Oleh :
Haniza Abdul Latif / Infografik : Dewan Bahasa dan Pustaka
BANDAR
SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Disember. - Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Bahagian Perpustakaan
sedang menganjurkan Pertandingan Foto Membaca Di Rumah.
Pertandingan
tersebut dibukakan kepada Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam,
berumur 12 hingga 20 tahun.
Syarat-syarat penyertaan bagi pertandingan
tersebut, para peserta hendaklah menghantar satu keping gambar yang
menggambarkan suasana membaca di rumah dan menghiasi gambar tersebut
mengikut kreativiti juga gaya yang menarik.
Selain itu, para peserta
hendaklah menghantar ringkasan buku yang dibaca dalam gambar yang
disertakan dengan tidak melebihi 150 patah perkataan.
Tarikh
akhir menghantar penyertaan adalah pada 18 Januari 2021 melalui e-mel
ke alamat 'perpustakaan.bsb@dbp.gov.bn'.
Untuk mengetahui dengan
lebih lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang
'qrgo.page.link/qdNsM' atau 'www.librarybrunei.gov.bn/library/dbp' atau
dengan menghubungi menerusi talian +673 2235501 sambungan 504 atau
melalui Hotline +673 8266880 atau Instagram '@dbplibrarybsb'.
Dipetik daripada Pelita Brunei