Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PERTANDINGAN TARIAN POP TRADISI BRUNEI DAPAT SAMBUTAN

280719-TarianPop2019 (4).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]‚Äč

Berita: Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 28 Julai 2019- Pertandingan Tarian Pop Tradisi Brunei memeriahkan lagi suasana malam Pentas Perayaan sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-73, Tahun 2019.

Sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu Kategori Kanak-kanak yang terdiri dari murid-murid sekolah rendah dan Kategori Belia terdiri penggiat seni remaja yang bertanding di Pentas Perayaan di kawasan letak kereta berhadapan Muzium Alat Kebesaran Diraja, di sini.

Kategori Kanak-kanak dan Belia masing-masing menerima penyertaan sebanyak lima buah pasukan.

280719-TarianPop2019 (7).jpg

280719-TarianPop2019 (8).jpg

280719-TarianPop2019 (10).jpg

Pasukan Sekolah Rendah Pengiran Anak Puteri Besar, Sungai Kebun muncul johan pertandingan bagi Kategori Kanak-kanak, naib johan Sekolah Rendah Haji Mohd. Jaafar Maun Kiulap dan tempat ketiga, Sekolah Rendah Masin.

Manakala, Pasukan Gentara Begawan muncul johan bagi Kategori Belia, naib johan, Mahkota Dance Group dan AJ dancer di tempat ketiga.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said.

280719-TarianPop2019 (16).jpg

280719-TarianPop2019 (2).jpg

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, KKBS.

280719-TarianPop2019-18.jpg

Attachments
Created at 7/29/2019 10:01 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 7/29/2019 10:01 AM by Lee Chin Foo