Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation Linkslatest Announcement

  
  
Body
  
  
11/28/2019

Pertemuan Sasterawan Brunei Ke-7 (PSB VII), 2019 anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam dan Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI) dengan kerjasama Kumpulan Putra Seni Brunei Darussalam akan diadakan pada hari Khamis - Jumaat, 1-2 Rabiulakhir 1440 bersamaan 28-29 November 2019. 

Penulis Brunei.jpeg

28 Nov 2019
  
12/6/2019

​Karnival Hari Keluarga DBP akan diadakan pada hari Jumaat - Ahad, 6 - 8 Disember 2019 di kawasan lapang dan letak kereta bangunan DBP, Lapangan Terbang Lama, Berakas. Datanglah beramai-ramai memeriahkan KHK DBP 2019. Pelbagai aktiviti sukaneka, pameran, juala dan cabutan nombor bertuah diadakan.

Poster KHK.JPG

06 Dec 2019
  
11/12/2019


Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali ke-26 Tahun 2019

Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) ini julung kali diadakan bagi seluruh Kementerian dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bersempena dengan Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-17, Tahun 2010.

APCPA ini merupakan penghargaan dan pengiktirafan kepada warga Perkhidmatan Awam yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang. Kualiti dan penghasilan kerja pegawai dan kakitangan berkenaan seringkali melebihi daripada keperluan tugas dan tanggungjawab jawatan serta mempunyai keperibadian yang boleh dicontohi oleh pegawai dan kakitangan yang lain.

Tahniah kepada Penerima-Penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) Sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-26 Tahun 2019, bagi Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan:

1) Dayang Siti Zaharah binti Haji Abdul Razak 

Bahagian II 

Pegawai Pembangunan Masyarakat 

Jabatan Pembangunan Masyarakat 

 

2) Dayang Norsinah binti Awang Haji Sawas 

Bahagian III 

Pegawai Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

 

3) Awang Haji Hirmi bin Haji Moslim 

Bahagian IV 

Kerani Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan 

 

4) Pengiran Abd Rahman bin Pengiran Omar 

Bahagian V 

Penyelenggara Stor Tingkat III 

Jabatan Belia dan Sukan


12 Nov 2019
  
1/2/2020

Jurnal Beriga Julai-Disember 2019 Bil.123 sudah diterbitkan. Borang penyertaan bagi Peraduan Menulis Rencana Umum Jurnal Beriga 2019-2020 boleh didapati di dalam keluaran ini.

Jurnal ini boleh diperoleh dengan harga $3.00 di Kedai Buku Dewan Bahasa dan Pustaka, Lapangan Terbang Lama, Berakas
Negara Brunei Darussalam

Utk keterangan lanjut sila berhubung dengan Editor Beriga di talian 2382511 samb. 148

beriga.png

02 Jan 2020