Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
BAHASA MELAYU BAHASA RASMI, JATI DIRI BANGSA

‚Äč

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Khartini Hamir - Penerangan

BERAKAS, Rabu, 1 Julai 2020 - Bersempena dengan Sambutan Bulan Bahasa 2020, seramai 13 pelajar menerima Hadiah Pelajar Cemerlang Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Peperiksaan GCE Peringkat 'O' dan 'A' Tahun 2019 pada majlis yang berlangsung pagi tadi di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini.

Hadir bagi merasmikan dan menyempurnakan penyampaian hadiah tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

01072020 perasmian bulan bahasa@dewan bahasa berakas (9).jpg

Sambutan Bulan Bahasa disambut pada setiap bulan Julai bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, sempena Sambutan Jubli Emas Penubuhan DBP (1961-2011) pada 17 September 2011 lalu, yang bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Ia merupakan agenda kebangsaan yang dijadikan sebagai antara mekanisme pemangkin semangat cintakan tanah air dan juga merupakan satu wawasan yang mendukung dasar negara mengenai kerasmian Bahasa Melayu seperti yang diperundangkan dalam Bab 82 (1) Perlembagaan Negeri Brunei, 1959 dan surat keliling pejabat Setiausaha Kerajaan No.35/1962 Negeri Brunei dan No.26/1965 Negeri Brunei.

01072020 perasmian bulan bahasa@dewan bahasa berakas (4).jpg

Dengan bertemakan, 'Bahasa Melayu Bahasa Kita', yang berobjektif untuk memperkasakan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan jati diri bangsa, selain memupuk rasa milik bersama terhadap bahasa ibunda dan memperkukuhkan kesatuan bangsa Brunei melalui aktiviti kebahasaan.

Dalam pada itu, majlis tersebut juga turut diselajurkan dengan Pelancaran Mekanisme e-Pembayaran Perkhidmatan dan Pemasaran DBP melalui kemudahan Perbankan Digital (Digital Banking), Quick Pay dan Swipe Card bagi pemegang akaun BIBD untuk membuat pembayaran perkhidmatan dan pemasaran buku yang disediakan oleh DBP.

01072020 perasmian bulan bahasa@dewan bahasa berakas (10).jpg

01072020 perasmian bulan bahasa@dewan bahasa berakas (2).jpg

Dengan adanya perkhidmatan ini, pelanggan yang berurusan dengan jabatan ini kini berpeluang untuk membuat pembayaran terus dengan memilih salah satu alternatif pembayaran yang disediakan.

Antara perkhidmatan berbayar yang disediakan ialah perkhidmatan penterjemahan dan penyemakan; perkhidmatan tulisan jawi dan pengesahan; penjualan lesen penerbitan buku, majalah dan jurnal; sewa ruang; pendaftaran kad ahli perpustakaan; penjualan dokumen tawaran tender; dan penjualan buku, majalah dan jurnal.

Komitmen melaksanakan e-pembayaran ini bertujuan untuk menaik taraf perkhidmatan dan pemasaran jabatan ini sebagai pemudah cara dalam menyediakan huraian jangka panjang kepada para Stakeholders dan orang ramai untuk membuat pembayaran dan pembelian serta menyokong inisiatif digital dan dunia tanpa tunai.

01072020 perasmian bulan bahasa@dewan bahasa berakas (11).jpg

01072020 perasmian bulan bahasa@dewan bahasa berakas (12).jpg


Attachments
Created at 7/20/2020 11:09 AM by Dk Norsafiah Binti Pg Sapudin
Last modified at 7/20/2020 11:09 AM by Dk Norsafiah Binti Pg Sapudin