Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MESYUARAT KALI KEDUA PELAKSANAAN PENERBITAN COFFEE TABLE, 2021

‚ÄčSelasa, 21 Julai 2020

Pada hari Selasa, 29 Zulkaedah 1441 bersamaan 21 Julai 2020, Mesyuarat Pelaksanaan Penerbitan Coffee Table, 2021 telah diadakan di Bilik Laila Muafakat, Tingkat 4, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas. Mesyuarat kali kedua ini dipengerusikan oleh Yang Mulia Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan beberapa pengisian buku yang perlu ditindaklanjuti dan dipastikan. Penerangan mesyuarat disampaikan oleh Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit, Ketua Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan.


IMG_1517.jpg

Mesyuarat ini turut melibatkan pakar rujuk yang berperanan dalam menyumbang idea dan memberi nasihat dan cadangan dalam merealisasikan penerbitan buku Coffee Table. Pakar-pakar yang hadir ialah Profesor Adjung Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Yunos, Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Bakyr, Dr. Haji Hashim bin Haji Abdul Hamid, Dato Paduka Haji Muslim bin Haji Burut dan Awang Haji Mohd. Salleh bin Abd. Latif.

Penerbitan buku Coffee Table bersempena Sambutan Jubli Intan Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka ini antara lain bertujuan untuk memperlihatkan perjuangan bangsa Melayu dalam mendaulatkan bahasa dan persuratan Melayu serta sebagai dokumen atau rakaman peristiwa yang akan menjadi ristaan dan rujukan anak bangsa pada masa akan datang.

Attachments
Created at 7/23/2020 2:04 PM by Noor Lenny Binti Hj Mohamed Yusuf
Last modified at 7/23/2020 2:05 PM by Noor Lenny Binti Hj Mohamed Yusuf