Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS TAMU BAHASA SEMPENA SAMBUTAN BULAN BAHASA 2022

7B02E726-9C70-4002-B9B4-A768BBB6A36B.jpeg


Seramai 90 orang pelayar (melalui aplikasi Zoom dan Facebook) mengikuti penstriman langsung majlis tersebut, termasuk Yang Mulia Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah DBP, rakan-rakan strategik DBP, pegawai-pegawai kanan kerajaan, dan para pencinta bahasa, sastera, dan budaya dari dalam dan luar negara.

Antara inti pati yang dibincangkan oleh pemakalah mengaitkan bagaimana pemikiran aras tinggi melalui parambahan ini dapat dikaitkan dengan akal budi penuturnya. Akal budi  mengandungi falsafah dan memerlukan minda yang tajam untuk memahami maknanya. Dapatan awal mendapati terdapat banyak persamaan parambahan Brunei dengan peribahasa Melayu berdasarkan kedudukan dua wilayah ini yang berada dalam kepulauan Melayu. Namun terdapat objek yang berbeza bagi menzahirkan makna metafora yang sama. Objek pilihan dalam parambahan ini sangat dipengaruhi oleh ekologi setempat seperti penggunaan objek haiwan peliharaan, hasil tanaman, dan muka bumi. Tuntasnya parambahan Brunei jelas menggambarkan gaya pemikiran yang sederhana, tenang, dan tiada konflik yang ketara.





Attachments
Created at 3/22/2023 3:16 PM by Nor Rafidah binti Hj Mokhtar
Last modified at 3/22/2023 4:08 PM by Nor Rafidah binti Hj Mokhtar