Sabtu, 19 September 2020
– Seperti kelaziman setiap cuti penggal persekolahan, Dewan Bahasa dan
Pustaka melalui Bahagian Perpustakaan di semua cawangan Perpustakaan
Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pusat Masyarakat Bestari akan menyusun
pelbagai program atau aktiviti bagi mengisi masa lapang kanak-kanak.
Bagi Program Cuti Sekolah Penggal ke-2 ini, pelbagai aktiviti menarik
telah diadakan seperti bermain ejaan, teka bahasa, kreativiti gelas
kertas, kreativiti bag kertas, permainan congkak, menulis cerpen, dan
banyak lagi.
Aktiviti seperti
ini akan dapat melatih kreativiti anak muda, mengasah kecerdasan dan
meningkatkan keyakinan serta semangat mereka untuk terus aktif semasa cuti
persekolahan.