Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews

  
Description
Front page image
  
  

Ahad, 22 November 2020 – Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan semasa BandarKu Ceria seperti aktiviti 'Eja & Menang' dan 'Teka Barang'.

BKC 22112020 01.jpeg

11/22/2020 12:00 AM
  

Sabtu, 21 November 2020 - Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Daerah Temburong mengadakan aktiviti perpustakaan, iaitu ‘Jualan Pustaka Ria Perpustakaan Temburong’ yang diadakan selama dua hari bermula pada hari Sabtu, 21 November hingga Ahad, 22 November 2020.

Jualan Pustaka Ria Temburong 07.jpeg

11/21/2020 12:00 AM
  

Bandar Seri Begawan, Khamis, 12 November 2020 -

Program Memperkasa Calak Brunei telah diadakan selama dua hari bermula pada 11—12 November 2020. Program ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Antara rangkaian pengisian yang dimuatkan dalam program tersebut ialah Cabaran Ria Bahasa yang diungkayahkan oleh Unit Penterjemahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas. Seramai 30 peserta belia telah menyertai aktiviti Cabaran Ria Bahasa ini yang bermula pada pukul 1.30 petang,  dengan penerangan ringkas berkaitan aktiviti berkenaan yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Annisa binti Haji Moksin, Pegawai Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

IMG_4195.JPG

11/19/2020 3:00 PM
  

Bertitik tolak daripada arahan Surat Keliling Kerajaan Bil.5/83 bertarikh 13 April 1983 (penetapan penggunaan ejaan baru kepada jabatan-jabatan kerajaan), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selaku institusi perancang bahasa Negara Brunei Darussalam secara berterusan bersinergi dengan jabatan-jabatan kerajaan menganjurkan Kursus Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Program tersebut bertujuan memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan kakitangan di jabatan masing-masing. 


Sesuai dengan tuntutan surat keliling tersebut, DBP menerbitkan Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu pada tahun 2009 sebagai bahan pengajaran kursus tersebut. 


Pedoman tersebut merupakan hasil kesepakatan dalam Sidang Ke-43 MABBIM, 2004 dan Ke-44 MABBIM, 2005 yang mengandungi garis panduan lengkap mencakupi penggunaan abjad, penulisan huruf, penulisan kata, tanda baca dan penulisan unsur serapan. 


Di samping itu, kursus ini juga mendedahkan asas tatabahasa bahasa Melayu dan kesalahan atau kelewahan penggunaan kata atau ayat bahasa Melayu. Kursus juga turut disisipkan dengan pertanyaan secara spontan daripada para peserta. Untuk menguji kefahaman para peserta, diadakan latihan kemahiran secara berkumpulan dan individu (latihan lisan dan tulisan). Latihan mefokuskan sebutan baku, latihan membina ayat yang betul, dan mengesan kesalahan bahasa dalam teks (kesalahan tatabahasa dan ejaan, kesalahan penggunaan tanda baca, dan kesalahan pemilihan kata). Kursus ini juga mendedahkan kaedah merujuk kepada kamus cetak atau kamus dalam talian bagi memudahkan peserta menyelesaikan permasalahan kebahasaan di tempat kerja dan sebagainya.

 

Sebagai upaya merealisasikan kursus tersebut, DBP telah mewakilkan Dayang Hajah Norati binti Bakar dan Dayang Hajah Annisa binti Haji Moksin, Pegawai Bahasa, Bahagian Bahasa dan Pengembangan Bahasa selaku fasilitator.


IMG_2354.JPG

10/22/2020 3:15 PM
  

​Selasa, 20 Oktober 2020 telah diadakan sesi telesidang penerangan mengenai Jurnal Bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam. Penerangan ini disampaikan oleh Dayang Masni binti Moktal, Pegawai Istilah Kanan, kepada mahasiswa/wi Universiti Brunei Darussalam yang mengambil modul kursus LB-2406 yang dipimpin oleh Puan Hajah Zurinah binti Haji Ya'akub, Pensyarah Universiti Brunei Darussalam. 

PHOTO-2020-10-20-14-54-21- betul.jpg

10/21/2020 10:00 AM
  

Pada hari Isnin, 12 Oktober 2020 telah diadakan Taklimat dan Latihan  Program Workplace and Health, di Pusat Promosi, Kementerian Kesihatan. Program ini disampaikan oleh beberapa orang Pegawai daripada Kementerian Kesihatan kepada penjawat awam yang terpilih dan  berkhidmat di jabatan-jabatan kerajaan Negara Brunei Darussalam. Dewan Bahasa dan Pustaka diwakili oleh Dayang Masni binti Moktal, Dayang Rosdiah binti Bahrin, Dayang Rina Iryanti binti Haji Serudin, Awang Abuzar bin Abdullah, dan Awang Abdul Hanif bin Moksin.

IMG_2090.JPG

10/13/2020 9:00 AM
  

Unit Komunikasi dan Hubungan serta Unit Teknologi Maklumat, Bahagian Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengendalikan aktiviti semasa BandarKu Ceria pada 4 Oktober 2020.

DBP BKC 04102020 FrontCover.jpg

10/5/2020 12:00 AM
  

Pada hari pertama kursus, peserta diberikan penerangan tentang ciri utama sistem ejaan Rumi bahasa Melayu, iaitu kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, cara pengejaan kata pinjaman, penggandaan kata serta penerangan hukum DM. Manakala pada sebelah petang pula, aktiviti dilakukan secara berkumpulan, iaitu setiap kumpulan diminta untuk menggolongkan kata berdasarkan soalan yang diberikan.

Pada hari kedua kursus, iaitu sebelah pagi, penerangan dilanjutkan dengan tajuk kesalahan ejaan dan tatabahasa. Setelah usai penerangan, satu sesi aktiviti dijalankan bagi setiap kumpulan dengan memberikan satu teks ringkas mengandungi beberapa tajuk yang telah dibincangkan dan berdasarkan teks tersebut, mereka menggolongkan kata mengikut kreativiti masing-masing.

Pada sebelah petang kursus pula, peserta dibahagikan mengikut kumpulan bagi meneruskan  aktiviti ‘Cabaran Ria Bahasa’ yang terbahagi kepada enam tugasan. Secara ringkas cabaran ini memerlukan peserta untuk aktif dan menggunakan strategi pembelajaran yang telah dipelajari selama dua hari kursus dijalankan. Di majlis penutup, setiap kumpulan diberikan cenderamata dan kumpulan yang menang turut diberikan hadiah, sumbangan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka dan seterusnya sesi bergambar ramai.

Sebelum mengakhiri kursus, Puan Hajah Annisa juga memperkenalkan beberapa laman sesawang sebagai rujukan, iaitu kamus dalam talian, tesaurus dalam talian dan juga beberapa istilah baharu. Kursus bersurai tepat pukul 4.15 petang.

thumbnail_FB_IMG_1600824027699.jpg

10/1/2020 9:30 AM
  

Bengkel Pengenalan Dialek 7 Puak  diadakan sebagai antara usaha melestarikan dialek-dialek tempatan. Program yang sangat bermanfaat ini dianjurkan bersama oleh Unit Perkamusan, Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa dan Bahagian Perpustakaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagai antara pengisian program cuti persekolahan. Untuk gerakan julung-julung kalinya ini, bengkel diadakan di Perpustakaan Daerah Temburong  pada 1 Safar 1422/19 September 2020, dan akan diadakan di daerah-daerah yang lain secara berjadual.

thumbnail_IMG_9342.jpg

10/1/2020 12:00 AM
  

Sabtu, 19 September 2020 – Seperti kelaziman setiap cuti penggal persekolahan, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Perpustakaan di semua cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pusat Masyarakat Bestari akan menyusun pelbagai program atau aktiviti bagi mengisi masa lapang kanak-kanak.

IMG_0126.JPG

9/19/2020 1:00 PM
  

​Rabu, 16 September 2020, Bandar Seri Begawan-Majlis Penutupan Program Penulis Muda (Bengkel Penulisan Sajak) di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas. Hadir selaku Tetamu Khas, Yang Mulia Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

9/16/2020 9:00 AM
  

​Isnin, 14 September 2020- Hari Pertama Bengkel Penulisan Sajak yang diadakan di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka.  Dr. Haji Mohd Ali bin Haji Radin atau nama penanya H.Mar selaku pembimbing bengkel tersebut. 

ed-PPM2020.jpg

9/15/2020 4:10 PM
  

​​Ahad, 6 September 2020 - seramai 53 orang peserta telah mengikuti kelas muzik yang diadakan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Bandar Seri Begawan. Kelas muzik ini merupakan projek kerjasama di antara Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

WhatsApp Image 2020-09-06 at 8.22.35 AM.jpeg

8/9/2020 2:00 PM
  

​​Unit Perkembangan Sumber Tenaga Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyelenggarakan kursus secara alam maya (virtual) yang dikelolakan oleh Institut Perkhidmatan Awam pada hari Isnin, 9 Zulkaedah 1441 bersamaan 6 Julai 2020 di Bilik Patih Berbai, Tingkat 1, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas.


8/6/2020 7:00 PM
  

​Unit Perkembangan Sumber Tenaga Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyelenggarakan kursus secara alam maya (virtual) yang dikelolakan oleh Institut Perkhidmatan Awam pada hari Rabu, 7 Zulhijah 1441 bersamaan 29 Julai 2020 di Bilik Patih Berbai, Tingkat 1, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas.


8/6/2020 7:00 PM
  

Sabtu, 19 Zulakedah 1441 / 11 Julai Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Sastera dan Majalah telah mengadakan Pantaran Sastera DBP, 2020 : Sayembara Deklamasi Puisi. Seramai 12 orang peserta menngikuti sayembara tersebut. 


7/30/2020 10:00 PM
  

BERAKAS, Rabu, 1 Julai 2020 - Bersempena dengan Sambutan Bulan Bahasa 2020, seramai 13 pelajar menerima Hadiah Pelajar Cemerlang Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Peperiksaan GCE Peringkat 'O' dan 'A' Tahun 2019 pada majlis yang berlangsung pagi tadi di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini.

01072020 perasmian bulan bahasa@dewan bahasa berakas (6).jpg

7/20/2020 11:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 8 Julai. - Tema Bulan Bahasa pada tahun ini ialah 'Bahasa Melayu Bahasa Kita' mencerminkan rasa kepemilikan bersama dan rasa kekitaan terhadap bahasa rasmi negara.

Perkamusan.png

7/20/2020 11:00 AM
  

Sabtu, 11 Julai 2020

Mesyuarat Penetapan Genre dan Penyaringan Karya Calon Penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (The S.E.A. Write Award) telah diadakan pada hari Sabtu, 11 Julai 2020, pada pukul 2.00 petang di Bilik Laila Muafakat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas bagi menetapkan genre dan menyaring karya-karya calon penerima yang telah disenaraikan sebelum membuat penilaian.

IMG_0409.JPG

7/20/2020 12:00 AM
  

22 – 23 September 2020

Kursus Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu dan Asas Tatabahasa telah diadakan selama dua hari  bertempat di Tingkat 2, RBC Headoffice Gadong pada 22 – 23 September 2020. Seramai 17 orang kakitangan Royal Brunei Catering (RBC) mengikuti kursus tersebut. Kursus ini dibimbing oleh Yang Mulia Puan Hajah Annisa binti Haji Moksin, Pegawai Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Dalam kursus tersebut, peserta dibimbing tentang sistem ejaan bahasa Melayu serta asas tatabahasa dengan betul. Di samping itu juga, peserta turut diberikan beberapa aktiviti bagi menguji pemahaman mereka.

RBC BENGKEL.jpg

5/11/2020 5:30 PM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 28 Mac. - Sebagai salah satu langkah untuk membendung penularan jangkitan COVID-19, semua cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditutup kepada orang ramai.

perkhidmatan peminjaman buku.JPG

3/28/2020 12:00 AM
  

BERAKAS, Jumaat, 6 Mac. – Dengan memperoleh markah 90.67 peratus, Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Manifestasi Lakonan Sajak Peringkat Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab Senegara Tahun 2020.

lakonan.png

3/6/2020 12:00 AM
  

BERAKAS, Khamis, 5 Mac. - Pantaran Sastera merupakan salah satu jenama kegiatan sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diselenggarakan oleh Bahagian Sastera dan Majalah.

bedahkarya.png

3/5/2020 12:00 AM
  

BERAKAS, Rabu, 4 Mac. - Seminar Bedah Karya mengumpulkan medan penulis dan penggiat seni sastera tempatan sebagai tempat pertemuan penulis / penggiat seni sastera untuk membincangkan dan menganalisis hasil-hasil karya seni.

karya.png

3/4/2020 12:00 AM
  

​Taklimat Penyelidikan Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam Fasa ke-3

taklimat.png

1/22/2020 9:00 AM
  

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) muncul juara dalam Kejohanan Futsal Piala Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) 2020

futsal1.jpg

1/18/2020 1:00 PM
  

Pertandingan Pidato Kebangsaan Brunei Darussalam 2019 sempena Sambutan Bulan Bahasa 2019, Peringkat Saringan telah diadakan di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas.

pidato_fp.png

1/13/2020 12:00 AM
  

Bengkel Perkamusan 2020 telah diadakan selama 2 hari bertempat di Bilik Pateh Barbai, Tingkat 1, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas. 

bengkel_perkamusan.png

1/6/2020 12:00 AM
  

Wawancara bersama Badaruddin H.O atau Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman bagi Sejenak Bersama Penulis, ruangan Majalah Bahana 2020.

wawancara.png

1/5/2020 12:00 AM
  

Ahad, 24 November 2019 – Rombongan Penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (The S.E.A. Write Award) bertolak petang tadi ke Bangkok, Thailand.

IMG_0217.JPG

8/4/2019 9:00 AM
1 - 30Next