Program ini akan diadakan selama lima bulan, iaitu 12 sesi bimbingan bermula pada bulan Julai 2025 dan dijangka selasai pada November 2025. Seramai 12 barisan menti yang terpilih mengikuti program ini di bawah pemantauan Yang Mulia Dr. Maslin bin Haji Jukim @ Jukin, Ketua Program Kesusasteraan Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam selaku Mentor.
Sesi Taklimat Program Mentor-Menti Kritikan Sastera 2025 yang disampaikan oleh Yang Mulia Dk Norsafiah Pg Sapudin, Penyelaras Projek; diikut dengan ucapan ringkas daripada mentor dan sesi soal jawab antara pihak DBP, Mentor dan Menti. Sesi penandatangan antara Mentor dan Menti beserta saksi dilaksanakan sebagai persetujuan rasmi bagi mengikuti dan mematuhi etika program dalam tempoh yang ditetapkan.