Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS MENGAGAI CALON PENERIMA ANUGERAH PENULIS ASIA TENGGARA (THE S.E.A WRITE AWARD) BAGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TAHUN 2022

​Panel penilai Anugerah Negara Brunei Darussalam telah sepakat memilih Kumpulan Sajak Cintaku di Ufuk Timur yang sekali gus mengangkat penulisnya, Pengiran Haji Shamsu bin Pengiran Haji Kadar. 

WhatsApp Image 2023-06-01 at 6.27.29 PM (1).jpeg          WhatsApp Image 2023-06-01 at 6.27.30 PM (1).jpeg

WhatsApp Image 2023-06-01 at 6.27.30 PM (2).jpeg          WhatsApp Image 2023-06-01 at 6.27.29 PM.jpeg

Rombongan mengagai diketuai oleh Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang juga bertindak selaku Pengerusi Panel Penilai bagi Negara Brunei Darussalam. Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (Timbalan Pengerusi Panel Penilai); Yang Mulia Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit, Pemangku Timbalan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (Setiausaha Panel Penilai); Pegawai-pegawai kanan Dewan Bahasa dan Pustaka; Panel Penilai Anugerah Penulis Asia Tenggara dan Urus Setia Unit Pengiktirafan.


Attachments
Created at 6/1/2023 6:47 PM by Noor Lenny Binti Hj Mohamed Yusuf
Last modified at 6/1/2023 6:50 PM by Noor Lenny Binti Hj Mohamed Yusuf