Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
BENGKEL PENGENALAN 7 DIALEK

Pengaruh  bahasa berperanan  penting  dalam  pembentukan dan pelestarian kelangsungan budaya sesuatu  masyarakat.  Perkara  ini  mencerminkan berlakunya perubahan bahasa atau dialek yang secara langsung melibatkan budaya dalam komunikasi sosial sesuatu masyarakat. Perubahan bahasa atau dialek yang berlaku terlalu pantas menyebabkan nilai bahasa tidak lagi dipandang dalam kehidupan masyarakat hari ini. Keadaan ini memberikan impak drastik dan mengubah haluan bahasa maupun dialek, baik dari segi penggunaan ataupun pengekalannya. Justeru itu, perkara  ini amat perlu  dipandang  serius oleh semua pihak dalam  usaha  melestarikan pengetahuan  bahasa atau dialek masing-masing. Ini adalah kerana jika dibiarkan terus berlangsung, fenomena ini akan merosakkan kredibiliti bahasa atau dialek yang selama ini bukan  sahaja  sebagai  perantaraan  lisan,  malah berfungsi  sebagai  perantaraan  ilmu pengetahuan yang penting dan sebagai alat komunikasi yang mewujudkan pembelajaran informal masyarakat.

Dalam hubungan ini, Bengkel Pengenalan Dialek 7 Puak  diadakan sebagai antara usaha melestarikan dialek-dialek tempatan. Program yang sangat bermanfaat ini dianjurkan bersama oleh Unit Perkamusan, Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa dan Bahagian Perpustakaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagai antara pengisian program cuti persekolahan. Untuk gerakan julung-julung kalinya ini, bengkel diadakan di Perpustakaan Daerah Temburong  pada 1 Safar 1422/19 September 2020, dan akan diadakan di daerah-daerah yang lain secara berjadual.

Objektif bengkel ini ialah membuka  minda masyarakat umum akan kepentingan penggunaan dan pelestarian bahasa dan dialek masing-masing; merealisasikan peranan DBP membina dan mengembangkan bahasa dan sastera Melayu; menanam semangat generasi baru dalam pelestarian dialek 7 puak jati.

Bengkel yang diadakan selama sehari ini dibimbing oleh Dayang Hajah Norati binti Bakar, Pegawai Bahasa DBP. Hadir sama merealisasikan bengkel ini ialah Yang Mulia Awang Tuah bin Kunal (narasumber Puak Kedayan) dan Yang Mulia Dayang Noriah binti Ngilau (narasumber puak Murut). Bengkel ini disertai oleh kira-kira tiga puluh orang peserta yang antaranya daripada Kelab Perpustakaan, murid-murid Sekolah Arab Temburong, dan beberapa orang tenaga pengajar. Bengkel seterusnya akan diadakan di Daerah Tutong.

Attachments
Created at 10/1/2020 11:53 AM by Masni Binti Moktal
Last modified at 10/4/2020 8:55 AM by Nor Rafidah binti Hj Mokhtar