Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN PELANCARAN PAMERAN PERADUAN FOTOGRAFI DAN PRODUK ARTISAN PUSAT BAHAGIA DAN MAHKOTA DESIGNS

 

Peraduan Fotografi sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan
Ke-37, Tahun 2021
Anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
dengan diselenggarakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
 
Tema:
"Perhimpunan Agung Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-37: Keceriaan, Kegembiraan dan Warna-warni Kegemilangan" ​ ​
KATEGORIPENYERTAANPEMENANG
Kategori A
Terbuka
(18 Tahun ke Atas)
21 peserta dengan
44 keping gambar
  • Johan: Awang Abd Hamid bin Haji Abd Rahman
    Tajuk gambar: Generasi Baru
    Hadiah: $500.00 berserta sijil

     
  • Naib Johan: Dayang Faridah binti Haji Jaya
    Tajuk gambar: Bendera Ku Brunei Darussalam
    Hadiah: $400.00 berserta sijil

     
  • Ketiga: Awang Haji Ali Hamzah bin Haji Gafar
    Tajuk gambar: Insan Istimewa di Hari Kebangsaan Brunei Darussalam Ke 37
    Hadiah: $300.00 berserta sijil
Kategori B
Remaja
(12 Tahun hingga 18 Tahun)
6 peserta
dengan
14 keping gambar
  • Johan: Awang Mohamad Hamizan bin Haji Ali Hamzah
    Tajuk gambar: Keceriaan Generasi Muda Menyambut Hari Kebangsaan Brunei Darussalam Ke 37
    Hadiah: $400.00 berserta sijil

     
  • Naib Johan: Awangku Iqbal Salleh bin Pengiran Haji Sulaiman
    Tajuk gambar: Si Pembawa Bendera
    Hadiah: $300.00 berserta sijil

     
  • Ketiga: Awang Muhammad Hassanul Fikri bin Mohammad Faizal
    Tajuk gambar: Generasi Muda Aset Wawasan Negara
    Hadiah: $200.00 berserta sijil
Kategori C
Kanak-kanak
(12 Tahun ke Bawah)
Tiada penyertaan-

 
Kesemua gambar yang menyertai peraduan tersebut telah dilancarkan dan dipamerkan semasa majlis tersebut di Ruang Legar, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta akan dilaratkan ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di keempat-empat daerah sehingga bulan Ogos 2021. Turut dilancarkan ialah produk kolaborasi Artisan Pusat Bahagia dan Mahkota Designs di bawah Projek Kreatif "Fabrik OKU" yang diselenggarakan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat, iaitu tekstil tudung eksklusif yang menggabungkan hasil lakaran pelatih-pelatih kelas lukisan OKU.


test.JPG

IMG_4312.JPG


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan); Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan); Yang Mulia Dayang Saidah binti Haji Wahid @ Burut, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan); Pengarah-pengarah di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta jabatan-jabatan di bawahnya; pegawai-pegawai kanan kerajaan, panel hakim dan peserta-peserta Peraduan Fotografi.


IMG_4360.JPG


Attachments
Created at 4/26/2021 8:14 AM by Noor Lenny Binti Hj Mohamed Yusuf
Last modified at 4/26/2021 8:42 AM by Noor Lenny Binti Hj Mohamed Yusuf