Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Reunion Perpustakaan DBP Erat Silaturahim

Berita dan Foto : Ihsan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 22 September. - Seramai 54 pegawai dan kakitangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di seluruh Negara Brunei Darussalam, termasuk mantan ketua-ketua perpustakaan, mantan ketua-ketua unit menghadiri Majlis Reunion Perpustakaan DBP.

Majlis yang diadakan pada 20 September lalu itu, diadakan di Seasons Restaurant, Centrepoint Gadong.

Ia bertujuan untuk mengumpulkan semua kakitangan Perpustakaan DBP dari setiap daerah, dari mereka yang pernah berkhidmat juga mereka yang masih berkhidmat hingga sekarang.

Dengan hasrat agar ikatan persahabatan akan semakin bertambah kukuh, berpanjangan dan berterusan sampai bila-bila.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Doa Selamat, diketuai oleh Awang Haji Pawi bin Haji Tajuddin untuk kakitangan perpustakaan yang sudah kembali ke rahmatullah.

Diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Dayang Hajah Norsenah binti Haji Mohd. Nasir selaku wakil pihak penganjur Majlis Reunion Perpustakaan DBP yang juga mantan Ketua Unit @ Penolong Ketua Perpustakaan DBP, antara lain berharap agar perjumpaan seumpamanya akan dapat mengeratkan lagi hubungan walaupun ada yang sudah bersara.

Beliau juga mengingatkan kepada mereka yang masih berkhidmat agar berbakti dan berkhidmat demi agama, bangsa juga negara dengan jujur, ikhlas dan amanah berlandaskan Melayu Islam Beraja.

Beliau berasa bangga kerana perpustakaan kini semakin aktif seiring dengan kemajuan negara.

Lebih membanggakan lagi, katanya, andainya negara ini mempunyai Perpustakaan Negara yang mencerminkan keperibadian negara, di mana ia melambangkan pencapaian intelektual.

Majlis juga dimeriahkan dengan penyampaian hadiah yang disumbangkan oleh pihak penyumbang dan kakitangan yang hadir.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh mantan Ketua-ketua Perpustakaan, Hajah Dayang Nellie Dato Paduka Haji Sunny; Haji M. Yusoff Haji Murni; Haji Sahari bin Haji Nassar; dan mantan Ketua-ketua Unit @ Penolong-penolong Ketua Perpustakaan, Awang Haji Abd. Talip bin Haji Tassim; dan Dayang Haji Norsenah binti Haji Mohd. Nasir.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 9/26/2020 3:06 PM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 9/26/2020 3:06 PM by Nisbah Binti Hj Merusin