Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

AKTIVITI BANDARKU CERIA

​Aktiviti tersebut bermula pada pukul 7.30 pagi hingga selesai. Antara aktiviti yang diadakan oleh Unit Perkamusan ialah 'Aktiviti Pengenalan 7 Dialek' dan 'Pengenalan Perambahan Brunei'. Sementara aktiviti yang dikendalikan oleh Unit Penterjemahan ialah 'Aktiviti Mewarnaku Ceria', 'Teka Silang Kata Terjemahan', 'Cabaran Bicara Gambar' dan 'Aktiviti Terjemahan Whisper Challenge Family".

Aktiviti-aktiviti yang dikendalikan ini antara lain berobjektif  untuk mengasah dan menimba ilmu melalui bidang kebahasaan dan memperkenalkan dialek-dialek yang terdapat di Negara Brunei Darussalam kepada masyarakat umum, terutama kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa. Manakala, peserta sasar yang turut serta terdiri daripada lingkungan usia antara 5 hingga 45 tahun. Penyertaan sangat menggalakkan dan mendapat sambutan ramai apabila para ibu bapa turut menyokong aktiviti yang diikuti oleh anak-anak mereka.  

Attachments
Created at 3/1/2021 4:46 PM by Masni Binti Moktal
Last modified at 3/3/2021 8:34 PM by Nor Rafidah binti Hj Mokhtar