Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MESYUARAT PENETAPAN CALON PENERIMA ANUGERAH PENULIS ASIA TENGGARA (THE S.E.A. WRITE AWARD), 2020

Khamis, 27 Ogos 2020 - Mesyuarat Penetapan Calon Penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (The S.E.A. Write Award) telah diadakan di Bilik Laila Muafakat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas. Mesyuarat diadakan bagi memutuskan dan menetapkan calon penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (The S.E.A. Write Award) bagi Negara Brunei Darussalam untuk tahun 2020.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Pengerusi Panel Penilai Negara (PPN). Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Yang Mulia Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka selaku Timbalan Pengerusi PPN; Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit, Ketua Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan selaku Setiausaha PPN; Ahli-ahli PPN; dan Ketua urus setia PPN.


IMG_2418.JPG

Hasil penilaian dan mesyuarat, Panel Penilai Negara telah bersepakat dan bersetuju untuk mengangkat seorang penulis tanah air sebagai calon Penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (The S.E.A. Write Award) bagi Negara Brunei Darussalam, 2020. Sementara itu, penetapan tarikh bagi Majlis Penganugerahan akan dimaklumkan kemudian oleh pihak penganjur di Bangkok, Thailand. Alhamdulillah, sejak diundang pada tahun 1986 sehingga kini, Negara Brunei Darussalam melalui Dewan Bahasa dan Pustaka secara berterusan berusaha untuk menghantar dan mengangkat penulis-penulis tanah air bagi menerima anugerah berprestij tersebut. 


IMG_2447.JPG


Attachments
Created at 9/15/2020 10:35 AM by Noor Lenny Binti Hj Mohamed Yusuf
Last modified at 9/16/2020 8:22 AM by Noor Lenny Binti Hj Mohamed Yusuf