Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

BENGKEL HALA TUJU ARKIB NEGARA BRUNEI DARUSSALAM(ANBD)

Rabu, 26 Safar 1442/ 14 Oktober 2020

Bengkel anjuran Jabatan Muzium-Muzium Brunei ini diadakan di Kompleks Sukan Jerudong, Jerudong.

Bengkel sehari tersebut dilancarkan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Fasilitator bengkel ialah Yang Mulia Awang Mohammad Sabri bin Haji Anuar, Ketua Pegawai Eksekutif, di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

WhatsApp Image 2020-10-17 at 6.10.22 AM (1).jpeg  WhatsApp Image 2020-10-17 at 6.10.21 AM (1).jpeg

Antara yang hadir menyertai bengkel ialah Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Pengarah-pengarah dan Timbalan-timbalan Pengarah jabatan-jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, serta pegawai-pegawai kanan kerajaan(pihak-pihak yang berkepentingan).

Hadir selaku wakil Pemangku Pengarah DBP ialah, Dyg Hjh Haireni binti Hj Awg Damit, Pemangku Timbalan Pengarah DBP.

WhatsApp Image 2020-10-17 at 6.10.22 AM.jpeg

Objektif Bengkel:

1. Mendapatkan cadangan ide/pandangan mengenai hala tuju ANBD ke arah transformasi sebagai sebuah pusat sumber  maklumat negara;

2. Mengenalpasti cabaran konteks persekitaran bagi ANBD, dalam merangka inisiatif strategik yang sepadu dan bersistematik;

3. Mengenalpasti peluang pensejajaran sumber dan strategi dengan pelbagai pihak yang berkepentingan.


WhatsApp Image 2020-10-17 at 6.10.23 AM.jpeg         WhatsApp Image 2020-10-17 at 6.10.24 AM.jpeg      WhatsApp Image 2020-10-17 at 6.10.23 AM (1).jpeg


WhatsApp Image 2020-10-17 at 6.10.25 AM.jpeg         WhatsApp Image 2020-10-17 at 6.10.20 AM.jpeg


Attachments
Created at 10/17/2020 8:16 AM by Noor Lenny Binti Hj Mohamed Yusuf
Last modified at 10/18/2020 10:18 AM by Nor Rafidah binti Hj Mokhtar