Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Inisiatif Tarik Lebih Ramai Pengunjung

Inisiatif tarik lebih ramai pengunjung 2.JPG

Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

TEMBURONG, Ahad, 22 November. - Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Daerah Temburong sentiasa dalam inisiatifnya untuk menarik dan menggalakkan orang ramai berkunjung ke perpustakaan mereka terutama golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Sehubungan itu, Jualan Pustaka Ria Perpustakaan Temburong yang berlangsung selama dua hari dan berakhir pada hari ini telah diadakan sekali gus untuk meningkatkan jumlah pengguna dan pelawat perpustakaan serta mempromosi perkhidmatan serta kemudahan perpustakaan yang disediakan kepada orang ramai.

Inisiatif tarik lebih ramai pengunjung 3.JPG

Sebanyak 15 'vendors' mengikuti jualan berkenaan yang menawarkan dan menyediakan pelbagai jenis jualan. Selain itu, turut diadakan beberapa aktiviti permainan termasuk Pertandingan Beyblade.

Aktiviti Jualan Pustaka Ria Perpustakaan Temburong ini akan diadakan sebulan sekali untuk memeriahkan lagi pengunjung Perpustakaan Daerah Temburong.

Di samping aktiviti jualan, pihak perpustakaan juga mengadakan beberapa aktiviti lain seperti Kahoot, Kraft, Membaca bersama Pustakawan dan Teka Gaya dalam sama-sama memeriahkan lagi Jualan Pustaka Ria tersebut.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 12/2/2020 11:27 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 12/2/2020 11:27 AM by Nisbah Binti Hj Merusin