Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

23 Peserta Diiktiraf Sebagai Fire Marshall

Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Bomba dan Penyelamat

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 5 November. - Seramai 19 kakitangan dan sukarelawan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Muara dan Bandar Seri Begawan bersama empat orang daripada komuniti sukarelawan mengikuti Kursus Fire Marshall selama tiga hari, bermula 2 hingga 4 November 2020, baru-baru ini, di DBP Cawangan Muara, yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi 'A', Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).

Sepanjang kursus dijalankan, para peserta didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal dengan mempelajari akan sebab juga punca berlakunya kebakaran, mengetahui akan tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik juga menjalani praktikal bagi tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dengan cara yang betul dan tatacara untuk menyelamatkan diri daripada terperangkap di dalam bangunan bila berlakunya kebakaran.

Para peserta turut berkesempatan untuk membuat Lawatan ke Unit Operasi Wanita untuk mengetahui lebih dekat akan fungsi dan peranan sebagai ahli bomba wanita juga diberikan peluang melihat perkakas-perkakas dan peralatan bomba.

Pada kesempatan ini, JBP juga menyediakan program-program keselamatan, seperti Taklimat Keselamatan Umum Life Saver 995; dan Kursus Fire Marshal bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan juga mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.

JBP turut mengingatkan, di mana jika berlaku kecemasan, hubungi Talian Kecemasan Bomba 995 dan memberikan maklumat tepat.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 11/7/2020 10:37 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 11/7/2020 10:37 AM by Nisbah Binti Hj Merusin