Berita
dan Foto : Ihsan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Kampung Pandan
KUALA BELAIT, Selasa, 13 Oktober. -
Pelajar-pelajar dari Pusat Ehsan Kuala Belait hari ini berkesempatan
menyaksikan aktiviti Kenali Warisan Kitani yang dianjurkan oleh
Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Kampung Pandan, di sini.
Pada
program tersebut, pelbagai aktiviti diadakan bagi memberikan pendedahan
dan memperkenalkan permainan tradisi Brunei kepada generasi masa kini.
Para
pelajar tersebut juga berkesempatan mencuba pelbagai permainan tradisi,
antaranya Tinting, Simban, Talang Gatah, Inambang dan Congkak.
Selain
itu, turut diketengahkan ialah persembahan seni silat, permainan hadrah
dan gulintangan, di samping lagu-lagu tradisional Brunei.
Dengan
adanya aktiviti seumpama ini, ia memberikan peluang kepada pengunjung
untuk mencuba sendiri permainan tradisi yang semakin kurang dimainkan
oleh golongan muda, di mana mereka ini banyak terdedah dengan permainan
dalam talian mahupun permainan video.
Dalam pada itu, ia juga
memberikan pendedahan kepada mereka berhubung seni kebudayaan yang
terdapat di negara ini.
Dipetik daripada Pelita Brunei