Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

PERSEMBAHAN MALAM ANTARABANGSA SERIKAN PENTAS PERAYAAN

200719-Malam Antarabangsa (1).jpg

​[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 20 Julai 2019 - Pentas Perayaan di kawasan letak kereta berhadapan Muzium Alat Kebesaran Diraja yang diadakan sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-73, Tahun 2019, terus dimeriahkan dengan pelbagai persembahan bagi menyemarakkan lagi sambutan tahun ini.

Malam ini, Pentas Perayaan diserikan dengan Persembahan Malam Antarabangsa yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Bahagian Kebudayaan dan Kesenian dengan kerjasama Kedutaan Besar dan Suruhanjaya Tinggi ASEAN dan OIC di negara ini. 

200719-Malam Antarabangsa (4).jpg

Hadir selaku tetamu kehormat menyaksikan persembahan tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.  

Turut hadir, Duta-duta Besar Istimewa dan Mutlak, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi negara-negara ASEAN dan negara-negara OIC ke Negara Brunei Darussalam serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Acara malam dimulakan dengan persembahan lagu 'Sultan Payung Mahkota' diikuti dengan persembahan dari wakil negara-negara ASEAN dan negara OIC antaranya Republik Indonesia, Malaysia, Myanmar, Thailand, Republik Filipina, Pakistan, Bangladesh dan juga Negara Brunei Darussalam.

200719-Malam Antarabangsa (9).jpg

200719-Malam Antarabangsa (11).jpg

Persembahan penutup, iaitu 'Grand Finale' Joget Ngalai merupakan persembahan gabungan dari semua peserta.

Persembahan ini adalah untuk menyemarakkan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah DYMM Ke-73 Tahun dan juga bersempena sambutan Bandar Seri Begawan Ibu Negara Ketamadunan Islam Bagi Rantau Asia Tahun 2019 (BSBCIC2019).

Pengiktirafan BSBCIC2019 ini adalah inisiatif Pertubuhan Saintifik, Pendidikan dan Kebudayaan Islam (ISESCO) berdasarkan kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh ISESCO iaitu memiliki sejarah dan ketamadunan Islam, menyumbang dalam memperkaya ketamadunan Islam.

200719-Malam Antarabangsa (6).jpg

200719-Malam Antarabangsa (3).jpg

Pengiktirafan ini adalah satu peluang keemasan untuk menonjolkan budaya dan nilai-nilai kehidupan seharian yang berlandaskan kepada Falsafah Melayu Islam Beraja yang telah kekal diamalkan untuk lebih dari 600 tahun.

Di akhir persembahan, tetamu kehormat turut bergambar ramai berserta Duta-duta Besar Istimewa dan Mutlak, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi negara-negara ASEAN dan OIC ke negara ini serta peserta-peserta persembahan.

200719-Malam Antarabangsa (15).jpg

Attachments
Created at 7/22/2019 10:35 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 7/22/2019 10:36 AM by Lee Chin Foo