Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

SESI TAKLIMAT DAN LATIHAN PROGRAM WORKPLACE AND HEALTH (WAH) BAGI PERKHIDMATAN AWAM 2020 – 2021

​Pendaftaran peserta bermula pada pukul 8.30 pagi yang diikuti dengan bacaan doa dan paparan video program WAH selama lima minit.  Setelah tayangan video, acara diteruskan dengan ucapan  sambutan daripada Dr. Bibina Tuty Umaira binti Haji Abd. Hamid, Pegawai Kesihatan dan Pengurus Program WAH TOR. Antara sesi penerangan yang turut dimuatkan ialah Peperiksaan Kesihatan di Tempat Kerja untuk Program WAH dan Peperiksaan Kesihatan serta Borang Kaji Selidik oleh Awang Sharizan Hakim bin Haji Sharbini, Pemasaran Program WAH bagi Fokal oleh Justin Tan Kian Fook, Pegawai Pemasaran Program WAH dan beberapa penyampai taklimat lain, iaitu Dayang Ummi Salmah Ariff, Health Education Officer, dan Awang Nelson Dennis, Pegawai Penjaga Zat Makanan.

Dalam program ini, para peserta turut diajar cara menggunakan peralatan kesihatan yang akan dipraktikkan di jabatan masing-masing, seperti sfigmomanometer dan alat pengukur indeks jisim tubuh (BMI) yang perlu dicatat dalam pangkalan data jabatan. Selain itu, para peserta juga diberi penerangan mengenai perlunya menjaga tahap kesihatan dan mengenal pasti tahap kesihatan yang signifikan dengan pemakanan serta aktiviti senam yang dilakukan oleh individu. Di samping itu, para peserta juga diberi kefahaman ringkas mengenai fungsi kesihatan yang berhubungkait dengan organ dalaman tubuh, seperti arteri, aliran darah, pemahaman tentang pengiraan sistolik dan diastolik.

Sesi program juga diselitkan dengan senam pemanasan, sesi bergambar ramai, dan soal jawab yang berakhir pada pukul 11.30 pagi.

Attachments
Created at 10/13/2020 8:59 AM by Masni Binti Moktal
Last modified at 11/21/2020 4:32 PM by Nor Rafidah binti Hj Mokhtar