Hadir bagi program tersebut ialah Yang Mulia Haji Awang Mohd Abdoh bin Haji Awang Damit, Pemangku Pengarah Kebudayaan dan Kesenian. Turut hadir Pemangku Timbalan Pengarah DBP, pegawai-pegawai dari DBP, Bahagian Kebudayaan dan Kesenian dan Jabatan Muzium-Muzium.
Antara aktiviti dan permainan yang dikendalikan oleh DBP ialah Teka dan Rasa Kuih Muih Tradisi Brunei, Padankan Peribahasa Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Emoji, Sahiba, Susun Suai Gambar, Pantun Teka-Teki, Aktiviti Kuiz Pantas, Monopoli, Ular dan Tangga dan Lakaran dalam Kegelapan.
Seramai 252 orang pelajar daripada Kohort 4 dan 5 IBTE (8 platun) mengikuti aktiviti kendalian DBP.