Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PERHIMPUNAN WARGA DBP

Acara dimulakan dengan ucapan kata sambutan daripada Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka. Antara perkara yang turut disentuh ialah kegiatan-kegiatan yang akan dijalankan sepanjang tahun 2021, disiplin kerja warga perkhidmatan awam, peringatan untuk sentiasa mematuhi arahan kerajaan, di samping mengambil kira buah fikiran yang diutarakan oleh warga kerja atau orang bawahan. Perhimpunan juga diteruskan dengan makluman mengenai warga kerja yang akan bersara, warga kerja yang dinaikkan pangkat dan warga perkhidmatan awam yang baru berkhidmat dengan DBP, yang disampaikan oleh Dayang Hajah Sariani binti Haji Ishak, Pemangku Timbalan Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Attachments
Created at 1/7/2021 2:00 PM by Masni Binti Moktal
Last modified at 1/7/2021 2:21 PM by Masni Binti Moktal