Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERADUAN MENULIS KARANGAN MAJALAH NAINDUNG.MEKAR.JUARA PELAJAR DBP 2023

IMG_4066.jpeg

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang seterusnya melancarkan buku-buku baharu terbitan DBP dan penyampaian hadiah serta cenderamata kepada kepada para pemenang. Acara juga diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Peraduan Penulisan Citra Sajak sempena Bulan Bahasa 2023 dengan membawa tema “Bahasa Membudayakan Kita”. 

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS; Pemangku Pengarah DBP; Pemangku Timbalan Pengarah DBP; Pengarah-pengarah di bawah KKBS; pengetua dan guru besar; guru-guru; para ibu bapa; penulis dan penggiat sastera tanah air.
 
Majlis turut diserikan dengan persembahan mari bercerita daripada pelajar Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Md. Khairun Azfar bin Md. Zaiful Rizan yang merupakan Juara Pertandingan Mari Bercerita Warisan Brunei 2023.
Attachments
Created at 2/8/2024 8:04 PM by Rafidah.mokhtar
Last modified at 2/8/2024 8:22 PM by Rafidah.mokhtar