Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

186 PELATIH PPB TERIMA SIJIL

290719-PenyampaianSijilPPB (2).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Hjh Ajijah Ali - KKBS

 

TANAH JAMBU, Isnin, 29 Julai 2019 - Dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak sumber tenaga kerja yang berkualiti sama ada di peringkat separuh mahir mahupun mahir yang diperlukan dalam kalangan belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Pusat Pembangunan Belia (PPB) akan sentiasa menilai permintaan pasaran pekerjaan bagi memastikan keserasian kursus-kursus dengan permintaan pasaran.

290719-PenyampaianSijilPPB (3).jpg

Ia bukan sahaja dapat memberikan peluang pekerjaan kepada para belia, malah dapat memberikan sumbangan kepada keperluan perkembangan dan kemajuan ekonomi negara.

Pihak PPB juga akan sentiasa berusaha meningkatkan kerjasama bersama 'stakeholder' dan rakan-rakan strategik melalui konsep '3P', iaitu 'Public, Private and Partnership' dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai lepasan pelatih berkualiti.

Dalam pada itu, seramai 186 pelatih PPB terdiri daripada 74 orang bagi sesi Januari dan 112 bagi sesi Julai 2017 petang tadi menerima sijil masing-masing setelah berjaya menamatkan kursus di pusat berkenaan.

290719-PenyampaianSijilPPB (1).jpg

Majlis Penyampaian Sijil Program Pembangunan Belia Kali Ke-19 yang berlangsung di PPB, di sini, disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

290719-PenyampaianSijilPPB (5).jpg

290719-PenyampaianSijilPPB (9).jpg

Para penerima sijil terdiri daripada mereka yang mengikuti Kursus Level 2 Award in 2D Computer Aided Design; Kursus Level 1 Diploma in Accident Repair Body; Kursus Skill Proficiency Certificate in Basic Office Application System; Kursus Skill Proficiency Certificate in Food Preparation; Kursus Skill Proficiency Certificate in Food & Beverage Service; Kursus Skill Proficiency Certificate in Basic Plumbing; Kursus Skill Proficiency Certificate in Basic Refrigeration and Air Conditioning; Kursus Skill Proficiency Certificate in Fabrication, Welding and Pipe Work; Kursus Asas Kemahiran Teknologi Rekaan Fesyen; dan Kursus Asas Kemahiran Terapi Kecantikan.

Pada majlis tersebut, Dayang Siti Jumaanah Faari'ah binti Mejar (B) Awang Jaya daripada Kursus Asas Kemahiran Terapi Kecantikan menerima Hadiah Terbaik Keseluruhan Sesi Januari 2017.

Sementara itu, Hadiah Terbaik Keseluruhan bagi Sesi Julai 2017 diberikan kepada Awang Muhammad Noor Haswadi bin Noor Hassan daripada Kursus Skill Proficiency Certificate in Basic Office Application System.

Semasa ditemui, Dayang Siti Jumaanah Faari'ah menjelaskan, beliau ketika ini sedang melanjutkan pengajian di Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (KIGS) dalam jurusan Diploma in Graphic Design dan pada masa yang sama juga menjalankan perniagaan perkhidmatan terapi kecantikan secara sambilan.

Dayang Siti Juamaanah Faari'ah yang pernah mewakili negara dalam pertandingan World Skills ASEAN di Bangkok, Thailand pada tahun 2018, menasihatkan agar para pelatih yang ingin meraih kejayaan sepertinya agar sentiasa mematuhi peraturan, menjaga tingkah laku dan saling hormat menghormati.

Beliau seterusnya berharap untuk memajukan lagi perniagaannya agar ia semakin berkembang dan jika diberikan peluang ingin mengajar mereka yang berminat dalam terapi kecantikan.

Manakala Awang Muhammad Noor Haswadi yang ketika ini bekerja sebagai Graphic Designer di salah sebuah hotel di negara ini pula mengongsikan perancangannya untuk menjalankan perniagaan sendiri.

Kepada belia-belia yang masih mencari pekerjaan beliau menyarankan agar mereka tidak mensia-siakan peluang yang diberikan kerana setiap peluang yang diberikan mempunyai rezeki dan hikmahnya sendiri.

Juga hadir pada majlis itu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arsad; Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap di KKBS; Penolong Pengarah Pembangunan Belia dan Sukan yang juga selaku Ketua PPB; Pegawai-pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan; pengarah-pengarah; dan pegawai-pegawai kanan kerajaan; juga rakan-rakan strategik PPB.

290719-PenyampaianSijilPPB (11).jpg


290719-PenyampaianSijilPPB (7).jpg

Attachments
Created at 7/30/2019 9:37 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 7/30/2019 9:38 AM by Lee Chin Foo