Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

SESI KONGSI SAMA 'HATI KE HATI'

Sesi ini dihadiri oleh Dayang Sharyanty binti Haji Md. Sharif, Dayang Masni binti Moktal, dan Dayang Siti Juliana binti Haji Yusof selaku wakil dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Acara  dimulai dengan bacaan doa dan seterusnya sesi perkongsian pengalaman mengenai perjalanan membesarkan anak-anak berkeperluan khas yang disampaikan oleh tiga  panel pembicara, iaitu Dayang Sharifah Khadifah Hussien Alkaff, Dayang Norhaslinda Ibrahim, dan Dayang Lailatul Zubaidah. Sementara sesi petang pula bertemakan cara dan cabaran dalam menangani kebimbangan, tekanan dan stres. Perbincangan ini disampaikan oleh tiga panel, iaitu Awang Diny Karim, Presiden Peka Brunei, Awang Md. Fazirul Hakeem, Pengasas Pengurusan Pemulihan Al-Amin, dan Ustaz Awang Fariszal Ali, Ahli Syarikat Penyembuh Hati. Kedua-dua sesi kongsi sama ini disudahi dengan sesi tanya jawab dan bergambar ramai.

 

Attachments
Created at 1/13/2021 8:54 AM by Masni Binti Moktal
Last modified at 1/27/2021 9:39 AM by Masni Binti Moktal