| RAGI KIKIK ISBN: 9789991767826 HARGA: B$4.00 Berat: 0.160kg
| Kikik merupakan salah satu tradisi permainan masyarakat Melayu Brunei. Ragi kikik yang terdapat di Brunei kebanyakannya terilham daripada pengamatan dan pengaruh persekitaran. Buku ini juga memberi ruang kepada pembaca untuk meneroka teknik pembuatan kikik, cara mengolah ragi atau corak kikik mengikut kreativiti pembuatan kikik. Terdapat 46 ragi asal kikik tradisi Brunei yang dikenali di negara ini, namun kini bentuk corak kikik tradisi telah banyak dimodenkan agar tampal lebih menarik.
|
| FALSAFAH MELAYU ISLAM BERAJA ISBN: 9789991767864 HARGA: B$7.00 Berat:
| Tanggal 1 Januari 1984 menjadi suatu detik keramat Negara Brunei Darussalam apabila seluruh pelosok kota bergema dengan laungan takbir. Detik itu melambangkan pengisytiharan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat. Detik itu juga menjadi mercu tanda kepada pembentukan identiti jati diri bangsa yang berlandaskan falsafah Melayu Islam Beraja. Namun, kelangsungan falsafah Melayu Islam Beraja saling tidak terlepas daripada unsur-unsur modeniti yang merangkumi pembaharuan, kritik dan pembangunan. Buku ini mengupas unsur-unsur modeniti yang terkandung dalam falsafah Melayu Islam Beraja yang sesuai lagi selaras dengan nilai dan relevansi situasi Negara Brunei Darussalam.
|
| KAEDAH MUDAH MENULIS SKRIP ISBN: 9789991767758 HARGA: B$6.00 Berat: 0.530kg
| Buku ini memuatkan 14 tips yang memberi ruang kepada pembaca untuk meneroka tips untuk menjadai penulis yang Berjaya dan berkeyakinan. Anataranya: Gifted, sesuatu yang sedia ada pada diri awda dan juga untuk tidak pernah kenal erti putus asa. Penulis skrip yang berjaya ialah penulis yang banyak menelaah ilmu dan sentiasa mengambil iktibar dari pengalaman dan tamadun manusia dalam menyampaikan mesej.
|
| LARAS BAHASA ADAT PERTUNANGAN ISBN: 9789991767604 HARGA: B$4.00 Berat: 0.170kg
| Dari zaman masyarakat Melayu mempraktikkan penggunaan bahasa yang indah dan halus dalam komunikasi. Secara tidak langsung penggunaan bahasa yang molek ini menggambarkan identity orang Melayu yang berkemahiran dalam berbahasa dan perlu diteruskan agar tidak disisihkan oleh generasi pada masa kini. Buku ini membincangkan laras bahasa yang digunakan dalam adat pertunangan masyarakat Melayu Brunei khususnya yang berdialek Melayu Brunei.
|
| PANDUAN PEPERIKSAAN SIJIL PERDAGANGAN BRUNEI ISBN: 9789991768014 HARGA: B$6.00 Berat:
| Mengandungi bahan rujukan yang lengkap tentang panduan Peperiksaan Sijil Perdagangan Brunei bagi menggantikan buku lama yang bertajuk Sijil Perdagangan Brunei Jun/Disember 1979, Peraturan-Peraturan dan Sukatan Pelajaran. Bahan-bahan yang dimuatkan dalam buku ini dapat merungkai pelbagai prospek penting berhubung dengan garis panduan dan penilaian untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam Sijil Perdagangan Brunei. Buku panduan ini memenuhi keperluan dan kefahaman; peraturan dan arahan am peperiksaan, dan data panduan mengikut peringkat mata pelajaran, iaitu mata pelajaran menaip, trengkas, stenografi, dan simpan kira kerana dilengkapi dengan conttoh-contoh soalan dan jawapan.
|
| BIBLIOGRAFI ADI MARHAEN SIRI PENULIS BRUNEI DARUSSALAM 3: Penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (S.E.A. Write Award) ISBN: 9789991767468 HARGA: B$3.00 Berat: 0.205kg
| |
| BIBLIOGRAFI ADI KELANA SIRI PENULIS BRUNEI DARUSSALAM 4: Penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (S.E.A. Write Award) ISBN: 9789991767741 HARGA: B$3.00 Berat: 0.185kg
| |
| SYAIR RAJA JUMJUMA ISBN: 9789991767789 HARGA: B$4.00 Berat: 0.220kg
| Syair ini menceritakan peristiwa yang berlaku dan dialami oleh Raja Jumjuma sendiri. Perjalanan pertama Raja Jumjuma adalah melihat peritiwa di neraka, iaitu meliaht Raja Jumjuma sendiri diazab seksa dalam nerka. Peritiwa ini memberi kesedaran kepada Raja Jumjuma sehingga memohon keampunankepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Semua peritiwa yang dilihat dan dialaminya itu memberikan keinsafan kepada Raja Jumjuma setelah dihidupkan semula, dan membuatkan Raja Jumjuma beriman dan bertakwa siang malam kepada Rabbulizzati sehingga ke hujung hayatnya.
|
| KUMPULAN PUISI DERMAGA SENJA ISBN: 9789991767390 HARGA: B$4.00 Berat: 0.160kg
| Kehidupan ini ibarat berada di suatu jalan menuju ke suatu destinasi yang terdapat banyak persimpangan. Untuk mengharunginya, andaian, persoalan, keliru dan ragu akan menyulami perasaan sanubari. Dan satu yang diharapkan, iaitu untuk sampai ke destinasi itu, bak dalam bait-bait puisi dalam 'Dermaga Senja'.
|
| PANTUN BRUNEI BUDI SEJATI DAN RAJANG BRUNEI ISBN: 97899991767000 HARGA: B$5.00 Berat: 0.165kg
| Pantun merupakan puisi Melayu sejati yang mempunyai ikatan berirama dan sebutan yang sama di hujungnya. Pantun ada pelbagai genre seperti pantun jenaka kanak-kanak, kiasan dan ibarat serta kasih sayang. Seperti pantun kasih sayang, pantun ini juga membayangkan harapan serta pengalaman bagi pasangan yang dilamun cinta. Contohnya dalam masyarakat Melayu Brunei, pantun kasih sayang lahir daripada cetusan emosi yang mengandungi perasaan cinta.
|
| KUMPULAN PUISI PERJALANAN BURUNG PUTIH ISBN: 9789991767703 HARGA: B$4.00 Berat: 0.185kg
| Perjalanan Burung Putih judul buku ini diangkat daripada salah sebuah puisi yang termuat di dalamnya, memaparkan tentang keimanan dan ketakwaan seorang hamba kepada Sang Pencipta. Burung putih dipilih sebagai gambaran seorang hamba yang peka hal sekeliling memerhati semesta alam yang penuh pancaroba, sehingga membuatkannya sedar. Namun, semua itu memiliki hikmah yang tersendiri untuk manusia berfikir dan meningkatkan ketakwaannya.
|
| TITISAN KASIH ISBN: 9789991767857 HARGA: B$5.00 Berat: 0.200kg
| Kematian orang tuanya menyebabkan Arman perlu memikul tanggungjawab dan memikirkan sesuatu yang terbaik buat adik-adiknya. Sebagai anak yang paling tua, Arman perlu mengorbankan diri dengan berhenti sekolah dan seterusnya menjadi tulang belakang ekonomi atau pencari nafkah untuk membesarkan adik-adiknya, dengan hanya berbekalkan ladang dan beberapa ekor kambing peninggalan arwah orang tuanya. Adakah dengan tindakan Arman berhenti sekolah itu, mampu memberikan ia cahaya kehidupan dan meneruskan hidup bersama adik-adiknya?
|
| KUMPULAN PUISI WANGIAN DARI PUSARA ISBN: 9789991767611 HARGA: B$4.00 Berat: 0.160kg
| Puisi adalah kalam nyanyian rasa yang mencoret pelbagai rencah kehidupan. Pemilihan bahasa puitis mewarnai pena sang penyair. Alam pula sebagai sumber pencetus imaginasi dirakam lalu dituang ke dalam kepenyairan agar menjadi ristaan dan khazanah sepanjang hayat. Wangian dari Pusara menyorot pelbagai tema dan persoalan yang mengajak sang pembaca mengintrospeksi diri di samping mengongsikan nukilan yang bernuansa.
|
| BERKAT DOA DAN USAHA ISBN: 9789991767819 HARGA: B$3.00 Berat; 0.090kg
| Memilih untuk berkawan dengan rakan sebaya yang salah, pasti akan menjadikan kita seorang yang nakal. Inilah yang terjadi kepada Ikmal di dalam buku cerita ini. Apa yang terjadi kepada Ikmal? Bagaimana perasaan ibu dan ayahnya? Untuk mengetahui lebih lanjut, ikutilah cerita awal dan pastinya adik-adik akan mendapat pengajaran daripadanya
|
| KERANA HARTA SANG NAGA ISBN: 9789991767796 HARGA: B$4.00 Berat: 0.100kg
| Dongeng binatang (fabel), kisah rakyat (folklore) atau tuturan orang-orang kitani tetap menjadi pilihan malar segar. Walaupun dibaca berkali-kali, namun hati tetap digugahi untuk menyelami cerita tersebut tanpa jemu. Dan inilah yang ingin diserap ke dalam cerita mengenai seekor naga dan manusia yang haloba bertukar jasad demi mengejar kesenangan sendiri. Kesannya, antara kedua-duanya mendapat imbuhan untung dan ruginya.
|
| KELUARGAKU BAHAGIA ISBN: 9789991767376 HARGA: B$3.00 Berat: 0.090kg
| Keluarga yang harmoni memainkan peranan yang penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang bersatu dan berjaya. Adik-adik pasti ingin tahu apakah cara persatuan kejiranan itu mewujudkan keluarga yang bahagia itu. Sorotilah cerita keluarga Awang Ali dan jiran-jirannya. Semoga adik-adik tersentuh hati dengan sifat Laila dan Nora melalui cerita yang dipaparkan.
|
| NASIB TIGA PUTERI ISBN: 9789991767697 HARGA: B$3.00 Berat: 0.090kg
| Nasib Tiga Puteri mengisahkan kehidupan tiga orang puteri yang terpisah dengan ayahanda dan bondanya sejak kecil akibat suatu sumpahan. Setelah dewasa, kededua puteri bertemu jodoh kecuali Puteri Bongsu. Puteri Bongsu meninggalkan istana dan mengembara masuk ke hutan belantara. Di dalam hutan belantara itu ada sepohon pokok yang sangat besar dan rendang. Pelbagai keanehan yang ditemuinya. Bagaimanakah nasib seterusnya dengan Puteri Bongsu, dan apakah perkara-perkara aneh yang ditemuinya?
|
| TIGA BIJI BENIH BERTUAH ISBN: 9789991767727 HARGA: B$4.00 Berat: 0.105kg
| Mengisahkan nasib Awang dan ibunya selepas pemergian ayahnya. Pada suatu hari kayu api jualan Awang dibeli oleh orang tua berjanggut putih dan memberikannya uncang sebagai pertukaran. Uncang tersebut berisi tiga biji benih. Adakah uncang itu membawa nasib baik kepada Awang? Ikuti cerita yang penuh dengan pengajaran ini.
|
| BALAS RAKUS ISBN: 9789991767673 HARGA: B$3.00 Berat: 0.085kg
| Kisah sedih yang terjadi ke atas sebuah keluarga gajah. Gajah-gajah ini dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan pemburu binatang haram yang mengaut keuntungan daripada binatang-binatang ini. Dalam kejadian ini, seekor anak gajah menjadi yatim piatu setelah ayah dan ibunya dibunuh. Beberapa tahun kemudian, anak gajah ini pun dewasa. Tibalah masanya untuk anak gajah ini membalas dendam ke atas pembunuhan keluarganya. Dia hanya menunggu masa yang tepat untuk bertindak membunuh pemburu-pemburu yang kejam itu. Maka pada suatu hari terjadilah pertarungan yang sengit di antara anak gajah dengan pemburu-pemburu haram. Kedua-dua belah pihak bersungguh-sungguh ingin menakluki musuh masing-masing. Bagaimanakah nasib kedua-dua belah pihak yang bermusuhan ini? Pihak manakah yang menang, dan pihak manakah yang tewas?
|
| SANG GAJAH, SANG KANCIL DAN SANG MONYET ISBN: 9789991767680 HARGA: B$3.00 Berat: 0.085kg
| Membuli dan merendah-rendahkan orang lain merupakan sikap yang tidak baik. Sikap ini dicerminkan oleh salah satu watak dalam buku cerita ini. Apakah kesudahan yang berlaku pada watak itu?
|
| KEINSAFAN MEMBAWA KEJAYAAN ISBN: 9789991709758 HARGA: B$3.00 Berat: 0.070kg
| Sebaik sahaja selesai peperiksaan, Hassan berjumpa dengan kawan-kawannya di luar tandas sekolah. Kawan-kawan Hassan cuba menghasut Hassan untuk menendang tong sampah. Pada mulanya Hassan menolak namun mereka mencabar Hassan.
|