| Antologi Puisi Tarian Naga Di Puncak Menara
Harga: $6.00
Berat: 0.220kg
ISBN: 978-99917-68-92-2
| |
| Antolgi Puisi Semarak Sastera Harga: $5.00
Berat: 0.165kg ISBN: 978-99917-68-90-8
| Antologi Puisi Semarak Sastera sebuah lagi karya Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI) Brunei Darussalam yang mewakili 17 coretan pemuisi. Antologi Puisi Semarak Sastera memiliki keunkan tersendiri dengan mensegmentasikan buku kepada dua bahagian iaitu Bahagian 1 Puisi-puisi kontemporari, dan Bahagian 2 Puisi kontemporari Terkini ( Pusii Esei). Bahagian 1 menyajikan curahan rasa dan pemikiran daripada 16 pemuisi, sedangkan Bahagian 2 menyorot kehgidupan 'Si Pugut' yang dinukilkan ke dalam bentuk penulisan moden, terkini dan menyerupai esei.
|
---|
| Sastera dan Ketahanan Nasional Harga: $7.00
Berat: 0.265kg
ISBN: 978-99917-68-91-5
| Buku ini mengandungi beberapa perbincangan mengenai sastera dan ketahanan nasional. Ketahanan nasional di sini bermaksud usaha bagi memelihara dan mempertahankan konsep Melayu Islam Beraja. Sehubungan dengan itu, karya sastera mestilah memenuhi fungsinya sebagai hiburan dan pengajaran khususnya menanamkan nilai-nilai Melayu, nilai-nilai Islam, Kesetiaan pada raja, menyuburkan perasaan cinta kepada tanah air serta mengekalkan warisan budaya dan keindahan alam sekitar. Karya sastera yang memenuhi peranannya yang sedemikian akan dengan sendirinya dapat menyumbang ke arah usaha mengukuh dan melestarikan ketahanan nasional bangsa dan negara.
|
---|
| KAPAL KERTAS Harga: $14.00
Berat: 0.245kg
ISBN: 978-99917-68-87-8
| Antologi sajak Kapal Kertas mewakili suara dan idea penulis muda yang inginkan pembaharuan dalam penulisan sastera. Mereka ingin terus bersuara, berbicara dan berbisik melalui mata pena di atas kertas. Namun suara mereka tidak didengar dan mesej mereka tidak difahami masyarakat. Dengan semangat, kegigihan dan tanpa berputus asa, penulis muda memperjuangkan sastera di persada dunia. Mereka mencipta sebuah kapal kertas mengandungi coretan yang dilepaskan ke laut. Kapal kertas terus belayar megikut arus bagi menyampaikan bicara, suara dan bisikan kepada masyarkat di seluruh dunia.
|
---|
| AURORA Harga: $11.00
Berat: 0.190kg
ISBN: 978-99917-68-88-5
| Aurora melambangkan penulis muda yang penuh dengan fenomena yang tidak terbatas dalam kreativiti penulisan karya sastera. Fenomena yang terhasil daripada aurora sebagai cahaya terang yang kelihatan di langit pada malam hari adalah suatu perlambangan bahawa penulis muda mempunyai visi ke depan dan sentiasa dinamik menghasilkan karya yang pelbagai seperti warna, hijau dan ungu adalah warna-warna keberanian, damai dan absurd dalam karya sastera kontemporari mengikut peredaran masa.
|
---|
| MUHAMMAD BAHRI Harga: $3.50
Berat: 0.215kg
ISBN: 978-99917-68-86-1
| Buku ini mengisahkan kehidupan seorang anak muda yang dianugerahkan keistimewaan. Mengharungi kehidupannya seperti biasa sehingga berjaya. Untuk mengetahui apakah kisah sebenarnya, adik-adik perlu memiliki buku ini untuk dibaca dan tahu mengenai siapakah dia Muhammad Bahri. This book is about the life of a special young man who despite being different than others, has succeeded in various ways. Let's find out more about MUHAMMAD BAHRI.
|
---|
| SURAT-SURAT KEMERDEKAAN Harga: $12.00
Berat: 0.160kg
ISBN: 978-99917-68-83-0
| Ungkapan puisi-puisi yang dinukilkan dalam buku ini membawa kita menelusuri sebuah perjalanan panjang berdasarkan pengalaman, gambaran dan situasi penulis selama 60 tahun yang menjurus pada senario zaman pra dan pasca kemerdekaan. Semua persoalan kebangsaan dan kemerdekaan yang diungkapkan melahirkan ungkapan implisit dan samar, namun mempunyai konotasi untuk direnungkan bersama.
|
| GAGASAN KETATANEGARAAN DALAM SYAIR ALMARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN Harga: $15.00
Berat: 0.545kg
ISBN: 978-99917-68-82-3
| Konflik yang berlaku sebelum Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien menaiki takhta banyak memberi semangat kepada baginda sehingga dituliskan dalam syair. Kefahaman terhadap kontrak sosial raja dan rakyat merupakan kekuatan baginda dalam mengadun elemen-elemen kestabilan negara dan mencapai hasrat baginda dalam pembentukan ketatanegaraan mulai dengan perlembagaan dan direalisasikan dengan prinsip-prinsip MIB. Agama Islam menjadi unsur penting baginda dalam pembentukan ketatanegaraan dan proses pembangunan negara serta kestabilan rakyat. Oleh itu, memahami konsep ketatanegaraan dalam syair-syair Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien adalah sangat penting bagi mengetahui falsafah pembentukan negara kerana baginda telah dapat mengaplikasikan teori-teori yang bersesuaina dengan perkembangan zaman baru dan keperluan hidup rakyat.
|
| GINOKRITIK NOVEL GERUN KARYA NORSIAH ABD GAPAR Harga: $5.00 Berat: 0.110kg ISBN: 978-99917-68-72-4
| Teori ginokritik merupakan satu teori kritikan sastera yang menganalisis perbezaan bentuk karya wanita dengan karya lelaki dalam penghasilan karya. Buku ini bukan hanya memperkenalkan teori dan pendekatan ginokritik secara jelas, malah memaparkan bagaimana karya penulis wanita itu berbeza dengan karya penulis lelaki, iaitu dengan menyentuh aspek-aspek biologi, psikologi, Bahasa dan budaya wanita yang merupakan model gagasan yang diperkenalkan oleh Elaine Showalter.
|
| SEJARAH PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN NEGERI BRUNEI 1959 HARGA: $5.00 Berat: 0.140kg ISBN: 978-99917-68-45-8
| Sebelum terbentuknya Perlembagaan Negeri Brunei 1959, Negara Brunei Darussalam seperti juga negara lain sebelum merdeka, banyaK menempuh cabaran dan ancaman. Pencabulan kuasa-kuasa Barat yang berorientasikan kolonialisme bukan sahaja menggugat kestabilan politik, tetapi juga perkembangan social dan ekonomi negara. Dengan kebijaksanaan pemimpin negara ketika itu, kemerdekaan dan kedaulatan Brunei dapat dicapai semula apabila Perlembagaan Negeri Brunei 1959 diisytiharkan secara rasmi pada 29 September 1959. Dengan adanya ketaatsetiaan dan keadilan rakyat kepada Perlembagaan Negeri Brunei 1959, Negara Brunei Darussalam dapat melangkah setapak demi setapak kearah kemajuan negara sehingga tercapainya keperluan-keperluan untuk merdeka pada tahun 1984.
|
| NOVEL-NOVEL TERPILIH MUSLIM BURMAT: SATU KAJIAN PSIKOANALISIS HARGA: $5.00 Berat: 0.130kg ISBN: 978-99917-68-73-1
| Buku ini merupakan penelitian yang dibuat oleh penulis terhadap novel-novel Muslim Burmat Lari Bersama Musim (1982) dan Maka (2004). Kedua-dua novel ini dihasilkan dalam satu jarak masa yang berbeza. Dan, untguk menyelami wilayah kejiwaan pengarang, penulis memilih pendekatan psikoanalisis yang diasaskan oleh Freud, dan seterusnya melakukan saringan terhadap kehidupan alam bawah sedar pengarang yang akhirnya disalurkan ke dalam karya.
|
| TRICKSTER SI PALUIAN HARGA: $5.00 Berat: 0.110kg ISBN: 978-99917-68-53-3
| Sifat Si Paluian sering distereotaipkan sebagai negative semata-mata sehinggakan nilai-nilai positif yang ada pada dirinya terabaikan. Buku ini mengupas dua kualiti yang bertentangan dalam diri Si Paluian dengan menggunakan teori trickter bagi membuktikan bahawa Si Paluian juga sebenarnya turut mencitrakan sifat positif yang lain.
|
| ISTILAH SAINS MAKANAN
HARGA: $5.00 Berat: 0.155kg ISBN: 978-99917-67-93-2
| Istilah Sains Makanan diterbitkan hasil kerjasama dengan Bahagian Industri Agrimakanan, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan. Buku ini bertujuan untuk menstandardisasikan 1254 entri istilah Sains Makanan dalam Bahasa Melayu agar selaras dengan kepentingan ilmu pengentahuan moden.
|
| KUIH-MUIH ASLI BRUNEI (THE TRADITIONAL KUIH-MUIH OF BRUNEI) HARGA: $10.00
Berat: 0.560kg ISBN: 978-99917-68-46-5
| Buku ini merupakan buku resipi "bagas tangan" nenek moyang masyarakat Melayu Brunei. Ia rentetan daripada buku Kuih-MuihAsli Brunei yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris dan diterbitkan dalam bentuk bilingual agar penyebarannya meluas dan difahami oleh masyarakat antarabangsa. Beberapa penambahbaikan dibuat dalam buku ini yang bertujuan untuk memudahkan khalayak agar lebih memahami tatacara pembuatan kuih-muih asli Brunei.
|
| METODOLOGI PENANGKAPAN IKAN HARGA: $5.00
Berat: 0.205kg ISBN: 978-99917-68-39-7
| Terdapat pelbagai metode untuk menangkap ikan daripada peralatan tradisi sehingga peralatan moden. Nelayan tradisional menggunakan metode tradisi untuk menampung sumber keperluan harian. Metode ini malah dipertingkatkan lagi untuk komersial.
Hubungan lain dalam metode penangkapan ikan ialah kemahiran dan pengalaman tentang ikan dan sifatnya, habitat dan aktiviti ikan, serta alat bantu pengangkapan ikan seperti umpan, batu dan sebagainya. Ciri lain seperti fenomena alam juga mempengaruhi aktiviti penangkapan ikan.
|
| MUHASABAH?!... "IYATAH TU" HARGA: $5.00
Berat: 0.180kg ISBN: 978-99917-68-47-2
| Mengenali dan memahami diri sendiri ialah perkara yang paling sukar, apatah lagi untuk mengakui kesalahn, tetapi pentingnya mengadaptasi pengetahuan melalui pembacaan, mendengar ceramah agama dan motivasai, menilai keadaan sekeliling dan sebagainya dapat memuhasabah diri dan menjauhkan tanggapan negatif yang berlaku dalam diri.
Metlamat yang disampaikan dalam buku ini mengandungi makna yang tersirat sebagai bahan untuk mendidik diri kita, merenung kembali apa yang telah kita lakukan, merancang untuk memperbaiki diri serta menyusun melangkah baru ke arah yang lebih baik. Selain itu, pembaca akan dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam diri untuk menilai dan muhasabah diri.
|
| PEMIKIRAN PENULISAN KREATIF (ANTOLOGI ESEI SASTERA) HARGA: $5.00
Berat: 0.215kg ISBN: 978-99917-68-50-2
| Sejumlah 12 buah tajuk esei yang dimuatkan dalam Antologi Esei Pemikiran Penulisan Kreatif hasil daripada Peraduan Menulis Esei Sastera Bahana DBP-BSP 2012. Sesebuah esei merupakan tulisan melalui pandangan seseorang pengarang hasil penelitiannya yang merangkum beberapa elemen, seperti kritikan, kesusasteraan, hjah-hujah dalam membicarakan pelbagai petikan daripada pemikiran, membahas persoalan dan memaparkan tentang sesuatu dari sudut pandangan penulis. Ini semua menghuraikan masalah dalam kesusteraan, kesenian, kebudayaan, ilmu pengetahuand dan falsafah melalui gagasan dan wawasan pengarang.
|
| ISTILAH PEMAKANAN/ GIZI HARGA: $5.00
Berat: 0.110kg ISBN: 978-99917-68-68-7
| Buku Istilah Pemakanan/ Gizi berperanan sebagai wahana penyebaran ilmu kepada masyarakat khususnya dan pakar-pakar ilmuwan yang berkecimpung dalam bidang pemakanan. Buku daftar Istilah Pemakanan/ Gizi ini mengandungi sebanyak 707 entri istilah.
|
| ANTOLOGI CERPEN: JALAN-JALAN DI TEPI JALAN HARGA: $6.00 Berat: 0.125kg ISBN: 978-99917-67-94-9
| Peraduan Menulis Cerpen Kreatif Bahana DBP-BSP 2011 bertujuan untuk memantapkan penulis-penulis yang sedia ada du samping melahirkan penulis baharu yang berpotensi dalm menghasilkan karya-karya yang bersifat kreatif serta menyingkap pemikiran penulis kea rah pembentukan jadti diri dalam berkarya. Dengan adanya kerjasama padu antara Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad sejak tahun 1998, maka lebih ramai lagi penulis tempatan tampil ke hadapan dengan karya yang berkualiti khususnya dalam mendedahkan penulis terhadap dunia kekreatifan dan keintelektualan seterusnya memperkayakan khazanah sastera tanah air. "Jalan-jalan di Tepi Jalan" karya pengiranmetassan@yahoo.com diangkat sebagai judul antologi ini dan dipilih sebagai penerima Hadiah Penghormatan Pertama Peraduan Menulis Cerpen Kreatif Bahana DBP-BSP 2011. Antologi ini turut menggabungkan penulis-penulis tempatan, iaitu Darmatasia, Pungguk Hijau, Haji Bujang HMN, Abi-Ros Alani, Firdaus H.N, A.R Romzi dan Haji Md. Harun HK.
|
| FIKSI MINI 16:60 HARGA: $8.00 Berat: 0.105kg ISBN: 978-99917-68-57-1
| Fiksi Mini 16:60 merupakan sebuah lagi nukilan Haji Morshidi Haji Marsal, memuatkan 101 jenis cerita yang menarik dan bermoral. Buku ini sejenis koleksi fiksi mini yang dihasilkan selepas projek 365 (tahun 2012-2013). Fiksi mini ialah cerita yang ditulis secara ringkas, padat dan tidak melebih 1,000 patah perkataan. Ia menjurus kepada pengkategorian sketsa. Karya Haji Morshidi Haji Marsal ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh penggemar sastera kerana mesej dan moral yang disampaikan membawa makna yang taksa, dan memerlukan penelitian yang tajam.
|
| ANTOLOGI CERPEN: MASA HARGA: $6.00
Berat: 0.155kg
ISBN: 978-99917-68-54-0
| Antologi Cerpen Masa merupakan himpunan 11 buah cerpen terbaik hasil daripada Peraduan Menulis Cerpen 2013, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Masa diangkat sebagai judul antologi ini kerana hampir keseluruhan judul yang termuat di dalamnya tertumpu kepada detik masa dalam kehidupan manusia. Adanya gabungan penulis mapan dan muda ini, tercetuslah idea serta tema yang pelbagai seperti pertalian sesame manusia, kasih saying, kesedihan, kekecewaan, keinsafan, keagamaan, hubungan kekeluargaan yang melahirkan kedamaian, keharmonian hidup dan kebahagiaan manusia sejagat.
|
| HIKAYAT SI MADAK HARGA: $4.00
Berat: 0.055kg
ISBN: 978-99917-68-58-8
| Di dalam Kampung Pinangan, terdapat seorang pemuda yang tidak diketahui asal usulnya. Pemuda itu bernama Si Madak, dan diangkat oleh Liau Saban dan Dang Suma sejak 18 tahun yang lalu. Pada suatu senja, Si Madak sedang berehat di hutan Tanjung rimba, dan mendapati Puteri Mayang Mengurai dan kakanda-kakandanya turun mandi di Wasai Titisan Akar. Atas kebijaksanaan Si MADAK, Puteri Mayang Mengurai tidak dapat kembali ke kayangan bersama kakanda-kakandanya. Sejak itu, kehidupan Si Madak mula berubah dan asal usulnya juga terbongkar. Siapakah sebenarnya Si Madak? Dan apakah rahsia yang disembunyikannya selama ini? Ikuti kisah selanjutnya yang pasti dapat mencuit hati pembaca.
|
| KUMPULAN CERPEN: SENJA MERAH MERANGKUL TUBUH
HARGA: $6.00
Berat: 0.120kg
ISBN: 978-99917-68-55-7
| Sejumlah 18 buah cerpen yang termuat dalam Kumpulan Cerpen: Senja Merah Merangkul Tubuh melalui suara hati Adi Misere merakmakan pelbagai tema dan cerita.
|
| KUMPULAN SAJAK: AKSARA BICARA HARGA: $6.00
Berat: 0.125kg
ISBN: 978-99917-68-74-8
| Kumpulan Sajak: Aksara Bicara mengungkap pelbagai persoalan semasa yang tertumpu kepada lingkungan masyarakat, namun dinukil dengan diksi-diksi yang indah dan sarat dengan perlambangan dan sindiran.
|
| KUMPULAN SKRIP DRAMA RADIO: IKRAMAH ZAMAN INTERNET HARGA: $10.00
Berat: 0.300kg
ISBN: 978-99917-68-49-6
| Kumpulan Skrip Drama Radio: Ikramah Zaman Internet diambil daripada salah satu judul skrip yang termuat dalam buku ini. Karya ini pernah dihebahkan ke udara melalui Rangkaian Nasional, Radio Televisyen Brunei. Tebitan buku ini secara tidak langsung menjadi satu wadah yang membolehkan masyarakat luar, terutama penggemar dan pengkaji drama radio untuk menganalisis dan mengamati mutu drama radio di negara kita. Ia juga dihasrat dapat menjadi buku bacaan tambahan kepada penuntut, iaitu sebagai latihan mengapresiasi drama dengan latihan melakokannya, yang sekali gus akan memantapkan dan menambah kemahiran komunikasi dalam kalangan mereka.
|
| KUMPULAN SKRIP DRAMA RADIO: LARA MATA HATI
HARGA: $7.00
Berat: 0.235kg
ISBN: 978-99917-68-48-9
| Kejayaan padas sesuatu itu kebanyakannya berhubung kait dengan kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab yang melengkapi keilmuan yang cukup dalam menyatukan semua elemen, seperti tanggungjawab terhadap ibu bapa, masyarakat, keluarga dan negara. Begitulah tema yang terdapat pada Kumpulan Skrip Drama Radio: Lara Mata Hati hasil penulisan Firdaus H.N, Pelbagai isu semasa diolah melalui kehidupan dalam sebuah perjuangan. Ketabahan dan penggorbanan bagaikan mainan titisan air mata dan golakan hati, seperti ais batu dan lahar, suka duka mengukir citra kehidupan.
|
| KUMPULAN PUISI: MATA HATI II
HARGA: $6.00
Berat: 0.145kg
ISBN: 978-99917-68-42-7
| Mata Hati II merupakan puisi karya Salmi Mesra yang menentukan sejumlah 149 buah puisi, dihasilkan sekitar tahun 1950-an hingga 2016. Kumpulan puisinya hasil rentetan daripada karya beliau sebelum ini, iaitu Dalam Perjalanan yang pernah diterbitkan oleh Universiti Brunei Darussalam pada tahun 2012. Puisi-puisi yang dimuatkan dalam buku ini banyak bersifat kritikan, di samping menyelitkan nilai-nilai murni untuk tatapan khalayak.
|
| KUMPULAN PUISI: BACALAH LAUT
HARGA: $4.00
Berat: 0.100kg
ISBN: 978-99917-68-41-0
| Dengan mengutip imej-imej ikonik pada laut, sajak ini menyelongkar kedalaman rahsia alam yang sering menimbulkan inspirasi kepada pemerhati dan pemikir yang kemudian menjabarkan tafsiran mereka dalam puisi. "Sampan" dan "Pengayuh" mempertautkan dua imej yang sarat dengan makna perjuangan kerana tanpa pengayuh, sampan hanyalah sebongkah kayu hanyut tak terkawal. "Angin" dan "Musim" membentuk suatu hubungan simbolik yang memiliki kekuatan untuk bertindak, sama ada membuncahkan kebahagiaan pada pelayaran ke suatu arah mahupun meledakkan ketakutan pada pelayarnya yang dirempuh ganas ombak. Begitulah dengan imej-imej lain – ombak dan hujan, tenang dan taufan, ikan dan kerang, jerung dan rumpai, daerah dan sempadan – membina persona laut yang agam dan misterius. Penyair telah menebarkan imej-imej itu dengan daya intuitif yang tajam untuk memebrikan inspirasi pula kepada pembaca untuk turut sama membrikan tafsiran mereka tentang laut. Puisi ini sarat dengan permainan estetik dan makna yang inspiratif (Dr. Mohamad Saleeh Rahamad).
|
| NOVELET: KASUT TUMIT TINGGI
HARGA: $6.00
Berat: 0.120kg
ISBN: 978-99917-68-51-9
| Mengisahkan tentang seorang anak muda bernama Ayla yang hamper putus harapan dengan hidup, sehingga pernah mencuba untuk bunuh diri, gara-gara ditinggalkan oleh ibu, kakak dan tunangnya. Ditambah lagi dengan ayahnya yang berkahwin baharu dengan seorang wanita Inggeris dan dikurniakan dua orang anak, menyebabkan Ayla terasa dia tidak dipedulikan lagi. Namun, akhirnya hatinya mulai lembut dan perlahan-lahan berhijrah ke jalan yang lurus.
|
| PULANGLAH HARGA: $6.00
Berat: 0.130kg
ISBN: 978-99917-68-52-6
| Sejak anak-anaknya pergi tanpa khabar, hari-hari Tuan Samsulbahar diselimuti kesepian. Kesunyian menemani penghujung usia. Dia begitu mengharapkan kepulangan anak-anaknya. Harapannya tidak kesampaian sehingga dia menghembuskan nafas terakhir. Dia menyesal kerana tidak memberikan pendidikan agama sehingga anak-anaknya lalai dan leka denga kemewahan dunia. Sebagai bapa yang dahagakan belaian kasih saying anak-anak, menyebabkan dia pasrah. Mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wa taala ialah jalan terbaik baginya.
|
| ANJUNG SI UNTAK HARGA: $4.00
Berat: 0.065kg
ISBN: 978-99917-68-43-4
| Mengisahkan dua beranak bernama Si Untak dan ibunya bernama Embun. Si Untak pergi mengembara dan meninggalkan ibunya yang tua sekian lama, sehingga ibunya jatuh miskin kerana kesmua hartanya disedekahkan untuk mendoakan keselamatan Si Untak. Si Untak pula kahirnya pulang ke kampong sebagai seorang yang kaya dan membawa seorang isteri yang cantik.
|
| GAYOH BERHIDUNG PANJANG (LONG-NOSED GAYOH) HARGA: $5.00
Berat: 0.085kg
ISBN: 978-99917-68-71-7
| Gayoh Berhidung Panjang merupakan cerita bilingual kanak-kanak yang disampaikan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, bagi memudahkan kanak-kanak untuk mempelajari dua Bahasa pada waktu yang sama. Buku ini megisahkan bagaimana gajah mendapatkan hidung yang panjang, di samping mempamerkan unsur persahabatan yang kukuh dalam kalangan binatang.
|
| BALAIMAS DAN NENEK KEBAYAN HARGA: $4.00
Berat: 0.060kg
ISBN: 978-99917-68-40-3
| Balaieyas cemburu apabila melihat setiap hari Balaimas membawa pulang emas sebagai upah daripada nenek kebayan. Disebabkan itu, dia pun berhasrat untuk bekerja bersama nenek kebayan dengan harapan mendapat nasib yang sama seperti adiknya.
|
| HANTU TAMBAK: CERITA RAKYAT PUAK MELAYU BRUNEI HARGA: $5.00
Berat: 0.130kg
ISBN: 978-99917-68-70-0
| Sastera dalam bentuk naratif ialah genre paling popular dalam kalangan kanak-kanak. Sebelum berkembangnya media massa dan teknologi maklumat, cerita-cerita sebeginilah yang mendominasi dan menjadi pembelajaran awal bagi mereka. Buku Hantu Tambak: Antologi Cerita Rakyat Puak Melayu Brunei mengandungi Sembilan buah cerita rakyat popular dalam kalangan masyarakat yang tinggal di Kampong Ayer. Dengan naratif yang dekat dengan masyarakat dan penggunaan Bahasa melayu yang mudah, pastinya akan dapat menarik minat adik-adik untuk terus membaca.
|
| PENGEMBARAAN CLARA SI KECIL BERKARDIGAN BIRU (THE ADVENTURE of BLUE-CARDIGAN CLARA) HARGA: $9.00
Berat: 0.160kg
ISBN: 978-99917-68-76-2
| Buku bilingual tulisan B.H Winter ini menggarap naratif penceritaan moden, iaitu mengisahkan pengembaraan seorang kanak-kanak yang cuba untuk menyelamatkan haiwan di zoo untuk dikembalikan ke tempat asal mereka.
|
| ZOY TOPENG SAKTI SIRI 7
HARGA: $4.00
Berat: 0.060kg
ISBN: 978-99917-68-75-5
| Zoy Topeng Sakti merupakan komik terbitan jabatan yang sudah popular dalam kalangan pembaca cilik/ remaja acap kali menerima pemghargaan buku terlaris. Terbitnya komik Zoy Topeng Sakti Siri 7 ini juga pastinya sangat ditunggu-tunggu kesinambungannya.
Tambahan pula, penyampaian watak dan efek dalam komik ini memaparkan dengan jelas sifat-sifat manusiawi. Selain itu, dengan adanya pengenalan kata, Bahasa dan makna melalui penyampaian dialognya dapat menyuburbaikkan dan memahirkan pengetahuan pembaca dalam berbahasa Melayu, di samping mengembangkan daya kreativiti mereka.
|
| TAMAN GERGASI HARGA: $4.00
Berat: 0.090kg
ISBN: 978-99917-68-69-4
| Taman Gergasi menceritakan seorang gergasi yang garang dan kedekut. Gergasi ini juga selalu mencuri harta benda penduduk kampong, dan membunuh sesiapa sahaja yang cuba memasuki kawasannya. Namun, padas suatu hari gergasi ini berubah menjadi baik dan pemurah kepada penduduk kampung.
|
| KISAH YAZID DAN AMIR (THE STORY OF YAZID AND AMIR) HARGA: $5.50
Berat: 0.105kg
ISBN: 978-99917-67-62-8
| Kisah Yazid dan Amir ialah sebuah buku bilingual yang disampaikan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Buku ini mengandungi teladan yang baik kepada anak-anak kerana ia dapat membentuk sahsiah kerohanian berdasarkan kandungannya yang diisi dengan panduan doa pilihan, sesuai dengan pembentukan dan perkembangan kanak-kanak. Yazid dan Amir mempunyai sifat santun dan berakhlak mulia. Sejak kecil lagi, mereka dididik dengan agama dan disiplin. Rutin mereka diisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan menjurus kepada kebaikan masa depan. Diharap pengisiannya berguna dan dapat dimanfaatkan kepada pembaca daripada pelbagai peringkat umur.
|
| MOM, IS IT SUNDAY? HARGA: $4.00
Berat: 0.045kg
ISBN: 978-99917-68-44-1
| Buku yang disampaikan dalam Bahasa Inggeris ini membawa kedua-dua elemen hiburan dan pengajaran di dalamnya, sesuai dibaca bagi pembangunan dan perkembangan psikologi seorang kanak-kanak. Jalan ceritanya mampu menarik kanak-kanak untuk membentuk personaliti yang positif.
|