introducing basic forms that surround us. This book can help children in spelling through the provision of interesting pictures and colours that can certainly help children in reading.
|
| Malai Suntingan
Harga: $12.00 ISBN: 978-99984-0-010-8
| Syair-syair Muda Omar ‘Ali Saifuddien (Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien) memiliki keistimewaan yang tersendiri kerana mengandungi gaya bahasa yang indah sehingga mampu menyampaikan perutusan makna yang bernas dan tajam untuk dihayati dan difahami.
Kekayaan dan keluasan kata-kata yang terdapat dalam syair-syair Al-Marhum merepresentasikan identiti karya Al-Marhum sebagai karya sastera Brunei yang secara tidak langsung mampu menambah dan memperkaya kosa kata bahasa Melayu.
Buku ini bukan sahaja menyuguhkan dan memberikan makna kepada kosa kata malah turut memisi bahasa kiasan dan pantun yang digunakan dalam Syair Al-Marhum dengan memuatkan tiga bab utama, iaitu Glosari Kata Lubuk Pualam, Simpulan Bahasa Mekar Setaman dan Kampuh Pantun Kumala Intan.
|
| Babatan Pantun Melayu Brunei
Harga: $20.00 ISBN: 978-99984-0-011-5
| Tebaran pantun-pantun Melayu Brunei hasil penyelidikan akhirnya berjaya dibabat untuk memberikan manfaat yang cukup besar kepada masyarakat sebagai sumber rujukan serta seterusnya sumbangsih pemikiran dan inspirasi. Babatan Pantun Melayu Brunei yang menyajikan pelbagai tema ini mampu menjadi wahana pendukung dalam mendayaupayakan pelestarian dan pemeliharaan warisan bangsa.
Bukan kebun sebarang kebun, Kebunku ada di Pekan Lama; Bukan pantun sebarang pantun, Pantun dikaji budaya lama.
|
| Pulang Kumbali Pulang a.hashim hamid
Harga: $8.00 ISBN: 978-99917-88-97-5
| Lahirnya sebuah karya kumpulan sajak daripada seorang elit budaya yang cukup digalati di negara ini memberikan satu “anugerah” teristimewa bagi kesusasteraan negara.
Antara kandungan sajak a. hashim hamid dalam buku ini ialah Titipan untuk Air-Amasku, Narasi Negeriku, Yang Mulia, Titipan Sebuah Wawasan, Jalur Gaza, Titipan Bawah Peningkah, Darussalam Kupilih Namamu, Tsunami Membunga Lapang, Balada Bumi Palestin, Hadiahnya Syurga Janjinya Neraka, Pulang Kumbali Pulang.
|
| Panchor Murai Siti Nadhrah Norzelan
Harga: $5.00 ISBN: 978-99984-0-007-8
| “Tempat tinggi ini sesuai dibina pancuran kerana air yang memancur keluar dari Sungai Imang itu selamat untuk tuan puteri mandi. Airnya sangat segar dan bersih. Kita akan memindahkan alur sungai ke pancuran ini. Bagaimana pendapat sahabat-sahabatku?” tanya Samurai.
Apa yang dimaksudkan dengan pancuran? Siapakan tuan puteri dan Samurai itu? Adik-adik akan tahu jawapannya apabila membaca buku Panchor Murai ini.
|
| Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih Maisalamah Rajab
Harga: $4.00 ISBN: 978-99917-88-91-3
| Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih mengisahkan tentang empat orang adik-beradik yang disuruh oleh ibu mereka untuk membersihkan rumah yang diketuai oleh kakak sulung, iaitu Bazilah.
Ketika sedang sibuk mengemas, Aiman terjumpa tabung duit kepunyaan kakaknya. Apakah yang dilakukan dengan tabung duit itu? Ikuti jalan cerita selanjutnya yang pasti akan memberikan unsur pengajaran dan mendapat manfaat daripada cerita ini.
|
| Dinamika Bahasa Melayu Jilid 3 DBP
Harga: $16.00 ISBN: 978-99984-0-013-39
| Kompilasi esei ilmiah yang diseleksi daripada ratusan penulisan Jurnal Bahasa yang terbaik dari tahun 1995 hingga 2020. Aspek perbincangan yang dimuatkan dalam buku ini mencakupi bidang linguistik, iaitu morfologi, sintaksis, semantik, fonologi, pragmatik, kajian kebahasaan, sosiolinguistik, kajian pedagogi, permasalahan dan perkembangan bahasa serta kajian ilmiah.
Buku ini juga merupakan filid terakhir, iaitu kesinambungan daripada Jilid 1 dan Jilid 2 yang bermanfaat untuk dijadikan sebagai rujukan kepada pengkaji bahasa dan pembaca.
|