Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBuku Terbitan 2020

Cover Komil lakak-lakak.jpg
Komik Lakak - Lakak

Harga: $7.00

ISBN: 978-99917-69-48-6
​Edisi pertama komplikasi komik dari pelukis - pelukis tempatan.
kulit komik ZOY topeng Sakti Eng Ver 2011.jpg
​Zoy Topeng Sakti 1 English Version

Harga: $4.00

ISBN: 978-99917-69-45-5
​Zoy Topeng Sakti 1 English Version mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki bernama Zoy yang memiliki topeng sakti. Kesaktian topeng ini menjadikan dirinya seorang yang gagah dan berani. Komik ini pertama kali diterjemahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ke dalam bahasa Inggeris.
AMALAN PENJAGAAN POSTNATAL 03-2 copy.jpg
​Amalan Penjagaan Postnatal

Harga: $5.00

ISBN: 978-99917-69-42-4
​Buku Amalan Penjagaan Postnatal melihat kepada potensi pekhidmatan selepas bersalin khususnya perkhidmatan tradisional. Kajian dalam buku ini dilihat daripada sejarah bermula hingga berkembangnya perkhidmatan dalam proses rawatan dalam pantang dan anak damit. Kepentingan kajian dalam buku ini adalah untuk menyebarluaskan penjagaan kesihatan ibu dan anak damit khususnya dari segi penjagaan tradiosional. Penulis juga menyentuh serba sedikit mengenai penjagaan moden sesuai dengan keperluan semasa.
Anak Arnab Ditipu Musang copys.jpg
​Anak Arnab Ditipu Musang

Harga: $4.00

ISBN: 978-99917-69-07-3 
​Mengisahkan seekor arnab bernama Putih yang terpisah daripada keluarganya ketika sedang bermain di dalam hutan. Kebetulan di tempat yang sama ia tersesat, seekor musang kelaparan sedang berjalan-jalan mencari makanan. Musang itu memperdaya Putih dan ingin memakannya tetapi perbuatan jahat pastinya mendapat balasan. Musang itu akhirnya terkena jerat yang dipasang oleh pemburu dan Putih dapat diselamatkan oleh ayah dan emaknya. 
Ayam Mama Nani copy copyS.tif
​Ayam Mama Nani

Harga: $4.50

ISBN: 978-99917-68-96-0
​Mengisahkan seorang ibu yang memelihara seekor ayam yang dinamakan Si Puteh. Anaknya yang bernama Nani cemburu akan Si Puteh kerana ibunya lebih memberi perhatian kepada Si Puteh berbanding dirinya. Suatu hari, Si Puteh hilang dan membuatkan ibunya risau termasuk Nani. Mereka mencari merata tempat, namun tidak menemuinya. Akhirnya, mereka menemui Si Puteh dan Nani sayang kepada Si Puteh.
Citra Budaya.jpg
​Citra Budaya Dalam Novel Maka Karya Muslim Burmat

Harga: $7.00

ISBN: 978-99917-69-17-2
​Merupakan sebuah buku penyelidikan sastera yang mengetengahkan hasil pengkajian karya Muslim Burmat bertajuk Maka. Novel Maka dipilih sebagai fokus kajian kerana novel ini bukan sahaja memaparkan tema yang berbeza, malah juga menggambarkan kepelbagaian budaya penduduk Melayu di pendalaman. Selain menghuraikan latar belakang dan pengaruh pembudayaan bangsa Melayu, buku ini juga menelusuri gambaran atau citra budaya Melayu dari pelbagai aspek termasuk unsur-unsur pengaruh animisme, Hinduisme dan Islam.
cover Aurora 2 with barcodea.jpg
​Aurora 2

Harga; $8.00

ISBN: 978-9991769-38-7
​Aurora sebagai perlambangan penulis muda yang penuh dengan fenomena yang tidak terbatas dalam kreativiti penulisan karya sastera. Fenomena yang terhasil dari aurora sebagai cahaya terang yang kelihatan di langit pada malam hari ialah suatu perlambangan bahawa penulis muda mempunyai visi ke depan dan sentiasa dinamik menghasilkan karya yang pelbagai seperti warna merah, hijau dan ungu adalah warna-warna keberanian, damai dan absurd dalam karya sastera kotemporari mengikut peredaran masa.
cover bijak menabung OK copya.jpg
​Bijak Menabung

Harga: $4.50

ISBN: 978-99917-69-05-9
​Mengisahkan dua beradik kembar yang bernama Hafiz dan Hafizan. Suatu hari, ayah mereka memberikan hadiah berupa tabung kepada mereka berdua. Hafiz berjaya menyimpan wangnya ke dalam tabung manakala Hafizan tidak menyimpan apa-apa. Sekolah mereka mengadakan lawatan ke Pesta Buku Brunei. Oleh sebab Hafiz menyimpan wang, dia boleh membeli belah di Pesta Buku. Manakala adiknya Hafizan tidak mampu membeli satu barang pun. Akhirnya, Hafiz berkongsi wang simpanan kepada Hafizan.
cover Puteri Katak copy copy.tif
​Puteri Katak Yang Sombong

Harga: $4.00

ISBN: 978-9991769-02-8
​Seekor Puteri Katak berasa sombong kerana dikurnia dengan kecantikan sehingga ia memangsa setiap binatang lain yang berasa lebih cantik daripada dirinya. Akibat kesombongannya itu, akhirnya sang ular memperdaya Puteri Katak yang sombong itu dengan melilit dan memakannya.
cover riwayat rasulullah copy copy.tif
​Riwayat Rasulullah Sallallah Alaihi Wasallam

Harga: $4.00

ISBN: 978-99917-68-95-3
​Menceritakan riwayat hidup Rasulullah yang boleh dijadikan ikutan. Salah satu pengajaran tersirat yang dapat kita peroleh ialah nilai dan usaha berterusan dalam memperingati perjuangan Rasulullah S.A.W sebagai pesuruh Allah dalam menegakkan ajaran Islam, juga sebagai rasul pilihan. Buku ini pastinya akan mengingatkan kita untuk terus menerus mengidolkan ketokohan baginda untuk diteladani, diulangkaji, dirujuk dan  disuburkan setiap masa, supaya kekal dalam ingatan dan jiwa kita.
cover S_Monyet_dgn_S_Kura2 copy copy.tif
​Sang Monyet dan Sang Kura-Kura

Harga: $4.00

ISBN: 978-9991767-27-7

​Setiap perbuatan pasti ada balasan sama ada perbuatan baik mahupun buruk. Begitulah moral cerita Sang Monyet dan Sang Kura-Kura, meskipun disampaikan dalam bentuk cerita binatang tetapi ia dapat menyampai makna tersirat yang bersifat didaktik. Di pengakhiran cerita, Sang Kura-Kura yang bersifat sabar memperoleh balasan baik dan sebaliknya Sang Monyet yang jahat mendapat balasan yang setimpal.
Dalam Sebuah Catatan.jpg
​Dalam Sebuah Catatan dan Waktu

Harga: $6.00

ISBN: 978-99917-69-34-9
​Mengumpulkan 101 buah puisi yang ditulis sekitar tahun 1999 sehingga 2019. Puisi-puisi yang dihasilkan merupakan ungkapan daripada sanubari penulis berupa pengalaman, rintihan dan keperitan hidup yang dialaminya, namun dipenuhi dengan nafas makna dan mesej yang perlu dirungkai oleh pembaca.
Geliga Sakti Awg Tunggal copy copya.tif
​Gekiga Sakti Awang Tunggal

Harga: $5.00

ISBN: 978-99917-69-16-5
Cerita Geliga Sakti Awang Tunggal merungkai antara pemikiran sedar dan bawah sedar manusia. Mencantumkan elemen realiti dan fantasi, ia menceritakan kisah Awang Tunggal yang mengembara di negeri-negeri bawah bumi terutama Negeri Indera Pura dan mengahwini seorang puteri dari sana. Dari pengembaraannya itulah memperlihatkan pelbagai mesej dan makna tersirat.
Gelora Pantai II copy.jpg
​Gelora Pantai II
 
Harga: $7.00

ISBN: 978-99917-69-33-2
​Memuatkan 59 buah sajak dan tujuh buah pantun yang membarisi ungkapan-ungkapan yang penuh dengan nasihat, peringatan dan sindiran, terutama kepada anak bangsanya yang kini hidup dalam serba kemodenan. Persoalan-persoalan yang dicetuskan dalam buku ini sepenuhnya berteraskan kemelayuan. Kesemua ini menjadi perhatian fikiran penulis. Bukan itu sahaja, semangat kenegaraan yang tersemat dalam jiwa penulis juga disalurkan ke dalam beberapa buah puisi agar pembaca turut sama-sama menanamkan perasaan cinta akan tanah air.


Hadiah Untuk Ayah copy.jpg
Hadiah Untuk Ayah

Harga: $4.00

ISBN: 978-99917-68-02-1
​Mengisahkan dua beradik yang bernama Rina dan Rifin yang merancang untuk memberikan hadiah sempena ulang tahun ayah mereka. Mereka cuba melukis sebuah lukisan keluarga mereka untuk dijadikan hadiah buat ayah mereka. Ayahnya terharu dan gembira menerima hadiah lukisan keluarga yang dilukis oleh anak-anaknya.
Kelabu Di Hujung Pelangi copya.jpg
Kelabu Di Hujung Pelangi

Harga: $6.00

ISBN: 978-99917-69-15-8​
​Perselisihan, kerakusan, penipuan, pengorbanan dan kemanusiaan menyoroti perjalanan hidup Bunal, seorang pemuda kampung lepasan siswa. Bunal berasa bertanggungjawab mempertahankan amanat ayahnya untuk tidak menjual tanah pusaka keluarga. Namun, Bunal tersepit dengan dilema antara mereka bagi pembinaan jambatan jalan raya.
latest Cover CANDAS YANG SABARs.jpg
Kisah Candas Yang Sabar

Harga: $4.00

ISBN: 978-9991768-94-6​
​Ceritanya mengenai pertikaian antara candas dengan sudu dan garfu. Ejekan daripada sudu dan garfu kepada candas mempunyai makna yang tersirat, iaitu setiap benda meskipun berbeza mempunyai peranan yang tersendiri. Di akhir cerita pastinya menimbulkan bibit-bibit keinsafan kepada pembaca, iaitu Tuan Haji Ahad yang kaya-raya akhirnya memilih candas untuk digunakan sebagai alat memakan makanan kegemaran setiap hari berbanding sudu dan garfu.
Panduanfinal4 copy.jpg
Panduan Asas Perancangan Kewangan Peribadi

Harga: $5.00

ISBN: 978-99917-69-18-9​
​Sebahagian individu mendapat wang dengan banyak hasil kerja keras mereka tetapi tidak ramai yang boleh menguruskan kewangan dengan efektif. Individu yang ingin mengurus kewangan peribadi secara sistematik dan lebih baik perlu mempunyai asas panduan dan disiplin ilmu tentang kewangan. Panduan Asas Perancangan Kewangan Peribadi ini memaparkan maklumat asas untuk mencapai pengurusan kewangan dan standard hidup yang kebih baik.
Pengembaraan Putera Azhar copy.jpg
Pengembaraan Putera Azhar

Harga: $4.50

ISBN: ​978-99917-69-04-2
​Selepas kemangkatan bondanya, Putera Azhar sangat dimanjakan oleh ayahandanya, Raja Khalid sehingga tidak mampu berdikari sendiri. Risau akan keadaan anaknya itu, Raja Khalid menitahkan anakandanya untuk keluar mengembara, belajar berdikari dan bertemu dengan rakyat jelata. Dari sanalah titik tolak menjadikan Putera Azhar mandiri dan disayangi oleh rakyatnya.
Usaha Amin.jpg
Usaha Amin

Harga: $4.00

ISBN: 978-99917-69-00-4​
​Mengisahkan seorang budak bernama Amin yang tekun mempelajari seni mempertahankan diri, iaitu silat. Amin begiti tekun dalam sesi latihan sehingga guru silatnya mendaftarkan Amin untuk ikut serta dalam sebuah pertandingan Silat. Hampir setiap hari, Amin datang berlatih silat. Tiba hari pertandingan, Amin dapat mengalahkan lawannya, pusingan demi pusingan sehingga Amin dapat masuk ke pusingan akhirnya.
Voices and candy copy.jpg
Voices and Candy

Harga: $3.00

ISBN: 978-99917-69-35-6​
​Hidup ini ada kalanya menyesakkan kerana berhadapan dengan tekanan. Jika salah langkah setentunya akan merosakkan diri. Inilah yang dicoretkan dalam buku ini agar dapat diambil pedoman daripadanya.