Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

SYARAHAN MABBIM KE-13, 2025

Pada tahun ini, buat julung-julung kalinya Syarahan Mabbim diadakan secara hibrid di Negara Brunei Darussalam dengan kehadiran jemputan yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan, para pegawai kanan kerajaan dan swasta, para pensyarah, Penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara, syarikat korporat, tenaga pendidik, mahasiswa dan pelajar, pencinta bahasa, sastera dan budaya, dan juga dilayari melalui platform maya bagi pelayar dari dalam dan luar negara, termasuk anggota Mabbim Malaysia dan Republik Indonesia. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, Ahli Majlis Mesyuarat Negara. 

Majlis dimulai dengan madah aluan yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit, Pemangku Timbalan Pengarah DBP selaku Timbalan Pengerusi Mabbim Brunei Darussalam. 

Majlis diteruskan dengan pembentangan Syarahan Mabbim Ke-13 oleh Yang Mulia Haji Awang Mohd Abdoh bin Haji Awang Damit, Pengarah Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dengan tajuk “Antara Kod dan Kaligrafi: Etika dan Estetika Pemeliharaan Bahasa Melayu dalam Era Kecerdasan Buatan”. 

Syarahan dipengerusikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Annisa binti Haji Moksin, Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, DBP.​​


Attachments
Created at 12/3/2025 7:49 AM by rafidah.mokhtar
Last modified at 12/3/2025 7:49 AM by rafidah.mokhtar