Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

KURSUS SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU DI JABATAN-JABATAN KERAJAAN

Berikut merupakan antara institusi yang memohon perkhidmatan kursus tersebut pada tahun ini:

 

Pada 15 Januari 2020, kursus tersebut dianjurkan oleh Institut Perkhidmatan Awam yang melibatkan 35 orang pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan kerajaan, sementara itu pada 11 dan 12 Februari 2020, kursus ini dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang melibatkan 30 orang pegawai dan kakitangan jabtan-jabatan di bawahnya. Susulan daripada tarikh tersebut, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan mengadakan kursus yang sama pada 6 dan 8 Ogos di Bangunan Bahirah bagi 30 orang pegawai dan kakitangan jabatan itu. Sementara itu pada 3 dan 5 September 2020, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sekali lagi mengadakan kursus yang sama bagi 30 orang pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan di bawahnya. Kursus tersebut berlangsung di Dewan Citra Budaya, KKBS.


Kursus ini terus dianjurkan oleh beberapa jabatan atau kementerian lain, iaitu anjuran Jabatan Perkhidmatan Elektrik Daerah Belait, diadakan di Perpustakaan Kampung Pandan, Kuala Belait pada 3 dan 4 September 2020 yang melibatkan 30 orang peserta. Sementara bagi 30 peserta kakitangan Jabatan Elektrik Daerah Tutong diadakan pada 1 dan 3 Oktober 2020 di Perpustakaan DBP, Daerah Tutong. Para peserta terdiri daripada Pembantu Teknik Kanan, Pembantu Teknik, Pelatih Pembantu Teknik, Penolong Pegawai Kewangan, Penyelia Pejabat, Pekerja Tingkat III,  Tradesman KP. II. Tingkat Khas, Mandur, Merinyu Pemasangan, Penyambung Kabel, Jobbing  Clerk, Penolong Penggerak Jentera Tutbine, Merinyu Meter Kanan, Attendan Alatan Pembantu, dan kerani. Hadir bagi majlis penyampaian sijil kepada para peserta Jabatan Perkhidmatan Elektrik Daerah Belait ialah Yang Mulia Dayang Fatma binti Hj. Julaihi (Ketua Cawangan Elektrik Belait), sementara penyampaian sijil kepada peserta Jabatan Perkhidmatan Elektrik Daerah Tutong disempurnakan  oleh  Yang Mulia Dayang Hjh. Mashaslinah binti Hj. Md. Said, Penolong Ketua Cawangan Elektrik Tutong. Turut hadir ialah Yang Mulia Dayang Sapiah binti Haji Salleh, Penyelia Pejabat.

 

Pada 5 dan 8 Oktober 2020, Kursus Sistem Ejaan Bahasa Melayu ini dianjurkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri bertempat di Pusat Akreditasi Brunei (BAC), Berakas. Kursus selama dua hari itu disertai oleh 33 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Bahagian 2, Bahagian 3, dan Bahagian 4. Turut hadir ialah Yang Mulia Dk. Hartini binti Pg. Hj Ibrahim, Penolong Pengarah Perkembangan Sumber Manusia, dan Yang Mulia Awang Haji Mohammad Yussof bin Hj.Tumar, Ketua Unit Latihan dan Perkembangan. Manakala  hadir menyampaikan sijil kepada para peserta ialah Yang Mulia Dayang Norhamidah binti Hj. Hamidon, Pemangku Timbalan Pengarah Analisa, Yang Mulia Dk. Hartini binti Pg. Hj Ibrahim, Penolong Pengarah Perkembangan Sumber Manusia, dan Yang Mulia Awang Haji Mohammad Yussof bin Hj. Tumar, Ketua Unit Latihan dan Perkembangan.

 

 

 

 

 


 

Attachments
Created at 10/22/2020 3:14 PM by Masni Binti Moktal
Last modified at 10/24/2020 2:15 PM by Nor Rafidah binti Hj Mokhtar